Selamat Hari Raya

Kepada semua, aku minta maaf zahir dan batin. Malaysia, tunggu! Lagi 8 jam aku sampai.

Aku dan Hiroaki


tgh poyo

presentation aku 21hb. aku balik mesia 22hb. perasaan aku skang nih tgh bercampur-aduk. sepatutnya aku konsentrate kat presentation tp hurmm..hati aku mmg seronok gila babi sebab nak balik neh. dah 2 tahun aku tak balik. tambah2 pas putus hubungan hari tu(sbb ni tak beberapa bley pakai).

tadi aku baru lepas tunjukkan kat sensei la benda yg aku akan present hari sabtu 21hb nanti. dia cam no komen la sebab takda benda nak dikomen wahahahaha..suma dia suruh aku ubah poster tu letak no student aku dgn kawan aku. group lain teruk gak la kena sound. best2. poster dgn speech tu sebenarnya baru semalam siap. kambeng betul semalam.


Gilo?

semalam research partner aku, hiroaki datang umah aku la sebab komp kat lab dah penuh budak2 tgh pakai. yelah dah semua orang tgh ready untuk presentation. nasib baik aku ada laptop dgn desktop so hiroaki guna la laptop aku. masa aku dgn dia tgh buat keja tu, dalam kul 5pm camtu orang azan maghrib. aku pun sibuk la nak makan nasik. hosmate aku dah masak tadi sebelum dia gi kelas. aku bukak periuk tgk dia masak ayam tapi kuah cam putih ja..cam minyak ja..pastu ada la bawang..aku sebat je dgn nasik. hiroaki pun makan sama. pastu hiroaki tanya aku, cam takda rasa ja benda neh. aku cakap aku dah tambah mayonis dgn sos sbb aku mmg tak rasa papa lauk tuh. pas makan kami sambung buat keja pastu gerak gi lab sebab nak print dan nak tanya senior yg amik master kat lab tu. yelah mesti nak dengar pendapat org yg lebey berpengalaman. pening terus aku dgr mamat2 jepun tu cakap sbb banyak sangat yg senior aku tak puas hati. tapi aku accept. dalam masa yg sama gak aku mula rasa pening. pastu aku dgn hiroaki balik umah aku nak edit balik tempat2 yg salah. bila aku sampai umah aku rasa cam nak muntah, sakit perut dan sick. bila aku lalu kat dapur, aku tengok lauk tadi. lauk tu dah berubah jadik sambal. kambeng betul rupa-rupanya hosmate aku tak sempat siapkan sambal tu sblm dia gi kelas. dan aku dah makan ayam rendam dalam minyak jelah tadi. patut aku rasa mentah ja. huwarghhhhhh!! pastu terus aku tido sbb rasa tak sedap badan. hiroaki sambung keja sampai siap.

Cahaya Bulan


akudanBulan


hari tu aku cuba guna teleskop yg aku dapat dari sampah tu. memang benda tu boleh digunakan lagi. aku tengok bulan. walaupun permukaan bulan itu berlubang dan tidak rata, aku masih dapat rasa keindahan bulan. kecantikan cahaya bulan telah menutup keburukan bulan. bulan ini adalah contoh seorang manusia yang baik. manusia pun kalau kelakuannya baik dan sopan, sedikit kekurangan dan kelemahan diri dia akan terlindung. so untuk sapa2 yang rasa muka dia huduh tu, buat la perangai leklok. orang mungkin jatuh hati dengan kebaikan itu.

malam tu jugak aku cuba amik gambar bulan. sebelum ni aku tengok kat website persetankan, ada orang post gambar bulan. gambar tu cantek sangat dan aku tak percaya org tu amik sendiri gambar bulan tu. so aku cuba la guna Comel(kamera burok aku tu). punya la lama aku setting kamera tu. banyak shot yg aku amik. macam2 setting aku try. try and error la. nasib baik ada tripod hehehe..dan itu la hasilnya kat atas tu. aku post kat persetankan hehehe..sekali kena sound dengan presiden la hahaha..dia ckp subjek sama berulang hehe..


akudanCahaya


dah banyak kali aku log in blogger sebab nak post entry baru. tapi selalunya aku log in, pastu terbiar je tab blogger tu terbukak. gi baca blog orang lain. lepak2. at last aku tutup camtu je firefox. samada aku tutup firefox takpun aku tutup tab tu je. aku nak ubah layout blog aku neh. aku nak remove link untuk download lagu2 tu. sebelum neh aku letak file2 lagu aku kat savefile.com tapi lately site tu dah bengong. aku dah takleh nak upload file. dah la pas dia upgrade hari tu abis file aku dia buang. bebaru ni cik eyyla tu mintak lagu dari aku. tapi malangnya file yg dia mintak tu besar sangat. terus jam thunderbird aku masa nak send mail. sori la cik eyyla, nanti aku cuba lagi. hmm..kalau la file tu still ada kat pakdensound, kan senang..

pastu aku ingat nak remove sementara link ke novel yg aku tulis tu..bukan aku takmo tulis dah tapi keadaan skang ni susah la..orang dah ramai boikot starbucks, ceta aku tu pulak berkisar pasal starbucks..jadik bengong. kawan aku, yu tu still keja part time kat starbucks lagi. nanti lah aku pau kopi free dari dia, minum kopi, dan cuba sambung ceta Aku, Dia dan Starbucks tu. sambung? isk punya la banyak keja aku skang bleh lak aku nak gi sambung ceta tu. dah dah nak sambung buat research. dah la minggu ni ada presentation besar. satu habuk pun tak ready lagi. kambeng betul.

