Show Off.

Penentuan Malam Ini?


Eksperimen

Semalam aku ke Tama Plaza dan hari ni aku pegi lagi sekali. aku pun tak tahu apa yg best kat tempat tu. mungkin sebab ada banyak bunga2 comel? mungkin sebab tempat tu ramai org? mungkin sebab aku nak amik gambar? mungkin sebab aku taknak pikir apa yg bermain dalam otak aku skang ni? walau apa pun yg aku sedang fikirkan, aku harap ia akan dapat ditamatkan malam ni jugak. masih ada satu lagi report untuk aku siapkan dan submit esok. harap2 lepas aku tahu jawapan kepada persoalan ni, aku masih lagi boleh fokus untuk siapkan report.

Mengikut data yg aku simpan, pengunjung ke blog aku menurun dengan drastik lepas aku offkan link lama aku untuk selamanya. kalau sebelum ni boleh kata sampai 200 kali sehari blog aku diakses. tapi skang ni tinggal 100 kali untuk dua hari. bagus. aku harap segala perkara yg aku tulis dan boleh dijadikan panduan, amik lah. dan kalau benda tu buruk dan salah, jauhi lah.

Proton dah send mail. aku tak dapat keja kat situ. its ok. aku akan carik lagi. will never give up!

Esok Exam!!


3 gampanx

So sebelum aku terlupa, aku dah upload lagu baru. Sayonara by RUI. lagu ni memang best tak hingat plus memang feeling habis. so untuk sape2 yg tak reti nihonggo tu padanlah muka sebab tak faham. baru2 ni aku bukak webpage gakka(fakulti) aku sebab nak tengok bila tarikh presentation aku. aku bajet nak balik raya nanti so kena la pastikan jadual awal2 supaya senang nak book tiket. tapi bila aku bukak webpage tu aku terjumpa gambar2 aku dgn team aku dulu. team buat robot. ala robot bodoh2 jek. aku masuk kelas ni sebab senang dapat kredit. mamat yg tengah tu nama Che Onchang dan yang hujung tu aku panggil dia sempai jek. dia pernah cakap nama tapi aku malas nak hingat. macam dia ingat jek nama aku dan Che. dan Che ni sekarang pun satu bilik dengan aku, tapi berlainan tema.


Robot 6744 [Coke Edition]

Dan kalau ayam semua cuba usha kat belakang robot tu ada botol coke. aku bukan nak sokong Israel. actually time nak test drive robot tu, roda belakang tak grip so menyebabkan robot tu tak ke depan. ao aku dengan botol coke kat tangan time tu kasik la idea. Che of coz bangkang sebab nanti robot tu nampak tak semat dia cakap. aku tanya balik nak kredit ke nak nampak semat? so akhirnya aku amik selotep dan lekatkan coke tu kat belakang. alhamdulillah bergerak jugak robot team aku hehe..

Hari ni aku dapat berita sedih..walaupun belum pasti 100% lagi. Izal msg aku cakap dia dah dapat kerja kat PROTON. ramai yg dapat. kecuali aku dan beberapa orang saje yg tak dapat email lagi. en.Malik cakap nak send mail kat semua orang walaupun yg tak dapat. so skang ni aku tgh tunggu la email tu. tengok la kalau ada rezeki mungkin dapat. ya Allah ya tuhan ku...mungkin PROTON marah dengan email aku yg bernada mendesak sebelum ni kot? dan ada lak kawan aku sorang ni suruh aku call en.Malik tu. ingat aku desperado sangat ke? aku just nak satu kerja. as a backup. kalau pastu nak carik lain pun ok lah. HUWAAAAAA!!!!

aku nak mengadu kat xxx..tapi aku takut dia tgh marah lagi..so aku simpan jelah masalah ni sorang2..


