buat gila

for someone that can draw, an amateur, to draw a potret from a picture is actually like taking a risk. firstly, an amateur cannot draw potret just by looking at a person and of coz they cannot draw someone that doesnt has beauty(hensem or cantek). oklah. everything that I am going to say here will can only be applied to me(ayat selamat). to tell you all ayams here(from now on the readers of this blog will be refered as ayam which is something halal and tasty), I cannot draw someone's face just like that, I need to feel her. yes, her. becoz I dont draw men's face. wasting my time. I drew Juliana Banos(100%), Rani Mukherjee(100%), R(awek skolah menengah 90%), S(ex-tunang 70%). and yesterday, I made a big mistake by drawing xxx's face.

Da da da..(lagu jiwang)
why do I say it was a mistake? if you are a new ayam here so you might dont understand me. I am trying to block my feeling toward xxx. I dont need any love burden right now. I only need my family and frens, and myself. to draw her face I need to really perhatikan her picture. I need to concentrate, focus and look deeply into her &%$#&" eyes and cute &%#"$% face. how can I stop myself from thinking of her by doing that? yesterday was like 3 hours of us being together, drawing her face and...arghhhh!!! Now I can only pray so that she dont get into my dreams. sandy dont help me much since she is busy with her soaps and movies.

Siapa itu? Cuba teka
hehe..and luckily she doesnt has much interest in technology and doesnt visit here much. I prefer her to not coming here at all. dont want her to read all this sissy stuffs that I wrote. I want to be a macho guy that always keeps secret and pain within himself. I want to be someone new that does not say much, a thinker and..F me. have a lot of works to do, together with all the WC games, how can I still draw her face? I surely need to reschedule myself back. today is 1st of July and my exam will be from 20th. study..AKU TAKNAK TAMBAH SETAHUN LAGIIEEE!!

p/s: thanks to kak malin for encouraging me to draw again! there will be more after this~

Aku telah larut...


kolaborasi

domain ke blog aku dah berubah jadi pakden-utama.blogspot. aku nak pakden.blogspot tapi ada sorang budak bawah umur ni dah register blog dia dengan nama tu, so aku agak tensen la. dah la dah dekat setahun budak tu tak update. hope nanti bila2 blogger akan delete registration budak tu so boleh la aku lak guna domain tu hahaha. cerita ngarut Aku, Dia dan Starbucks tu pun aku dah update. dah masuk Take 3 dah. nak tiru cam sandy sebab dia pun tulis buku jugak hehehe...lagu baru sedang di upload. Samsons - Kenangan Terindah. skang ni aku banyak melayan lagu2 jewang yang aku dengar dari radio kat blog mE. best. ingat, aku bukan nak promote suruh orang lain ke site aku yang lagi dua tu. just nak inform. taknak pergi sudah.

cara aku bangun dari tdur pagi tadi memang bangsat. aku mimpi aku main bola. bola tu jatuh dari atas so aku nak rembat terus la, first timer punya, nak kasik gegar tiang gol, sekali aku pergi tendang rak tempat aku letak radio dan tv aku daaa...sakit macam haram. termencarut jugak aku pagi2 ni hahaha. tapi ok gak la aku terjaga lagi seminit sebelum waktu alarm aku. selalu macam ni (smile). lagipun aku benci dengar bunyi alarm.

dan berkaitan dengan interview hari tu yang aku pergi dengan tidak bertali leher dan pakai sunglasses tu, alhamdulillah aku lulus. tapi rasa cam kena tipu lak sebab akak tu cakap interview sebenarnya ada lagi dua peringkat. mula2 aku ke situ dulu cuma untuk entry test. yang baru2 ni aku pergi untuk first interview. so skang ni aku dipanggil untuk second interview, still kat tokyo. aku konfem dgn orang tu tadi on the phone, dia cakap last interview MUNGKIN akan dibuat di Kobe. mungkin di Kobe? bangsat betul. rasa macam tiba2 bilangan interview bertambah pulak. entah la either aku bodoh sangat bahasa Jepun sampai aku tak faham atau memang dorang tengah main pusing2 dgn aku. bukan aku tak bersyukur, cuma aku tak sepenuh hati untuk hadir interview company ni. tujuan aku cuma nak ke Kobe. so hari aku akan reply dan tarik diri dari interview berikutnya.

Oh Sandyku...


Sandy Gila
lepas peja cakap ada banyak gambar dan gossip pasal fasha sanda kat cari.com.my, terus aku register dan geledah thread2 yang ada kat bahagian gossip. ternyata begitu banyak cerita pasal kekasih baru aku ni. gossip pasal dia mabok dan geli2 dgn laki memang banyak. pastu ada gambar dia tindik kat lidah dan pusat. setahu aku ada satu tujuan ja org pierce kat lidah nih. but anyway, apa aku pedulik kehkehkeh. aku baru habis layan drama Mentari Jingga episod 7. cerita ni tiba2 jadi mengarut. walaupun aku stil enjoy kisah cinta Farid dan Kat, tapi perubahan sifat datin tu terlalu ketara. hilang lansung sifat keibuan dia. hampeh jugak la penulis skrip tu. but suka hati dia la sebab dia yang tulis kan? huahuahua..

Sandy Sayang
esok aku nak buat satu kelainan time presentation. aku ngaku, aku suka buat presentation. walaupun kadang2 aku gagap dan gelabah, aku tetap suka. gelabah dan gagap tu aku percaya sebab aku kurang berlatih. kurang dedahkan diri aku. esok, pergi mampus dengan research partner aku tuh. nama ja jepun tapi cakap jepun pun hampeh. aku nak tunjuk kat dia yang selama ni aku suruh dia present bukan sebab aku tak reti, tapi sebab aku malas dan aku berkuasa mengarah dia.