Buang masa di awal pagi


semalam aku pergi pejabat pos sebab nak pos kad raya untuk orang2 yg terlibat(cth. cam mak aku la..) dan aku dah siapkan tiga kad siap dengan sampulnya sekali. mula2 org pejabat pos tu rejek satu kad aku, dia cakap kecik sangat. sebenarnya aku dah pernah kena dah benda ni sblm ni. surat kecik sangat sampai tak boleh dipos. kambeng betul jepun neh.tp nasib baik makcik pejabat pos tu bagi aku satu sampul baru dan aku cuma perlu salin balik ja alamat dan tulis atas sampul baru tu. pastu dalam tiga keping kad tu, satu ni je kena 220 yen, dua keping lagi kena 90 yen. so aku tanya la makcik tu kenapa yg tu aku kena cas 220 yen? dan dia cakap sebab lebih dari saiz stendet. lebih sikit je dari saiz tu akudah kena cas more than double! tensen gak la sebab boleh je kalau aku nak lipat sampul surat tu bagi kecik sket sbb kad dalam tu tak la sebesar sampul tu. huwaaaa..dah la tengah jimat duit neh isk2..

aku baru sedar. dalam dunia blog ni pusing2 akan jumpa orang tu jugak. mungkin dalam lingkungan aku ni la. dan aku banyak jumpa blog2 baru, bukan blog tu baru, aku ja baru jumpa blog2 tu. tengok cam menarek gak orang2 tu dok mencarut so aku bookmark jelah. aku tengok orang2 ni cam hardcore la menulih blog ni sebab dorang ni cam update setiap minit(melampau aa setiap minit, setiap hari la)..tahniah la untuk orang2 ni sebab dah jumpa something yg dia enjoy doing. go on. aku support gitu2 jek.

p/s: aku suka lagu maafkan kami ni cam orang gila. aku dah ulang dekat 1907 kali dah ni lagu nih.

FOSSIL TITAN


TITAN ROCKS!!

jam baru aku YUUUUUHOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!!!! rasa best sampai nak lompat ke langit lalalala dudududu..(minum air oren dikala tengah hari)

Benda2 Lagho..


Taufikannya

sebelum aku delete mel dari kak E tu baik aku paste dulu benda tu kat sini. this one is about me...rasa cam 100% betul. damn.

Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

dan ini pulak untuk someone else but damn..ini pun cam 85% betul. camna pun, jangan percaya sangat benda2 ni. its just for fun.

Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Ego Lelaki


ALMARI

satu ja aku nak warning kat women kat luar tu, jangan la cabar ego lelaki. tambah2 kalau laki tu pakwe or husband kita neh. sebab bila kita cabar ego laki yg kita sayang tu, kita akan letak dia kat satu point bila dia tak tahu nak ikut perasaan sayang dia terhadap kita or ego dia yang tengah meluap2 tu. contoh perbualan;

lelaki ego: Sayang, I mesti kena dgr suara you everyday..camna la dengan bill I nanti..tapi I tahu you pun camtu jugak kan sayang? (bercakap dengan nada risau bukan mengeluh atau menyesal)

perempuan bengong: Emm..entahlah. Apa kata kalau I off my phone for a week? And then kita tengok siapa yang tak tahan sebenarnya hehehe..(nada mencabar ego lelaki)

lelaki ego: You nak off phone for a week? (padahal aku dah cakap aku takleh kalau tak dengar suara dia. silap la aku cakap camtu, nampak aku lemah sangat. shit.) Ok lets do it! (arghhh tensennya kenapa aku cakap camni?)

dan pastu bermula la neraka untuk dua kekasih nih sebab tak mendengar berita dan suara masing2. bukan nak carik salah siapa tapi hmmm..kalau dah tahu lelaki tu ego, pride tinggi, takyah la dok ajak or cabar dia buat game yg camni. ada gak kes kawan aku bila awek dia(yang rasa kawan aku ni,balak dia not hensem enough) cabar dia utk ngorat roomate awek dia yg loaded dan cun. at last, wahahahhaha..PUTUS BEB! kawan aku go for that new gurl la..go bro!

weird month


aku bertanding dengan Nab sapa yang akan dapat the most viewed untuk friendster. meaning, lagi ramai org tengok page aku kira aku la yang menang. so hari ni(semalam la) dah tamat bulan 9 so Nab datang la bilik aku dengan gaya bising ala2 anak datinnya itu. dan ayam2 semua nak tahu tak, yang menariknya dua2 orang dapat nilai yang sama= 200 hahahaha..so takdak sapa2 la yang menang atau kalah. pastu Nab cakap bulan 10 kita stop dulu pastu bulan 11 buat lagi sekali. benda ni mesti ada endingnya.

semalam aku tido lewat sebab nak siapkan komik untuk majalah AMIR dan pastu aku bangun awal untuk siapkan benda tu. at last pukul 3pm tadi siap jugak akhirnya. kalau ayam2 semua tengok komik yang aku but tu mesti suma ayam cam wonder, apa yang teruk sangat nak buat benda tu? entah lah. maybe aku take too much time guna adobe kot. lukisan aku lak ya Rabbi memang hampeh habis lah. aku takleh nak publish komik tu kat sini so kalau nak tengok hasil kerja kaki aku ayam2 semua leh ke my friendster page HERE!

p/s: sepatutnya aku promote frenster page aku kat blog ni bulan lepas isk2..
 

 
                                                                                              Hit 
Counter