Impressive

No picture for this entry. aku malas. walaupun exam tadi aku tak boleh buat, tapi aku rasa aku akan lulus. aku dah berusaha dan aku yakin Allah akan tolong aku. tak ke pelik tu? tak boleh buat tapi akan lulus hahaha..but believe me, I will...dan aku nak cuba ikut nasihat aku sendiri. aku nak dengar dan baca balik entry blog aku sebelum ni kalau2 ada nasihat dari diri aku sendiri yg best. aku pernah dengar, manusia itu akan menjadi lebih baik jika dia mendengar nasihat yg dia berikan kepada orang lain. sekarang keadaan aku, aku berasa kosong. hollow. serius. aku dah call mak aku. sembang2. aku dah tengok movie. aku cuba berseni. tergantung kerja seni aku. exam aku yg terakhir hari jumaat ni so aku akan mula study esok. dan skrg aku nak sembahyang dan tidur. dan agak mengkagumakn bila aku tengok data pengunjung ke blog aku ni. more than 200 per day. banyak tu. so untuk mengurangkannya, aku dah remove totally link blog lama aku. so sesiapa yg ada add pakden-utama saja yg boleh access. dan mungkin lepas ni akan berubah lagi. siapa tahu?

aku sedang mendengar Dealova by Once dan, sememangnya lagu tu amat menyiksa aku...

Under again..

I need to write this before I go to sleep. still have a few question to look at but its ok. I ll do it tomorrow. exam will be at 1300 so I need to wake up early to do some more reading. so its about what I wrote just now. the "Serabut Milo" entry. well you see, I actually sent msg to xxx and asked her either she is mad at me or not. though she didnt say it directly, she do mad at me. because of what I have said yesterday. dont ask me what did I said because I cannot remember. the thing I know is that I talked too much untill I forgot why I started that topic at the first place. so she is mad at me. hope she doesnt think me as the same as En.Zaki, or anybody else. because I am what I am and I do have some defect. imperfect. I ll give her time and hope she doesnt get angry because of my feeling towards her. I hope she is mad at me because of my words. thats all. I really need to see her first before anything happen. if this condition continues and put an end to this weird relationship, what can I say. its hard to be a man because you will go for something that is hard to get. how I wish my life would be easy and I can just throw my pride and ego into the trash can.

if only I can fly, I ll be there and ask you to forgive me.
mangkuk betul %&$#'"#'$&!@!!! stupid mouth!! arghhhhhh!!!!!!

Serabut Milo


Macro - Tajam II


Well well..what have I done to myself rite now hurm..aku selalu merumitkan keadaan untuk diri sendiri, aku selalu mewujudkan masalah yg tak wujud. aku tahu tu. tapi aku akan tetap lakukan jugak. aku akan tetap buat jugak apa yg aku nak buat. so now I am stuck. aku tak tahu samada aku perlu msg xxx ke tak. perlukah aku tanya mcm mana keadaannya skrg? perlukah aku tanya adakah tindakan dia semalam bermakna lepas ni aku tak perlu kontek dia sudah? dan aku tahu, kalau aku msg dan dia tidak balas, aku akan call. aku terlalu obses terhadap sesuatu. dan juga terlalu skeptikal. bukan aku mahu jadi skeptikal, tetapi apa yg dah berlaku terhadap aku dahulu mengajar aku untuk menjadi sebegini, untuk susah mempercayai kata2. tambahan lagi kalau kata2 itu diucapkan melalui telefon. yelah, hampir 2tahun aku ditipu S. celaka betul perempuan tu(dan aku tidak maksudkan kpd semua perempuan). so macama mana aku tak jadi skeptikal? sesetengah orang cakap, menyalahkan orang lain atas kelemahan sendiri tu tak elok, F you. memang salah S.

aku tahu selepas aku msg xxx, dan kalau dia tak reply, aku akan call pulak. dan kalau dia still shock dengan apa yg aku cakap semalam, dah tentu perbualan tu akan jadik cam gampang. plus aku akan tidak mempercayai apa yg dia cakap(because I m being sceptic la). because I think I know what happened actually and all her words are lies. dan lepas tu perkara ni akan jadi lagi teruk. dan akhirnya hubungan yg tak pernah wujud ni akan hilang. tak ke ironi tuh? tak wujud tapi hilang? bodoh betul la. sekarang dah 10.30pm here. so lepas ni aku nak sambung study. yup esok aku ada exam tp otak aku asyik pikir pasal benda nih. AYAMMMMM!!!!!!!

p/s: tak perasan ke watermark baru aku tuh hehehe..ada org cakap simbol P aku sblm ni tak best. takde kelas. dan aku lak saja nak tukar watermark baru. tak boleh?