Luahan Perasaan
manusia selalu keliru dgn sifat ambil berat dan perasaan sayang. mesej ini ditujukan kepada yyy(bukan xxx). aku ambil berat pasal yyy. aku kisah kalau apa2 jadi kat dia. tapi aku tak sayang dia. ok aku sayang tapi sebagai kawan. lagipun benda yang terjadi dulupun atas permintaan dia. aku pelik dengan manusia macam ni. mengharapkan sesuatu sungguh2, sanggup lukakan hati orang lain, dan bila dah dapat, nak menyesal pulak. nak sedih2. you ask for it. telan dan tanggung segala luka yang awk sendiri toreh, sebab sy tanggung sendiri luka itu. dont wake me up at 9 again. sebab call tu sy miss class.

"Dan mungkin bila nanti
Kita kan bertemu lagi¡­
Satu pintaku jangan
Kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin
Saat semua di sini¡"

BOSAN

hari ni interview lagi. alhamdulillah semua berjalan lancar. walaupun ada jugak beberapa benda yang ngarut tadi. tapi aku berjaya cover silent aku supaya nampak cam aku diam sebab berfikir hehe..sebenarnya aku diam sebab aku tgh susun ayat bahasa jepun huhauhahauahau...tadi dekat Kudanshita, Tokyo. best tempat tu. dekat dengan Budoukang. aku sempat la jugak amik beberapa keping picture. aku hari ni memang gila. first aku tak pakai tie. pastu aku pakai sunglasses. bila dah habis semua interview, mamat tu cakap, dia, personally rasa penampilan aku hari tu tak sesuai. dia tanya aku cam mana aku gi interview lain hahaha..aku cakap cam hari ni jugak la. siap pastu dia tegur clip yg aku lekat kat sut aku. fancy sgt dia kata menda alah tu.

Meninjau Masa
skang ni aku nak tgk Mentari Jingga. nak jumpa sandy. nak tengok kemanjaan dia hahahaha..(betul2 dah gila). apa lagi ek benda yang best hari ni. bergossip dengan peja? ntah hapa2 budak tu. dia kata nak update blog. jom sama2 gi tgk hehehe..

Ada dan Tidak
dan malam ni jugak aku nak kena siapkan kerja. nak siapkan awal dan nak print awal2. skang tgh stuck dekat nak create object for the virtual wolrd. memang gempak lah research aku tahun ni hahahaha(perasan sendirik!!). dan kepada xxx, sori kalau sy terus terang sangat tapi memang betul. awk tak comel. dan tak jugak cantik. tengah2. ladylike. DAN AMARAN KERAJAAN MALAYSIA, dont call me comel. padan muka sebab 19hb Julai nanti dia akan sedih huhu..

komen? simpan saja!

Half time

tadi aku cakap cinta yang tiada ending tu useless ek? ok2 aku nak tarik balik kata2 tu(tapi aku taknak delete entry tu). cinta yang mustahil ni sebenarnya kalau digunakan dengan cara yang betul mungkin dapat membantu hahaha. aku sekarang ni nak suka dekat Fasha Sandha. manja. soft spoken. cantek. dan aku nak mula kumpul segala movie yang Sandy(kakaka aku bagi nickname tu) berlakon, semua drama. Sandy ni aku mula2 tertarik masa tengok cerita Bujang Senang. bagi aku, personally, cerita tu tak best kalau apek ja yang ada, Sandy is the best hahaha. so dengan memupuk perasaan cinta yang tidak kesampaian kepada Sandy, aku leh redakan perasaan yang menentu aku terhadap A. bukan aku tak sukakan A, tapi masa sekarang memang tak sesuai. dia pun masih kuat bentengnya disebabkan apa yang dah berlaku kat dia sebelum ni. dua2 orang sama2 takut, sama2 risau, sama2 taknak letak kepercayaan. betul tak budak kecik? kalau salah pun suka hati la. ini blog sy.

mengikut en.sapran, ada dua sifat selfish. satu perasaan selfish berdasarkan perasaan dan hati. satu lagi selfish berdasarkan akal dan fikiran. en.sapran adalah salah seorang penasihat cinta yang agak bagus. tambah2 lagi sebab dia kenal aku ni camna hahaha..so kalau aku selfish ikut hati dan buat keputusan untuk gamble dengan perasaan aku terhadap xxx, aku akan tergelincir sikit dari landasan aku untuk bantu famili. kalau aku ikut selfish akal, pentingkan tanggungjawab kat keluarga, kemudian diri sendiri dan juga memikirkan perasaan aku terlebih dahulu, bukan perasaan xxx, aku perlu tumpukan dengan apa yang aku dah rancang. dan dengan xxx, have to take it slowly. ada sense dalam apa yang dia cakap but aku of coz akan pertimbangkan dulu. mamat ni walaupun kadang2 dia berkata smart, dia tetaplah ayam seperti aku juga hahahaha..(adakah awk rasa terhina bila sy letak nama awk xxx?)


en.Sapran
so Sandy, help me. en.sapran, thanks for your good advice(benda2 yg boleh dipakai) and words(untuk benda2 ngarut yg hg cakap). tahniah sebab dah habis part I. aku ja dok tunggang terbalik lagi. yosh esok interbiu!!!!

p/s: Mentari Jingga best(sebab Sandy berlakon) dan aku upload some instrumental songs. guitar by Steve Vai dan Jeff Beck. seyes lagu2 ni memang layan. plus Berita Harian sucks!!

