Nafsu Kuda

my life is in such miserable state right now.. plus i have a lot to do to complete my study.. if you are looking for frequently updated blog, you maybe want to try this one --> Azhar Ahmad's Blog. sori about my boring post before.. sometimes its good to let out things that u have been thinking alone for a long time.. semalam, i think i proved my theory. when somebody loves u so much, he or she can feel whenever u get arouse.. when u get that erotic feeling (things like this happen a lot to guys, mostly to the married or divorced one). since it has been a while bil air tak bayar (no komen on this issue), you know, that erotic feelings attacked me yesterday.. and i fought back, try to sleep or think about other stuffs like how about if i cant graduate etc. it was 8am. suddenly two person pm me on YM. one was my lovely princess and the other one was my ex. both of them claimed they got this strong feeling of missing me hehe..

so, how can my theory helps u guys out there? camni.. if you are married, dont do stupid stuff like jump on someone else D (if u are a woman, sometimes this also can be applied to men wahahah..) or have one nite stand with your hot collegues because, your couple can feel it if she or he really loves you. although she was not there, maybe far away, but she sure can feel it. and you sure fucked up if you love your couple too because you ll be living with this guilty feeling, as long as you two live together. love will come together with lust but lust sometimes come alone hehe.. control yourself. call your lover if she or he is far away. tell them how do you feel at that time. maybe they cant help you to fill your desire (phonesex is an option, webcam will help more) but you sure warn yourself and that strong love will help you go through it. insyaAllah.

p/s: this is my opinion, personal view, which i think is practical. sure you can read Quran or do semayang sunat if that will help you more hehe..peace!

Bila dah masuk hantu...

Antara perkara yang selalu mengganggu fikiran aku, kau dan dia adalah masalah dalam hubungan di antara lelaki dan wanita. Bagi orang-orang yang pernah bercinta, mereka ini pasti pernah melalui satu ketika apabila semuanya serba tidak kena, apabila perasaan cinta itu menghilang secara tiba-tiba, ataupun apabila ‘sejarah’ kekasih mereka muncul kembali, ataupun dihantui oleh perasaan sendiri yang tidak mampu berfikir secara positif dan meragui cinta pasangan. Jika inginkan contoh, terlalu banyak keadaan atau kisah yang boleh aku berikan, maka secara mudahnya aku simpulkan segala perkara-perkara ini sebagai keadaan serba tidak kena (yup aku dengan suka sukinya mewujudkan frasa ni). Sebelum artikel ini dibaca dengan lebih lanjut, aku harapkan para pembaca boleh menetapkan dalam minda bahawa artikel ini ditulis secara umum, tidak ditujukan ke mana-mana pihak dan hanyalah pendapat peribadi semata-mata.

Apabila keadaan serba tidak kena berlaku, kebiasaannya lelaki akan mengambil langkah menghilangkan diri. Mereka bukan melarikan diri dari masalah tetapi sebenarnya cuba menjauhkan masalah itu dari orang yang mereka sayang, kekasih atau keluarga, dan dalam masa yang sama cuba menyelesaikan masalah itu. Setelah masalah itu selesai mereka akan kembali semula ke pangkuan orang tersayang. Namun tidak semua kes akan berakhir begini. Ada juga sesetengah lelaki yang ‘sesat’ atau menemui ‘jalan baru’ ketika mereka menghilangkan diri itu. Contoh mereka yang ‘sesat’ adalah lelaki-lelaki yang menemui cinta baru tetapi malangnya cinta itu adalah palsu. Contoh mereka yang menemui ‘jalan baru’ pula adalah lelaki-lelaki yang menyedari cinta mereka yang sebelum itu tidak patut berlaku dan semuanya adalah satu kesilapan. Tetapi kebiasannya, mereka cuma mengambil waktu cuti, cuti dari perhubungan cinta mereka yang penuh ranjau, dan kemudian kembali semula ke pangkuan kekasih. Jadi adakah tindakan lelaki-lelaki ini betul? Mereka yang menghilangkan diri terlalu lama sememangnya melakukan kesalahan, tambahan lagi jika sebelum itu mereka tidak mengkhabarkan pemergian mereka. Tetapi bagaimana pula dengan ‘bercuti’? Cuba timbangkan sendiri.

Wanita sentiasa memerlukan insurans berkaitan perasaan pasangan terhadap hubungan mereka samada dalam bentuk kata-kata, tindakan ataupun apa-apa saja. Kalau ada wanita yang membaca artikel ini berkata pada dirinya, ‘Aku bukan macam tu’, mungkin ada kekurangan hormon progesterone mahupun testosterone di mana-mana. Mungkin kurang ‘di situ’ (:-“ bersiul-siul). Apabila keadaan serba tidak kena berlaku dan lelaki mula menghilangkan diri, samada sebelum itu sudah diberitahu atau tidak perihal pemergiannya, wanita akan mula berasa risau dan tidak selamat. Antara perkara yang mungkin menghantui diri mereka, adakah kekasih mereka meragui perasaannya ataupun adakah dia sudah menemui cinta baru.