Will It Just Be Like That?

Aku ingin menjadi MIMPI INDAH dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa KAU RINDU
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Ooohh..karena hati tlah letih
Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa KAU SENTUH
Aku ingin kau tau bahwaku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayangmu seakan akan...
[Once - Dealova]

nak tahu di mana susahnya jadi orang yg banyak bercakap? bila dia bercakap terlalu banyak sehingga akhirnya dia terlupa tujuan asal dia bercakap dan mula kedengaran seperti orang bodoh. aku? aku selalu bercakap sehingga terlupa tujuan aku bercakap. dan aku tahu pada saat itu, orang2 yg mendengar akan mula mengubah persepsi mereka terhadap aku, dari seorang yg bijak berkata2 menjadi sebuah tin kosong. sama seperti Shahrizat. sama seperti PBB.

dan sebolehnya aku mengharapkan pasangan yg tahu menyuruh aku berhenti bila aku bercakap. aku mahukan pasangan yg sedar aku sudah mula memperbodohkan diri sendiri dan dia boleh hentikan apa yg aku sedang cakapkan ketika itu. pasangan di sini bukan bermaksud kekasih semata2, kawan dan sahabat juga. aku rasa aku ada beberapa org kawan yg tahu menyuruh aku berhenti bercakap. entahlah..


Macro - Tajam

dan adakah hubungan ilusi dan khayalan aku dan xxx akan tamat begitu saja? we dont even met yet. nonsense. tipu siot benda ni. semua perkara yg berlaku antara aku dan xxx adalah tipu dan palsu? dan aku cuma boleh menunggu. aku kira dia sedar maksud aku meluahkan apa yg aku rasa padanya dulu. aku kira dia sedar, jika pada masa itu, dia tidak mempunyai perasaan kpd aku, dia perlu berhenti menjawab phone call dan membalas msg aku. adakah aku terlalu menganggungkan ketinggian minda xxx? adakah dia begitu naif? someone asked me what are her weakness, no, defect, is she lack of something. and my answer was "I dunno, go and ask her". its really hard to look for something negative about someone that you like. semua nampak macam syurga dan indah. sial.

tunggu dan tunggu..itu la sebelum ni konfiden sgt. skang kan dah serabut balik. padanlah dengan muka anda En.Fadzil. pastu ada ayam yg akan cakap, "Hahaha..mamat ni sewel aku rasa". Dealova by Once, terlalu indah dan bererti untuk di letakkan di Sound of pakDEN. donlod jangan tak donlod!!

Yellow and yellow


panning

Yo to all ayams here hehe..I dunno what have I done with my firefox and I hate to admit this but, my blog is best viewed in IE7 Beta 3, the latest one that got tab browsing in it. didnt you know that you can tab browsing in IE7? hahahah..old skool la you ni. thanks to Yu for this info. so yes, please view my blog using IE7 and sadly to say that if you just downloaded your XP or using a non original version one, you cannot update your IE into IE7 because Microsoft will validate ur XP version first hahaha..me? of coz I am using the pirate version of XP SP2, but I have my own ways to get something that I cannot get hehe..and to those who bought their laptop or pc from Sg.Wang, please dont be sure that your XP is original. do some checking first hehe.

I have added new lyric to my "Sound of pakDEN" blog but unfortunately I cannot upload the mp3 file. something happened to the savefile.com server and you ayams can try to get that song from elsewhere. btw the song is Separuh Nafas by Dewa. I am listening to Babyface - Sorry For The Stupid Things, Once Dewa - Dealova, JRock - Selamat Tinggal Kekasihku and Garasi - Hilang. thanks to mE for sharing with me JRock and Babyface's songs. mE memang best! nanti kena send personal email and say thanks to her.

so what happened to the story Aku Dia dan Starbucks? haha..so sorry. being really busy right now but you know what, take 4 is almost finnish and I think you guys can check it out tomorrow. take 4 is actually quite longer than the previous one. thanks for your support!