Motivation down

waa...have to write fast2. I have class in 20 minutes from now. aku tak mandi lagi. tapi rumah aku dekat je dengan sekolah. plus aku memang masuk lewat pun kelas tu dari mula2 dulu lagi. no need to start creating good impression. let it be that way. lagipun Murata Sensei memang sayang kat aku hahahaha...

currently listening to
Anuar Zain - Mungkin
Samsons - Kenangan Terindah
Alda - Aku Tak Biasa
Irwansyah ft Acha Septriasa - My Heart

aku dah upload lagu Anuar Zain tu. yeah he is definitely gay. dari pergaulan aku dengan orang2 camni aku dapat agak. tapi ini semua dipastikan lagi dengan kenyataan KAWAN aku yang mengunjungi kelab2 gay kat KL tu. hmmm..oklah aku patut tarik balik perkataan definitely tu. ini pendapat peribadi aku. just keep it here. so, walaupun di mata aku mamat ni gay, but this song Mungkin is surely nice. easy to sing along too hahaha. aku respek bakat dia.

motivation down sebab hujan kot. so aku dah tunda interview aku ke hari esok pukul 1530. aku baru jek call tadi. kira last minute jugak la. but who cares. aku nak pergi Kobe jek. bukan nak keja kat Perlis. so entry ni will be continue lepas aku balik kelas nanti. chow!

Speed
banyak gambar yang aku amik mesti aku edit using photoshop dan kadang2 tu edit yang melampau. aku rasa bagi seorang photographer, which is not me, mesti anggap seni amik gambar tu dah hilang dan diganti dengan nilai2 digital yang lebih rendah kualiti. so kali ni aku nak post satu picture yang aku less edit, cuma letak watermark. camna lampu keta leh jadi camtu? itu kena email aku privately sebab aku malas nak tulis kat sini panjang2.

oh, lupa something. untuk awk yang tgh mengalami waktu beruang, its ok. mak sy cakap perempuan dalam waktu beruang, kalau dia buat apa pun kita kena maafkan dia. but actually for me awk tak buat apa2 pun. just being honest. kalau betul2 itu yang awk rasa, luahkan. sy nak tahu. sy pun taknak buat kerja yang sia-sia yang endingnya tak dapat dipastikan(contoh nya cintakan orang yang dah mati).

sekarang ni memang aku agak sentimental. dengar lagu sentimental. berfikir secara sentimental. bertindak pun penuh dengan ala-ala sentimental. kepala hotak aku sungguh. rindu nak layan lagu Akon dan Coldplay. rindu nak dengar Lil Jon dan Chingy. rindu nak dengar Limpbizkit dan SOAD. masa sentimental ini akan berlalu. yang pasti aku nak layan betul2 time ni hehehe. jom sambung buat research!! tapi sebelum tu nak tgk gol dan gincu dulu huehuehue..

p/s: tadi makan sambal belacan kak malin. fuh memang gilabab tak hingat. best. habis bau satu rumah. makan dengan timun. sakit perut lak skang nih. makaseh akak!

Life Dull

I was watching gol&gincu episode 3 when I suddenly realized so many things. the script writer was like reading my problems and send me the answer through that drama. everybody is different. I know this fact and agree with it but the problem is I cant accept it. I always think about everybody around me. I just cant ignore them and be selfish. those japaneses are really self-centered selfish SOAB and yet I still think about them, either my reasearch partner has done his work, do they know the experiment result is wrong and other things. I even let my research partner submitted his report, which I rewrite again because of his foolishness(for God sake you are japanese! takkan tak reti tulis bahasa Jepun kot? MF), so that prof wont think that my research partner is sucks, so that prof will think good of him because he rewrite that report. I did that because I am hoping that he is like me, acknowledge my thought towards him and will try to be better for the next time. because of I am hoping everyone is like me, I hurt myself a lot. yes, now I know what I did was wrong. I should hand in that rewritten report myself and then tell him whats his problems is.


Hati Hujan

in gol&gincu, puteri said something that hit me. something that made me smile by myself hahaha..it was about typical Malay.

Zie: What does being Malay mean to you?
Puteri: Listening to Malay music, eating sambal belacan, being spiteful, nosy, lazy, polite..

listening to Malay music? I am but not only Malay, I listen to mat saleh songs, jepun, indonesia, hindustan(huwa ini bila kena mood memang layan hehe..) and any kind of genre too. eating sambal belacan? hahaha..really miss my mom's sambal belacan. eat with ikan goreng panas. ya Allah nak balik Malaysia!!! being spiteful? I dont remember any except when I was thinking to breaking up my ex from her new boyfren hahaha..(sorry R!) nosy, well thats me I guess. lazy? this hit right in my face kehkehkehkeh(laughing my ass off!!) and polite. isnt this ironic? Malays are spiteful and yet they are polite. I do try to be polite as much as I can though.

p/s: Malay Dilemma by Mahathir Mohammad, excellent excuses for Malay being lazy. nice dude!

Pheww..seronok

sekali sekala tukar angin memang seronok. keluar dengan orang yang kita baru first time kenal memang best. rasa macam bayi baru lahir. semua kena mula balik dari A. kak malin memang best, sporting, good listener dan banyak duit kakaka..but of coz semua ni aku cakap berdasarkan apa yang berlaku hari ni la. mungkin lepas kenal nanti lagi banyak sifat positif kak malin yang aku akan nampak? mungkin ada lagi perkara2 menarik tentang kak malin akan aku notice selain dari dia ni kecik dan selalu kena langgar dengan orang yang sedang lalu-lalang? hehe..sori akak tadi terpijak kaki hahaha..(kena pijak dengan timberland tuh!!) but yeah, I cant tell everything to you akak. walaupun akak buat sy teringat dekat akak sy yang sulung tapi I still cant share everything with you. I have a lot of secrets. really A LOT (smile). by the way gambar bawah ni bertujuan untuk bagi peja dengki kakaka..ZARA paper bag?

ZARA? Not for me.

hari tu izal mempertikaikan keakraban aku dengan nab, irfan dan jemey. dia cakap aku dah tak luang masa dengan budak JAD4 dah hahahaha. aku suka betul bila dia buat mengada-ngada camtu sebab aku ada peluang nak kenakan dia balik kekeke. so aku edit beberapa picture izzal dan aku letakkan kat dalam frenster aku. lepas tu aku masuk kat frenster izzal dan tinggalkan testimonial ni.

