something from my friend..

Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta
peronda kita sambil
minum kopi. Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan
ada dua kes yang
diminta kita menangani salah satu darinya. Dua-dua kes
orang kena tangkap
mencuri.Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki
ditangkap mencuri
duit seringgit.Kes kedua di kampung hilir, seorang
warga asing kena
tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit.

Kes mana yang kita kejarkan dulu? Agaknya tentulah
kita segera berkejar
ke kampung hilir, ye tak? I mean, apalah sangat duit
seringgit, itupun
nak report polis ke? Tapi bagaimana kalau lepas tu
kita tahu hakikatnya
begini:

Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak
yatim piatu peminta
sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk
digunakan membeli
roti setelah beberapa hari tak makan? Sedangkan dalam
kes kedua, duit
itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya
tak pernah keluar
zakat?

Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara
prinsip dan
appearance.Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama
lebih berat, walaupun hanya
melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini
dah biasa
menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran,
maka selalu minda kita
tertipu. Stephen Covey, dalam bukunya "Seven Habits of
Highly Effective
People" menceritakan pula begini

Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang
kita enak
menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan
udara bertiup lembut
itu,tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang
anak kecilnya duduk
di sebelah kita. Lelaki itu hanya menung panjang
melihat ke tasik dan
mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam
setan
menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang
semuanya melihat dengan kening
berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu
hormat pada orang
lain tu. Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan
sungguh budak ni!
Apahal mamat ni diammm je, tak nak tegur ke anak-anak
dia ni? Lepas dah tak
tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu. Boleh tak
encik suruh
anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak
makan sandwic ni! Lelaki itu
melihat pada kita seketika sebelum tersenyum
sedikit."Maafkan saya,"
kata lelaki itu. "Dan maafkan anak-anak saya tu.
Sebenarnya, isteri saya
- ibu mereka - baru meninggal dunia sebab kanser di
hospital, dan saya
tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini."
Kemudian dia
sambung lagi: "Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain
supaya tak menganggu
anda makan." Apa rasa kita masa itu?

Sebab itulah bila teringat ayat Qur'an mengatakan,
beza antara manusia
itu hanyalah iman dan taqwa, saya sering berasa
menyesal. Sebab saya
selalu menghukum orang melihat keadaan luarannya!
Bagaimana dengan anda? fikir-fikirkanlah.....

Wallahualam...
 

 
                                                                                              Hit 
Counter