MACRO - violet
And now, we ll talk about PROTON. yup PROTON, syarikat kebanggaan negara tu. sini aku nak bongkarkan satu benda yg amat mengaibkan. aku pergi interview syarikat Jepun, within a week aku dah dapat answer. tak kisah la aku dapat ke tak keja tu. but not like PROTON. shit. they promised us that they ll send the result in two weeks but guess what PROTON, your two weeks has become a month. bodoh, mangkuk, tak efisyen dan bla bla bla..same thing goes to NEC Malaysia..same thing happened and I emailed to both company regarding this matter and hope to get any info about it but I guess they just deleted my mail. some of my frens is counting on me to ask PROTON because I seem to have good connection with them. well my frens, I have emailed already but theres nothing. no reply. F betul la..and I receive pressure from my prof everyweek, asking me about my interviews. malu aku nak cakap PROTON take more than a month to give the answer. kenapa rendah sangat taraf dan level syarikat Malaysia ni? macam mana kerajaan Malaysia nak students oversea balik dan keja dengan syarikat macam ni? we dont want to be working with idiots. seriously, I am thinking about working abroad but..I got some other issues...kalau lah aku ni selfish

Handphone


Macro - Lumut
Pesan aku untuk orang yg tak pernah bercinta, jangan bercinta. bukan jangan lansung tapi tunggu masa yang sesuai. tunggu bila keadaan dah stabil dan kita dah mampu berkahwin. sebab bagi aku, itu antara matlamat percintaan. betul? kenapa aku pesan macam tu? kenapa aku cakap jangan bercinta sekarang?

Bila cakap pasal ni aku suka kaitkan dengan penggunaan handphone. mungkin metafora ni sesuai untuk kes aku jek so aku hapa pedulik. ini blog aku kan. macam handphone. masa kita takde handphone, kita teringin nak guna handphone sebab tengok kawan2 lain ada handphone. sedangkan masa tu kita takde la rasa tertekan sebab takde handphone, cuma rasa nak pakai sebab orang lain pakai jek. dan bila kita dah pakai handphone, kita rasa mudah dan seronok. alarm ada, leh save address, birthday kawan2 dan macam2 lagi. so bila handphone kita rosak atau hilang, mula la kita nak gelabah dan hidup jadi serabut. kita baru sedar kepentingan dan kegunaan handphone time ni sedangkan dulu kita tak kisah.

Sama macam cinta. kita tak tahu kepentingan dan keperluan bercinta sebenarnya. kalau tak percaya tanya orang yg tak pernah bercinta. mesti dia tak tahu kenapa orang bercinta. macam mana perasaan dan keadaan bercinta. hanya orang yang pernah bercinta sahaja yg tahu. dan orang yang bercinta secara berpura2 tidak termasuk dalam kes ni. aku maksudkan orang yg bercinta secara ikhlas, jujur dan mendalam. dan apabila cinta itu hilang atau pergi, manusia2 ni akan mula tidak tenang dan serabut. ada jugak yg berjaya mengawal perkara ini dari jelas di pandangan orang lain dan ada jugak yg tak mampu berselindung. sebenarnya, kalau orang yg hilang cintanya ni dapat bersabar untuk satu tempoh, bergantung kepada sejauh mana perasaan terhadap pasangannya, dia akan survive. walaupun dia dah tahu amcam mana keadaan bercinta itu, dia akan boleh teruskan dengan hidupnya.