"kat frenster kami, banyak ja gambar dia. kami masuk frenster dia, satu pun tadak muka kami. yang ada pun muka kawan2 dia yang ada keta. takpalah. kami sayang dia. dia kawan kami walau macam mana pun."


Izzal kawan kami

lepas tak beberapa lama tu dia mesej balik kekeke. dia mula la nak pressure aku. seronok sebenarnya bila kawan2 fikir pasal kita. best sangat. thanks izzal. aku main2 ja picture tu. hg bukan kawan aku time senang ja. hg pun tau kan? yang bestnya masa dia mesej tu dia ajak aku ke tokai, nak main billiard. but kebetulan aku ada janji dengan jemey nak gi karaoke. so lagi la bagi point untuk dia pressure aku kakaka..

p/s: orang sebelah aku tu maze. smart la ni mamat nih. tambah2 dengan evo6 putih tu haha..

Jauh

baguslah tindakan awk tu. sy pun dah tak tahu macam mana nak jauhkan diri dari awk. sy tahu awk marah bila baca entry sy hari tu. sy tahu awk marah pasal sy tulis nama ex awk. sy tahu awk marah sebab gambar. sy tahu banyak lagi benda2 lain yang saya buat yang awk cuba mencari positif di dalamnya. awk memang optimis(kalau inilah perkataan yang paling sesuai). sy rasa tak best buat kat awk macam ni tapi mungkin inilah satu2 nya jalan. manusia kadang2 terlalu bodoh untuk mengerti aturan alam dan qada qadar Tuhan. semoga tindakan awk betul. semoga tindakan sy betul. awk bernasib baik sebab semua yang berlaku ke atas awk, ada orang sekeliling yang menyokong. keluarga awk. sy tiada keluarga di sini. kawan2 memang sedia membantu tetapi hanya kasih sayang keluarga yang boleh bantu kita untuk melupakan segala yang telah berlaku. semalam sy cakap kat kawan sy. sy cakap, sy tak berada bersama famili menyebabkan sy nak buat famili sendiri. nak cari orang pengganti. mula2 sy anggap itu satu joke tapi kemudian kata2 itu membuatkan sy terfikir, inikah puncanya selama ini? tak pernah sy berada dalam satu keadaan bila sy tak pasti tentang perasaan sy terhadap orang lain. sy rasa sy dah cukup kenal dengan diri sy sendiri. adakah tulen dan jujur perasaan ini? adakah sy terlalu takut untuk akui yang sy memang, mula menyukai awk? ahh..what a crap...just live your life normally. dont be like me. bersyukur kerana keluarga awk ada bersama awk.

komen? simpan untuk diri sendiri.

Abah and Paci

mE post an entry about her father. well her father seems like a very nice guy. and now is my abah's turn. abah is very funny, loving, hardworking and understanding.

I remember in 1998, abah had a heart attack was sent to the hospital. but since the hospital was pack with patient at that time, they had to put abah in the children ward. and thanks God abah's heart attack was not that bad but they needed him to take a rest. abah worked very hard at that time. and after 2 weeks, we went there to take abah home. when I was there, at the children ward, the children keep saying, "Pakcik buaya dont go.." and some of them were crying and their mother were like,"Pakcik buaya is ok now, he cannot stay here anymore". and we were puzzled with the situation. then abah said that some of them was very sick(cancer, leukemea etc) and abah tried to make them happy by telling them stories, and most of it was about buaya. so now whos father is the best if it isnt my abah? hahaha..this IS MY blog kekeke(warning2!!)

Abah+Dekya
and then about dekya. what a sissy nickname. well me and paklen call him paci. we even used to call him pacat when we were small hahahah..(because he was skinny and the blackest). he's just accepted to UM, and will be taking something named Perubatan dan Pembedahan, ala senang cakap he will be a medic student la. very proud of you bro!! I think he is the smartest, no not smart but rajin study. he didnt get good result in UPSR. but he didnt give up, struggled for his PMR and got 7As and a B for Bahasa Melayu(laughing my ass off!!). for SPM he even got better than me hahaha. but I never feel bad for it, I even proud. you kick ass paci haha.

he do has one problem though. baran. one day he was on the way to the mosque and I dont know what get into him, but he stop at this group of samseng(baya2 dia jugak la) whos making noise with their bikes. he started to talk some sense into them and asked them to follow him to the mosque. one of the biggest samseng got mad and talk back to paci. paci went to him and pulled his bike. dua-dua jatuh tergolek, moto dan tuan hahahahahah!! pastu samseng tu cabut gi cakap kat bapak dia kehkehkehkeh...

and when paci was helping abah at the market, he bought some accounting books and started to learn them by himself. but of coz he wont understand it 100%, for god sake he was a sciene student. and because he mad at himself for not understanding the books, he got out from his room, started to ask my little sister to study, pergi mandi or whatever. of coz my stubborn lil sis fought back and that was what paci waiting for, he went to her and kicked her stomach. and then he was like kerasukkan and beat the shit out of her wahahahahaha!!!

thanks for your concern frens!! I am ok. just a lil bit crazy wehehehe..

ku kikis-kikis kuku kaki kakakku

there are 8 of them. no. actually I have another three but their condition arent quite good and, I dont accept them as my shoes anymore hahaha..what did you say? I am showing off? well yes I am. why I put my shoes here if not that I want to show off? ignore you. talk to the hand. from left, this one I use for my interviews. the next one I bought just after I arrived here. and then Tim. of coz you are my number one Tim. this Nike, shuut~, I searched everywhere. and if I found one, they dont have my size. untill one day I went to Shimokitazawa with Nab. they got this last pair, although it wasnt really my size, I took it anyway. and now you always hurt my feet. but its ok. anything for style hahaha...yo old skool. I got this free from my senior. love it. and then my jogging shoe. bought it 2000 yen. useless piece of crap. my loyal Stan Smith. I bought it in Kajang, long before I came here. and you are still with me, untill now. huwaaa...this sandal, same with my abah's. I at first get a pair for abah as a present, but I was the one that using it. more than abah. so I bought another pair.

duh...I hope you dont come here. I did wrote something about you and mention ur ex bf name here hehe. go away. but if you are here, I have something to ask from you. if you start to hate me, tell me. out loud. so that I can keep myself away from you. did you even come here? did you see the banner that I told you? F me. I am a fool.