Wanita juga kadangkala berasa ragu-ragu terhadap hubungan mereka tetapi oleh kerana wanita selalu menerima assurance (aku dah cuba cari perkataan yang sesuai tapi tak keluar dari otak) maka keraguan itu akan reda buat sementara. Perkara ini akan berulang untuk wanita tetapi tidak untuk lelaki yang mempunyai ego serta perasaan bangga diri yang tinggi kerana lelaki-lelaki ini lebih banyak ‘memberi’ assurance dari ‘menerima’. Aku pasti pada ketika ini ramai wanita akan berkata, ‘Kenapa perlu ego sangat?’ dan soalan ini boleh diumpamakan seperti bertanya kenapa gula rasanya manis atau kenapa penipu boleh menjadi ahli politik. Ini adalah aturan alam. Pelbagai lagi tekanan dan masalah yang terkumpul dalam minda lelaki dan iya, semua ini disebabkan oleh kesalahan mereka sendiri kerana tidak dapat menerima kelemahan mereka.

Kebanyakkan wanita dewasa tahu perihal; lelaki kadangkala memerlukan masa dan ruang untuk bersendirian. Masa dan ruang ini tidak perlu diberikan ketika keadaan cinta sedang mekar dan tiada masalah (sekali lagi aku ingatkan artikel ini lebih kepada pendapat peribadi). Masa dan ruang ini perlu diberikan bila ia diminta, ataupun apabila lelaki itu menghilangkan diri. Masa dan ruang ini perlu diberi kepada lelaki apabila keadaan serba tidak kena berlaku. Wanita boleh mengambil langkah mencari dan cuba memujuk lelaki itu tetapi tindakan ini amatlah tidak digalakkan. Kepada pihak wanita, jangan menganggap bahawa keadaan ini tidak adil kerana wanita memberi masa dan ruang kepada lelaki untuk membuat keputusan dan menerima sahaja segala bentuk keputusan itu. Wanita juga boleh membuat keputusan sebenarnya pada masa itu. Keputusan ini, tidak kisah yang datang dari pihak lelaki atau perempuan, sebenarnya membuktikan kepercayaan masing-masing terhadap hubungan itu. Jika kekasih kita membuat keputusan untuk berpisah, dan setelah dipujuk rayu dia masih lagi kekal dengan keputusan itu, terimalah. Redha. Ingat, hubungan cinta itu tidak bernilai lagi apabila kepercayaan dan nilainya sudah hilang tetapi diganti dengan perasaan memaksa diri dan bersabar semata-mata.

Kesimpulannya, wanita memerlukan janji-janji dan assurance manakala lelaki pula kadangkala memerlukan masa dan ruang dan, begitu juga sebaliknya. Percaya pada hubungan itu penting dan paksaan akan mengurangkan nilai cinta. Jangan mengelak dari masalah tetapi cubalah hadapinya.

kepulangan yang syahdu

kisah Sungai Petani II

Sungai Petani..aku ingatkan banyak sangat yang dah berubah. takdelah banyak sangat perubahannya..Lagenda Heights dah mula ada orang duduk. Tesco dah semakin maju. kedai mamak makin banyak. gambar2 ni aku amik masa aku tengah tunggu someone kat bus stand depan Avon, lepas tol Sungai Petani utara, pukul 7.30 pagi lebih kurang. tarikh 25/11/2006. lagi satu tarikh yang bermakna dalam hidup aku. rasa macam baru memulakan hidup baru. baru memulakan langkah baru. raya kedua aku dah keluar? masa suntuk.

kisah Sungai Petani I

antara tujuan aku balik, nak amik album kesayangan aku dan buku merah aku. buku merah ni kira cam kawan lama aku la. banyak kisah aku yang dia tahu. banyak benda yang aku catat dalam buku tu. nak kata diari pun bukan. journal la kot sbb aku cuma tulis bila ada perkara penting yang berlaku dalam hidup aku. termasuk perkara2 18sx pun tertulis dalam buku merah tu. masalahnya buku tu dah jadi cam salah satu sumber bacaan untuk orang2 yang ada kat umah aku. abang, akak dan adik aku suma dah baca cerita2 dalam tu. kambing betul. tapi tak kisah la sebab buku tu dah ada dengan aku skrg.

Iza&Yunni

album tu pulak ada gambar2 aku masa aku kecik, masa aku kat skolah dan masa aku tengah buat preparation kat Bangi. semua tu kenangan yang terindah dalam hidup aku. sebelum ni ex-tunang aku yang pegang buku dan album ni. aku pun tak tahu kenapa dia nak simpan. tapi masa tu aku sayang dia so aku bagi jelah. dan skrg dia dah pulangkan balik. tu gambar Iza, anak saudara aku yang aku teramat sayang. kat depan tu Ayunni. Yunni pun aku sayang jugak hehe..Farisya pulak sebab skrg dah besar, dah takmau bermanja dengan aku dah. sedih jugak bila aku lepak kat umah abang aku Farisya takmau duduk atas riba aku. nasib baik ada Iza. tapi aku sedih jugak sebab aku tahu one day Iza akan besar dan akan tiba masa bila dia dah takmau bermanja dengan aku.

aku ingat lagi last day sebelum aku bertolak dari rumah ke air port, mak peluk aku dan cakap, tak payah la sambung study dah. abah cuma senyum. aku tahu abah sokong tujuan aku untuk sambung study. paden cuma nak cuba nasib mak. kalau lulus interview biasiswa dan ujian master, paden sambung lah..sayang mak dan abah!
 

 
                                                                                              Hit 
Counter