Macro - Red Blaze
So kembali kepada nasihat aku tadi. kepada yg tak pernah bercinta, jangan bercinta sekarang. bercinta bila kita dah mampu nak berkahwin, bila kita dah stabil dan kukuh. sebab pada masa ni, kita carik orang yg dirasakan sesuai, keluar sekali dua, nilai peribadi masing2, tanya kawan yg pakar(aku pun boleh) dan at last luahkan kat pasangan kita tu perasaan dan hasrat nak kahwin. dan lepas tu boleh sambung bercinta sebagai suami isteri. lagi best. pegang2 pun tak dosa. pahala lagi ada la hehe...nak cium kat mana2 pun boleh. dan kalau dah ada ikatan yg sah ni, kalau bergaduh pun takleh nak buat keputusan suka suki sebab dah kahwin. kalau still bercinta, pakwe pakai selipar pun leh mintak clash. bagi kes yg dah berkahwin, setiap masalah perlu dibincangkan. buang sifat budak2 dan mengada-ngada kalau berkaitan hal serius suami isteri. kalau suami nak kahwen lagi tu, kasik la. bukan luak pun hehehe...(silap2 jadik power lagi abg tuh hahahah!)

Tapi kepada orang yg sedang bercinta dan pernah bercinta, aku tak maksudkan kena berhenti. go on. kalau dah pernah broke up, clash atau putus hubungan, jadikan pengajaran. kita patut bersyukur sebab apa yg berlaku itu akan mengajar kita penjadi teman yg lebih baik untuk insan yg lebih baik yg bakal kita temui lepas ni. dan bagi yg masih baru putus hubungan, kuatkan hati. jangan main terkam jek mana2 yg lalu. ini aku tujukan kepada perempuan la. ingat, lelaki tahu bila perempuan paling lemah hatinya -> masa baru lepas putus cinta. so kalau ada yg datang, nilai betul2. cinta bukan benda main2 yg boleh kita pilih macam beli kopok lekor kat pasar malam.

p/s: cakap pasal target orang yg baru lepas break ni, aku pun buat camtu jugak huahuahua..dan rasa2 macam boleh dapat je nih. apa ntah nasihat aku tadi? dah lupa la..

Mengantuk


Malam Aku

I slept at 6am on Thursday after finnished my thesis and power point slide for my presentation and woke up at 9am. and I slept at 6am also yesterday after finnished 80% of a 40 pages report and woke up at 10am. continued my work untill 1.30pm and stopped for sembahyang jumaat. at first I thought there wont be sembahyang jumaat because yu, khaled and fakhrin were late. I am tired and yet I still can put up this new layout for my blog. and I even write this post. stupid.

I want to write about love..but not now..
when you are loved, you will be NOT hollow.. [Addicted to Love]

Best


SHINJUKU III

kalau dulu aku menunggu untuk melihat komen orang lain terhadap entry yang baru aku poskan, sekarang tidak lagi. tujuan aku menulis bukan untuk menarik minat orang datang ke sini lagi, aku menulis kerana aku. aku menulis apa yang aku mahu dan apa yang aku rasa(walaupun aku masih mengawal kata2 aku kerana tidak mahu menyinggung perasaan orang lain). dan jika bosan entry aku itu, biarkan ia bosan. dan jika provokasi entry aku itu, biarkan ia begitu. aku amat menghargai kunjungan manusia ikhlas, kawan2 dan aku tidak dapat lindung betapa seronoknya membaca komen orang lain. tetapi selepas ini tiada peluang untuk komen lagi. aku dah matikan fungsi itu. aku percaya, ada lagi manusia yang akan datang ke sini, cuba berkongsi dan mentafsir apa yang tersirat dalam hati ini. dan aku akan sentiasa menghargai kunjungan AYAM-AYAM semua hehehe..

ok. tamat kelas bahasa baku. sambung projek semalam. aku dah janji kat diri aku yg aku takkan msg atau call xxx selama seminggu. aku nak duga hati aku ni. nak tgk kuat mana keazaman yang aku ada. dan malam tadi xxx dah robohkan keazaman tu hahaha..sebenarnya aku dah pikir, kalau dia msg aku dulu so aku akan batalkan ujian ni. dan terbatal lah ujian ni. walaupun msg dia pendek dan cuma bertanya kabar, aku dah seronok gilababi. aku dah terlompat2 macam beruk sampai Nab dgn Irfan tensen tengok aku. kalah orang menang AF. sehari aku tak dengar cerita dari xxx, dah sampai tahap ni rindu aku. tapi, aku tetap konfius samada perasaan ni betul atau tak. dan pastu aku dan dia berbalas msg. kekadang aku terpikir jugak nak balik mesia untuk raya nanti. yelah, aku boleh jumpa mak bapak aku dan aku leh jugak jumpa xxx depan2. aku nak tengok setakat mana dia nak pusing2 topik dengan aku ni hehehe...