Ghana won 2-1. Italy won 2-0. Rosicky didnt do anything. Koller didnt play at all. Izaghi was good. Japan? they will lose to Brazil. it suppose to be that way. I dont want to stay up for that game. I have class tomorrow. and I dont need comment for this entry. keep it for yourself. I'm done for today. ohh I forgot. uploaded new song. Larut by Dewa. nice words, nice arrangement, nice rhythm. superb. enjoy!!

What a lovely day

sedih aku dah hilang dah hehe..sanggup aku keluar semata-mata nak topup international call card aku untuk hilangkan serabut dalam kepala otak aku nih. dan ternyata usaha aku tak sia2 sebab serabut tu memang hilang. plus aku menjadi sangat genki dan gembira tak tentu pasal. sebab aku hepi, aku beli barang2 toilet yang baru(cover seat toilet, selipar etc) untuk tandas rumah, aku beli sabun mandi yang dah nak habis dan air freshner untuk meja study aku. aku hepi sampai aku rasa kenyang dan malas makan nasik. ini amat bagus untuk proses diet aku heheh..

sebab aku fail bab2 merancang perbelanjaan nih, bulan ni aku sesak. bukan sesak sebab takdak duit ja, hutang plak tu. I forgot that everything I bought last month was on my visa. so because of this, I am being very cheap now. you will have to pay 238 yen to get a good body soap, I take the XXX one which cost me 198 yen. for air freshner, I bought the 238 yen instead of the usual 328 yen one. I am cheap I guess, but somehow my money manage to flow away from me.

Love Nature
about the tagboard, it wont be there anymore. so if you want to comment, put it down here. I dont know why but lately, I started to love this blog even more. about the story that I write, I am going to post new chapter maybe once in two weeks. if you like it, read it. if not, drive around. go away. any comment will be appreciate. and some of me entry you wont be able to comment hehe..(because I remove it. I am the smartest here. this is my blog hahahaha)

Huahuahua...

banyak jugak benda best jadik kat aku hari ni haha..oklah mula2 hidup aku berjalan macam biasa sampai habis kelas pukul 2.30pm. pastu aku lepak kat umah. semalam banyak movie yang aku download and most of them finnished already. tapi bau busuk sampah kat dapur agak kuat dan mengganggu hidung aku. aku, berkain pelikat dan kemeja, amik sampah tu dan nak turun ke bawah nak buang. lepas aku tekan butang turun, aku tunggu la depan lift tu. bila pintu tebukak dan aku nak masuk, terkejut gilababi sebab ada dua budak kecik menyorok dalam tu. termencarut terus dalam bahasa jepun. budak2 tu pun gelak la sebab tengok aku yang tgh terkejut nih. dah la aku pakai kain pelikat so nampak lagi funny. gila jugak budak2 kat jepun ni rupanya.

Serangan Dunia Kecil
dan lepas buang sampah aku pasang movie Find Me Guilty, Van Diesel berlakon. memang mantap. funny pastu pasal frenship and loyalty. ceta pasal a group of Italian mafia kena bicara. yang bestnya Van Diesel takdak peguam so he defends himself la. hes really a jokester in that movie dan aku terharu bila ada part mak dia mati dan part kawan dia belot. his fren shot him three times tapi dia cakap kawan dia sayangkan dia cuma dia tgh high. thats true love man. aku nak bagi 10/10 untuk ceta ni.

lepas tu aku dapat phone call dari Showa Rubber Co. entry test untuk company ni susah gilababi but you know what, they call me for the next interview session. they got like 4 levels of interview and I already gone through 3 of them. so kalau aku lepas this 3rd one, I ll be in Hyogo-ken for the next interview. they will pay for the bullet train and hotel. walaupun aku takmau keja kat Perlis but I ll do my best just to get me that free trip to Hyogo. FYI, kat Hyogo tulah terletak nya Kobe. Kobe ni likes the most beautiful city in Japan la kot. entah la sebab aku pun tak pernah sampai hehe..

alamak..ada satu kisah sedih lak..but aku taknak tulis kat sini..nak simpan dalam hati..baru je dapat tahu sebentar tadi..SEEEEEEEEEEDIHHHHHHH!!!!!!

bila aku dah mula mengarut

selamat pagi! awk nak tahu tak, ada banyak sebab kenapa sy tak sepatutnya suka kat awk.
firstly sebab sy baru 8 bulan putus hubungan so sy still tak puas hidup single lagi. lepas tu awk pulak jauh dari sy dan kita tak pernah jumpa pun. maka amatlah tak boleh diterima logik akal sy(dan awk juga) kalau kita boleh suka orang yang tak pernah kita jumpa. so mungkin hati sy ni cakap dia suka kat awk sebab sy sunyi je kot. sebab love sick. tambah pulak awk memang comel. itu yg buat hati sy jadik lagi bodoh tu. lagipun banyak tanggungjawab lain sy nak kena pikul. sy nak sara adik sy sampai dia habis study. pastu sy nak buat/beli rumah baru untuk mak sy. nak belikan Proton Waja untuk bapak sy. so sy tak sepatutnya fikir macam2 pasal awk. haaa..lagi satu sebab kenapa sy tak patut suka kat awk sebab kita ni banyak persamaan. org cakap kalau banyak persamaan tak sesuai. dan kita ni sama2 ego tinggi. tak. ego awk lagi tinggi. percaya tak?


