Transformasi?


Huzhou, China


Tahun 2010..aku dah tak ingat bila last aku buat posting kat sini. Tapi yang aku tau, masa tu aku tak kahwin lagi. Yup, now I'm happily married. Tengah trying to build up myself, and my family, in the society. Tengah sibuk bekerja, walaupun aku tak tahu, adakah aku suka kerja aku sekarang atau aku cuma sedang bersabar?

Komitmen adalah satu perkara yang mudah disebut, tetapi terlalu besar maknanya. Isteri dan rumahtangga aku adalah komitmen aku. Memang kadang2 aku terlupa, maklumlah pengantin baru (yang tak baru sangat), bahawa aku sudah berkahwin. Realiti akan mengejutkan aku bila aku balik ke rumah dan melihat wajah kurang sehat isteri aku. Kurang sehat bukan kerana sakit, tapi kerana mengandungkan anak aku. I will be a father soon.

Kenapa tiba2 aku menyambung semula blog aku? Mungkin sebab aku takut aku semakin lupa akan siapa diri aku yang sebenar. Takut aku lupa kemahiran aku untuk menulis, dan membuatkan pembaca2 aku berkhayal dan berimiginasi dengan tulisan aku (serius poyo).

Kawan2 aku yang baru mengenali aku, mungkin akan nampak diri aku sebagai seorang jurutera yang bosan, bercakap hal berkaitan mesin, rigid dan tak fleksibel, pentingkan fakta dan nombor, jurutera yang merasakan dia tahu segalanya. Tetapi untuk mereka yang sudah dalam fasa kedua berkawan dengan aku, mereka pastinya sedar, aku bukan seperti apa yang aku tulis tadi, I am more than that. Aku akan cuba untuk kembangkan lagi kemahiran kreatif aku, yang sudah terberhenti buat seketika, untuk menghasilkan grafik, drawing or writting yang menunjukkan kematangan. I am flexible, open minded, love new ideas, laughing, jokes, money and business.

I am PAKDEN.

Labels:

 

 
                                                                                              Hit 
Counter