sebenarnya, aku nak uji diri aku untuk tak kontek xxx sebab ada benda yang dah berlaku antara aku dan dia. walaupun benda dianggap kecil oleh orang lain, aku rasa cam perbuatan tu dah merendahkan taraf aku. dah menunjukkan betapa aku tewas kepada ego laki aku. ingat, laki yang tak pandai kawal ego akan jadik cam org bodoh. dan disebabkan kejadian tu jugak buatkan aku fikir nak tukar arah jalan hidup aku nih. aku nak jadik liar. nak buat benda2 pelik. nak tackle orang suka2 hati. dan aku siap dah rancang nak buat satu blog, khas untuk ceritakan cam mana aku tackle awek hahahahah(perasan tuh hins hins...) semua ni aku fikir sebab aku nak lupakan xxx. sebab aku malu dengan tindakan aku terhadap dia. melampaui batas manusia normal betul aku nih.

ok aku nak sambung kerja. esok kena submit by 6pm. thanks mE for your regular visit. sy dah bookmark blog mE tu. hari2 sy bukak hahaha..(termasuk DFJJ, The Malay Male, Kosong etc..)

Hari pertama


Kamal Hasan betul!!

aku berusaha mengawal perasaan dan diri dari msg or call. sebab aku amat sibuk dan esok pun aku akan amat sibuk juga, aku rasa aku akan dapat tempuhi 2-3 hari ni dengan selamat. target aku untuk bertahan selama seminggu. dan tiada sebab kenapa aku tak boleh lakukannya. YOSH!!!!

p/s: kenapa aku tulih cam indon nih? ngantuk sangat kot hahaha..

SHIT


Lets go there!

thanks mE. dan sy pun memang selalu ke blog mE. saja nak bagi sakit hati sendiri baca entry mE pasal ariff hahaha..

ada orang yg dah baca apa yang aku tak patut tulis. camnilah yg jadi bila paksa diri untuk menulis. camnilah yg jadi bila paksa diri untuk berkongsi.

Submisi


Melihat Malam
susah nak mula menulis balik bila dah lama kita berhenti dan selepas banyak yg dah berlaku. sebelum ni aku ingat nak kongsi gambar anak saudara aku, Ayunni yg teramat comel dan best, macam pakcik dia jugak hehe..tapi skang aku dah rasa malas. pastu aku ingat nak ceta pasal trip aku ke fujikyu, tapi aku rasa cam koleksi gambar2 tu dah cukup untuk menceritakan semua. so I thought I just better write about my dream just now. aku mimpikan seseorang yg aku tak sangka masih ada dalam memori separuh sedar aku. aku mengharapkan org lain yg muncul. tetapi mungkin kerana "org lain" itu belum pernah aku temui berdepan dan chemistry antara aku dan dia belum cukup kuat so dia tak berupaya untuk hadir dalam mimpi2 aku.

sudah lah. asyik2 cerita pasal pompuan. ngarut betul aku nih. haaaa..jom ceta pasal kelebihan diri sendiri. selalu sangat manusia ni tak sedar pasal kelebihan diri sendiri hahaha..untuk pengetahuan ayam semua, masa ini lah kawan yg baik dapat membantu. tanya dia. apa yg aku terer? insyaAllah dia akan jawab dengan ikhlas. mungkin pada masa sekarang kita tak perlu lagi tahu tentang kelebihan diri sbb yelah, cam aku, aku kena study. mampus la kalau kawan aku cakap aku mampu jadik pelakon yg baik pun mengatasi Farid Kamil, aku tetap kena go on study jugak. tanya pasal kelebihan diri sendiri kat kawan bila kita dah rasa cam kita dah buat segalanya tapi still rasa life ni kosong. boleh camtu?