Hati Kuning

lagipun awk rendah hehe..sy hari tu berbincang dgn diri sendiri, nak carik org yang tinggi pulak pasni(macam tak sesuai je alasan ni). plus, awk pun bukan nak serius dengan sapa2 untuk waktu yang terdekat ni kan? yelah lepas peristiwa awk dgn saiful izham tu. awk nak tahu tak kenapa awk rasa awk sesuai sangat dengan dia? hehe...secret la..oklah. sy nak gi kelas nih. susah betul hidup camni. cam menagih cinta pulak. baik tagih dadah, kesan tu nyata so org lain bleh la nak tolong. masuk pusat serenti ke..kalau tagih cinta ni lagi parah. ada pusat serenti untuk orang yang ketagih cinta? call me. nak jugak try masuk sebulan dua.

Kenapa?

kenapa aku seorang yang tidak kuat hati? kenapa aku seorang yang terlalu merancang masa depan? kenapa aku tidak boleh hidup mengikut arus? kenapa aku suka memikirkan sesuatu terlalu berat? kenapa aku tidak boleh lakukan benda yang sepatutnya aku lakukan? kenapa aku memerlukan orang lain dalam hidup aku? kenapa aku perlu dicintai? kenapa aku perlu bercinta? kenapa orang sekeliling aku terlalu pentingkan diri sendiri? kenapa kau ego dan terlalu susah meluahkan apa yang kau rasa? kenapa aku terlalu mempercayai yang aku tahu apa yang orang lain fikirkan? kenapa aku ego dan bodoh merasakan pendapat aku sahaja yang betul? kenapa hidup aku tidak tenang? kenapa aku mengeluh? kenapa aku tidak mampu membantu keluarga aku 100%? kenapa aku tidak banyak duit? kenapa aku suka berlagak bagus dan cuba menjadi sempurna untuk orang lain? kenapa aku tidak mahu menjadi sempurna untuk diri sendiri? kenapa aku suka berpura-pura gembira? kenapa aku suka menjaga hati orang lain dan tidak hati sendiri? kenapa aku tidak boleh membahagikan masa dengan baik? kenapa aku tidak boleh mementingkan diri sendiri? kenapa aku mesti ambil kisah kata-kata orang? kenapa aku menagih kasih orang yang tidak sudi memberi? kenapa aku perlukan kau di sini? kenapa kau hantui hidup aku? kenapa aku jadi begini? kenapa...KENAPA!!!!!!!!!!


Hidup Tidak Manis

Aku dan Photoshop

Siot betul. aku tengah edit picture untuk banner lagi satu site aku guna Photoshop. punyalah susah aku nak carik idea. tapi atlast aku boleh jugak create something yang aku rasa ok dan sesuai. tapi still not 100% complete. tiba-tiba keluar satu error message. aku malas nak baca so aku just off message tu. suddenly Photoshop aku pun shut down sekali. dah la aku tak sempat save lagi suma kerja tadi. tertekan.


Exposure 1/3sec

Punyalah susah aku nak amik gambar ni. ini pun aku belum puas hati 100% lagi ni. ikutkan plan aku kena betul2 clear dan orang-orang yang bergerak tu blur habis. tapi memandangkan masa tu dah dekat pukul 1 pagi, dan dua orang housemate aku yang teman aku kat stesen tu pun dah tarik muka penat, terpaksalah berpuas hati. on da way balik kena belanja budak-budak tu satu large coke. one day aku akan try lagi untuk dapatkan the best result!

Tips


Melihat Shinjuku

Preparation – extremely important before any interview. Consider the following possible steps:

o Find out about the organisation (from its website, company reports, current employees etc.)
o Think about your experiences and achievements (academic and non-academic) breaking them down into the qualities you demonstrated and the challenges you faced
o Plan answers to some of the questions typically asked at interviews (see below)
o Make sure you know where you’re going so you can arrive with plenty of time to spare

Typical interview questions:

o Why have you applied to us?
o What do you know about our business?
o What qualities/skills do you have which make you suitable?
o If you haven’t graduated, what result are you expecting for your degree?
o Could you explain the details of your project?
o Tell me about your involvement in ... (e.g. a student society)
o I see you have spent a vacation working – what did you learn/achieve?
o Can you provide an example of when you led or worked in a team?
o Please tell me about a time when you were under great pressure? How did you cope? What was the outcome?
o Where do you want to be in five years’ time?

Some interviewers like posing problems, e.g.:

o A person in your team is disrupting production. How would you approach them?
o The quality of a product is causing complaints from some customers. What would you do?

Golden rules for answering interview questions:

o Speak clearly, confidently and slowly
o Don't try to answer a question that you have not understood - ask for clarification
o Talk openly and with enthusiasm about your achievements, but don't overstate them
o Keep your answers relevant to the question
o Don't pretend to know something that you don't
o Try to be yourself. Show sincerity and enthusiasm, but avoid being too serious

Your questions – will to an extent depend on what you’ve already covered in the interview. Here are a few possibilities:

o What training do you offer graduates?
o What would be a typical career pattern for someone entering this career?
o What are the things that you enjoy about working for this company?
o Is it possible to change job roles?
o Are there opportunities to work overseas?
o When can I expect to hear the outcome of this interview?

The way we think, the way we talk

How do people think in english and write in english? I know how to think in japanese and talk in japanese. of coz I can do that for bahasa too. but not for english. sometimes, talking in english makes me look arrogant. especially when I talk too much. plus my weak grammar(dont you noticed that?). being arrogant will not help me much for my job interview. I dont wanna be arrogant. just want to show them I have self-confidence bla bla bla...(cakap banyak macam makcik!!)


Sahabat 01

This one got published yesterday I think. using Azman as my model hehe..(without his permission). and the one below I sent it just now and hope will be published too. using Yuzaini and Khaled hehe..(without their permission)


Sahabat 02

p/s: to others jom la sahut cabaran DFJJ. paan bila lagi? mE pulak busy jek ngan en.ariff tu.

Slow Thursday

Today I have another interview. but I just dont feel like I want this job. the factory is in Perlis. although they might send me to Penang but the posibility is like 60% because they dont really need a lot of engineers in Penang. I prefer to be working either in Kedah/Penang or the south side. I dont want to be stuck in Perlis. I still have this thinking that they dont have electricity there and I need to use perigi hahaha(oklah aku tahu tempat tu takla sebangang ni).


Manusia Kuasa

Really hoping I will get the Proton. its good if I have one offer and I dont care from who. if I have none, I feel insecure. by the way the GM of Miyazu and their Human Resource Executives were very nice and such a happy go lucky person(but of course they turned serious when they talked about bisnes). really like to be working with this kind of people.


Manusia Kuasa

p/s: my picture got published again in Digital Fhoto Jeritan Jiwa for this month. my next post will be about this picture hehe..

Untuk Ibu

Baru-baru ini aku ada siapkan sesuatu untuk mak aku, mak yang paling best dalam dunia, mengatasi mak para pembaca sekalian hahaha. Aku cetak beberapa gambar yang sudah aku edit sebelum ini ke dalam saiz 1/2 daripada gambar biasa. Kemudian aku sediakan sebuah album dan berkulit keras. Akhir sekali aku masukkan gambar-gambar itu ke dalam. Siaplah sudah satu hasil seni untuk mak aku dan semalam aku sudah pastikan yang album ini sudah selamat tiba di tangan mak.


Untuk Ibu

Seperti yang aku jangkakan, mak paling suka gambar yang terakhir. Apa gambar yang ada di mukasurat terakhir itu? Adakah ia terlalu menarik lantas mengatasi kegilaan orang ramai terhadap Akedemi Fantasia? Adakah ia gambar bogel yang digembar-gemburkan oleh Harian Metro keluaran Ahad minggu hadapan? Untuk mengetahui jawapannya sila dapatkan surat khabar perdana keluaran Ahad depan.

p/s: Harakah pun termasuk dalam surat khabar perdana jugak. Jangan lupa beli!

Jumaat Biru

Tiba-tiba aku teringat kisah dulu-dulu, masa aku di sekolah menengah. Sekolah aku, Sekolah Menengah Sains Sultan Mohd Jiwa, Sungai Petani, sekolah paling seronok dan happening dalam dunia, mengatasi sekolah-sekolah para pembaca sekalian. Hari Jumaat, beberapa buah bas sekolah bewarna oren akan masuk ke perkarangan sekolah untuk mengambil pelajar-pelajar ke masjid negeri yang berada di pekan Sungai Petani(ketika itu Sungai Petani masih lagi berstatus pekan bagi aku). Ada pelajar yang ingin bergegas awal ke masjid untuk beristikharah dan menambah pahala, dan ada juga yang ingin cepat-cepat tiba di sana untuk melencong ke bank mengeluarkan duit, pergi ke pasaraya sebentar untuk membeli-belah ataupun pergi ke Medan Selera Taman Jubli yang terletak betul-betul di belakang masjid negeri. Pelajar-pelajar yang tidak bertanggungjawab ini selalunya adalah pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5, yang sudah besar dan merasakan mereka mampu berbuat apa saja hehehe.

Aku pun tidak melepaskan peluang untuk terlibat dalam kerja yang kononnya jahat ini bermula dari aku di tingkatan 4. Kadangkala aku ke bank BSN yang terletak kira-kira 400 meter dari masjid membuat urusan, kalau tidakpun aku ke SP Plaza yang terletak lebih kurang 300 meter dari masjid untuk membuang masa membeli-belah ataupun cukup sekadar window shopping. Tetapi, kegemaran aku nombor satu mestilah ke medan selera dan merasa kesedapan laici kang di gerai abang yang mempunyai isteri yang cantik itu hahaha. Ais kacang di situ pun tidak kurang sedapnya dan ditambah pula dengan menu-menu lain seperti nasi goreng ayam dan sebagainya. Makan sambil berborak dengan rakan-rakan sudah tentu akan menambah perisa kepada makanan yang dipesan.

Untuk menjadikan kisah ini lebih menarik, telah berlaku satu serbuan besar-besaran di medan selera itu oleh Penolong Kanan HEM ketika itu, En.Pesol yang terkenal dengan sifat bengis dan gila-gilanya yang datang serentak. Aku masih ingat lagi hari Jumaat kliwoon ketika serbuan itu berlaku. Aku dan beberapa rakan-rakan yang lain sedang menikmati pesanan masing-masing. Kain sampin sekolah bewarna hijau aku silangkan di bahu seperti panglima zaman dahulukala. Songkok aku pula entah di mana. Sememangnya aku sudah merasakan aura kedatangan En.Pesol kerana laici kang aku pada hari itu lebih sedap dari biasa dan rakan-rakan aku juga menyatakan ais kacang mereka lebih umph, seperti isteri abang itu sudah masukkan ciumnya sekali ke dalam ais kacang sebagai bahan tambahan.


Masa berlalu lagi

Sedang rancak aku ketawa, aku terpandang susuk tubuh sedang bercekak pinggang di tengah-tengah lorong ke kecil yang menghubungkan masjid dan medan selera . Wajahnya tidak begitu kelihatan kerana tubuhnya membelakangi cahaya matahari yang terpancar, menambah kegerunan sesiapa yang melihatnya. Tubuh itu seperti bergegar menahan kemarahan dan ketika saat itu dia menyergah, “Hoi!!”

Ketika itu juga salah seorang dari kami mengeluarkan arahan, “Berpecah!!”. Bermulalah drama kejar-mengejar yang penuh aksi-aksi yang mendebarkan. Beberapa pelajar bertempiaran lari ke arah klinik gigi kerajaan, ada sesetengahnya yang berlari ke arah perpustakaan awam yang berada terus di hadapan dan aku serta Anas, memilih untuk memperjudikan nasib kami dengan berlari masuk ke taman jubli perak. Tiada seekor pun dari kami yang sempat pergi membayar harga makanan dan abang itu cuma mampu tercengang melihat pelanggan-pelanggannya yang berbaju melayu putih dan sampin bersilang di bahu berlari bertempiaran di kejar guru mereka. Aku dan Anas menyusuri tepi sangkar besar tempat simpanan pelbagai jenis burung dan melalui kolam ikan besar menuju ke arah tempat berehat yang dilengkapi bangku tempat pasangan kekasih membuat maksiat.