Kebenaran dan Kebatilan
submitted two pictures for DFJJ latest theme, Malam. first submisi aku rasa cam ade meaning la jugak but for the second one, rasa nyesal sebab send. sebab bila aku tgk balik pic tu, takde seni dan meaning. entah bila aku nak beli DSLR. cuba guna kamera SLR jemey hari tu dan tak banyak picture yg jadik. buang duit jugak la. tapi aku puas hehehe..

Pembelajaran


Cinta Pegang2
aku nak hebohkan sikit pasal keadaan aku sekarang. pasal proses pembelajaran aku. next week memang banyak benda bakal berlaku. 1) presentation untuk research aku setakat ni, 2) submit thesis untuk first sem(mana ada org lain buat camni? ade lak tulis thesis dua kali, mabuk betul jepun nih) 3) submit report kikai sistem sekkei 32 pages +-(malas aku nak translate) 4) zemi 40 pages +-(jgn tanya aku zemi tu hapa). dalam masa yg sama aku kena ready untuk exam the next week. aku target nak lulus(lulus, bukan dapat A) 4 subjek sekurang-kurangnya dan 5 subjek kat bawah ni yg aku rasa aku ada peluang.

1- DENNETSU KOUGAKU
2- KIKAI SISTEM
3- KIKAI SHINDO
4- ZAIRYOU KYOUDO GAKU
5- SOSEI RIKIGAKU

untuk grad aku perlu lepas lagi 5 subjek sebenarnya. dan kalau aku dah lepas 4 subjek untuk first sem, second sem memang aku enjoy tak hingat punyalah. nak buat part time. kumpul duit. nak jalan2 sampai ke Kobe dan Kyoto. belajar kat universiti ni sebenarnya amat mudah. kalau setakat nak lulus, study sehari sebelum exam pun still boleh. kalau nak dapat A, barulah kena study secara konsisten. tapi yelah jangan ponteng kelas dan buat latihan yg sensei kasik dalam kelas tu. lagi bagus kalau boleh bagi sensei kenal wajah hensem kita nih. cam aku memang sensei kenal la. aku jek yg kaler hijau dalam kelas biasanya. tak lupa jugak carik kawan nerd sorang. ingat, walaupun dia pakai spek tebal dan dressing cam gampang, masa depan dia lagi cerah dari kita ni hahaha..be fren with him.

sebut pasal dalam kelas, hari tu sensei buat baibun dengan aku. dia nampak aku baru angkat kepala dari tidur. terus dia tanya aku soklan. aku dah la tak dengar lansung apa dia cakap dari tadi sebab aku buat keja lain, pastu aku leh tido lak. aku pun jawab jelah aku tak tahu. saja jek dia sebut nama aku kuat2.

sensei : Fadzil, awk bukan ke terer baca tulisan kanji?
aku : hah? (sambil memandang muka sensei dgn penuh tanda tanya)

sensei : so apakah bacaan untuk kanji nih?
aku : mmm..entah. sy tak tahu..(sensei, kenapakah!!)

sensei : camne la kamu boleh dtg jepun nih bla bla..balik mesia la..bla bla..

aku dah siap edit gambar ke Fujikyu hari tu. aku tak letak semua. 28 keping jek. tu klik kat banner sebelah tu kalau nak tgk. aku pun tak plan nak letak banner tu lama2 kat situ. so sapa2 kawan2 yg follow hari tu dan nak tgk gambar, klik la. dan kalau nak link kan ke gambar tu, copy jek banner dan letak kat frenster ke, myspace ke, blog ke, diari..movie..kapal selam..motosikal..teksi.....

kapal selam

p/s: aku malas nak letak gambar, so aku letak one of my old skecth. dan kepada sapa2 yg nak tengok camna Portugal practice untuk World Cup, boleh klik sini. kalau takleh play, right klik dan save as je terus.

Wee Wee


Blue Wee Wee
you see the Blue Wee2 up there? yup its called Blue Wee2. why? because I bought it, because this is my blog. I bought it for 100Yen. actually all the mouse pad, white cup and the watch are 100 Yen each. I am crazee for this kind of stuffs. I dont know either to call it cute or what. if I say I like cute stuffs, all you ayams here might think that I am a fairy, a fag or something like it. but who cares? its my money. I can buy whatever I like huehuehue..