Peluh membasahi baju melayu aku dan Anas. Kami berhenti berehat sebentar di bangku berdekatan dengan kolam dan meninjau memastikan En.Pesol tidak mengejar kami berdua. Aku dan Anas bukanlah penjenayah paling dikehendaki pihak sekolah dan aku percaya En.Pesol mungkin memilih untuk mengejar Hambali a.k.a Bob ataupun Helmi a.k.a Pak Zai yang berstatus RM50 ribu bagi sesiapa yang dapat memberikan informasi sehingga tertangkapnya mereka. Namun begitu kami berdua masih mengambil langkah berjaga-jaga kerana dikhuatiri En.Pesol akan mengubah modus operandinya dan mahu menangkap muka-muka baru pula. Setelah yakin kami tidak diekori, aku dan Anas mula ketawa terbahak-bahak. Itu mungkin salah satu dari saat yang paling mencemaskan dalam hidup aku termasuk saat ketika aku menunggu untuk dikhatankan. Kami bersalaman serta mengucapkan tahniah kepada diri masing-masing kerana selamat walaupun kami masih dapat merasakan aura En.Pesol masih kuat di kawasan itu.

Setelah bergerak keluar dari taman jubli, kami menyusuri jalan bersebelahan SP Club dan menuju kembali ke masjid melalui pintu hadapan. Selesai mengambil wudhu aku mengambil tempat di dalam masjid. Aku dapat menangkap beberapa isyarat mata dari mereka-mereka yang berjaya meloloskan diri dari serbuan dan sudah berada di dalam masjid, berpura-pura istikharah hehehe. Minggu-minggu berikutnya kami bergilir-gilir pergi ke gerai abang laici kang dan membayar kembali harga makanan. Walaupun dia menyatakan yang dia memahami keadaan kami semua, tetapi hanya diri sendiri yang tahu besarnya malu yang perlu ditanggung untuk menemui abang itu semula setelah kejadian tempoh hari. Cuma isteri cantiknya yang aku rasa dapat meredakan perasaan kami semua hahahahahaha…

Lampiran:
1. Anas sekarang sedang meneruskan pengajiannya di Universiti Putra Malaysia dan semoga dia berjaya menempuhi kesusahan yang sedang melanda dirinya sekarang.

2. Hambali pula berada di UITM Shah Alam dalam bidang Aeronautik dan dipercayai masih stabil baik dari segi ekonomi mahupun perasaannya.

3. Manakala Helmi pula sedang berkhidmat dalam pihak tentera udara.

nice work there

I want to recognize my frens, paan and mE whos got their photos published in Situs Digital Fhoto Jeritan Jiwa . paan was known to be good in art during the skool time and maybe kuah dah tumpah ke nasi because his father is an architect, same as what he will be in the future, together with zelman, his big bro. not like me, he choose to continue his life in art, something that paan, anis and I cherished before. me, now taking engineering as my path and dont draw as much as those days anymore. paan always said that my drawing was geometrical and technical, didnt come from my heart. yup I know. I trained myself to be good in art. Situs Digital Fhoto Jeritan Jiwa published 2 pictures from paan(known as paan754 there)


paan754_01



paan754_02

and my next fren is mE. know this akak from blogging. always talks about her feeling toward her Ariff and shares her emotional pain. mE sure likes camera but same as me, dont have enough money to buy DSLR camera(but I dont know about now). using only her usual digikame, her pictures got published in Situs Digital Fhoto Jeritan Jiwa(known as alongariff there). for me, thats really great. hope to see more nice touch from mE in the next theme.


alongariff_01



alongariff_02

the new theme are out already so see you guys there. as for me, I ll try to find something nice and hope that my next picture will be publish too hehe..yoshhh gambare!!

Aku yang bengong

Its crazy when you start to missing someone so badly even though that person might not be thinking about you at all. the stupid thing is when you can do nothing but thinking about that person. she might done something(bomohkan aku tak? cam ensem lak kehkehkeh) and that's why I am feeling this. gila dan tak keruan. when I called her number, the song that came out was so, erm..whats the word? but kena la lagu tu dengan keadaan aku at that time. the song was Jujur by Radja and if you dont know that song, let me highlight some of the words;

Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkanlah aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
Selamanya

Ignore the first and second line because those two lines dont have nothing to do with me. while I was waiting for her to pick up the phone, my pride and ego was laughing at me. not only because of the song, but because I have promised myself that I am not going to call her anymore. I canceled it.


Ajat merenung masa

hehe..dont try to be stupid here, that girl is not Ajat. this picture is something that I promised Ajat before. she wanted me to edit her picture so I did some. but it was hard because the sources were limited, meaning I dont have a lot of Ajat's pictures so my imagination was limited too hehe..baik ak alasan? but seriously, it feels quite nice having other person loving my works. thanks Ajat and hope you like it. (kalau tak suka pun takpalah, buat2 suka)


Jalan yg belum putus

Hurm..today I went out to Shinjuku and then felt like I want some fries and the best place to have fries in Japan is First Kitchen. so I went there after I bought tripod for my Comel, which is my camera. this First Kitchen is big and of course always pack with kawaai gurls and kawaai old ladies too hahaha..so I ordered my fries and when the gurl at the counter asked me for money, I realized that I didnt have any. I bought the tripod using my Visa. so I asked either they accept card(and at that time I felt like kicking myself hard) and she called for her manager. he said I cant take my fries. I went out from that kedai makan and never turned back. felt like I was walking and melting at the same time. nak makan jagabata!!!!
 

 
                                                                                              Hit 
Counter