I know I shouldnt do anything except study and write my thesis. but last week, because I have to use train to go to Izal's house, I took a book along. its called The Naked Face. who wrote it? google it by yourself. yup its him. a man that I thought was a woman because of his name. I used to read his name as Sindey(Cindy) hahahahah...I bought this novel quite a while before, in March. I totally forgot about it. I thought I read it already. nasib baik aku capai buku ni hari tu. thanks to my PSP. camna la bateri boleh flat? haram tak sentuh dah pun huhu..by the way this book is brilliant. same like others. but Master of the Game is the best. maybe. John Grisham? different genre..takleh compare..

now I am still wasting my time editing some pictures that were taken during the trip to the Mt. Fuji. I feel like everybody has high expectation for my works. I dont know exactly. just my thought. pressure. I am looking for free server that support php script. I am going to use Postcard Viewer. just wait and see. for DFJJ new theme, I have some pictures but I am not going to post them now. recently they had a nice discussion about art and guideline. and I really dont want to be prejudice. I dont want other people to be prejudice either. really hope to have a nice and open discussion like one I had with Paan before. by the way this dude graduation day was yesterday. congratulation! I'm going to call him now hahaha..

to all you ayams, take care!

Aku dan cahaya


cahaya
dalam keadaan yang agak serabut macam ni aku boleh lagi buat keputusan untuk ke Mt.Fuji ja tapi sekali dgn Fujikyu. untuk pengetahuan ayam2 semua kat Fujikyu tu ada roller coaster paling tinggi dan gila. no.1 in the world dan aku dah naik hehehe..pastu ada gak rumah hantu 700m. penat tahan takut sebab naik coaster gila, masuk umah hantu la pulak. nak rasa takut lain lak. tapi entry ni bukan bertujuan nak merepot apa yg dah aku buat kat situ. mungkin entry lain kali. lepas aku siap edit semua gambar2 hahaha..

dan pasal kerisauan aku, aku call. aku kalah. bodoh betul. rasa cam semua org gelakkan aku. bodoh betul. but you know what ayams, I dont care. and if that person already started to think that I am annoying, will be glad to hear that from her. if she can say that clearly I may not call or hoping for her anymore. even tonite, during the half time, I called her again. just to make sure she doesnt miss her favourite team's match, Italy(and its sucks even more when France lost). why do I care actually? life is really hard if you dont know what really happening in yourself. even though you know, but if you cant make the decission, or you made the decission but you cant follow it, you will end up being me. a STUCKER hahaha..

DJ Titi - Separuh Hidupku is a great song. uploaded. download and enjoy. thanks to mE. walaupun lagu ni tak sesuai dengan keadaan aku sekarang, aku tetap layan. dan jugak lagu Samsons - Kenangan Terindah. ayat2 puitis dan penuh makna. belajar2 la dengar lagu dan hayati lirik sebab seni itu tidak terhad pada nada dan rentak, tetapi jugak pada kata2 dan perasaan pencipta lagu.

komen? tak payah...

Risau? Taklah..


Words
kenapa nak risau? aku bukan ada apa-apa pun dengan dia. takdak kaitan lansung. kawan. biasa la. mana ada lebih2. habis tu kenapa nak risau? kenapa sehari tak dengar berita nak rasa tak sedap hati? aku dah gila kot. hati ni bukan leh layan sangat. baik aku cepat2 gerak ke rumah Izal. esok boleh panjat gunung Fuji. dia? biarlah kalau dia nak drive balik KL pun. dah berapa lama dia belajar memandu. mak dia pun tak kisah. aku ni sapa pulak nak kisah? nak risau? mabuk apa aku nih..malam ni leh karaoke. lepas perasaan hahahaha!!! (kenapa aku takleh nak cakap "Pegi mampus la dgn dia" walaupun dalam hati?) da da du dudu...bersiul untuk tenangkan fikiran..

Burger, Shigematsu dan Portugal..



aku makan burger buatan Yu hari tu kat umah dia. so baru2 ni masa turn aku masak aku try la buat jugak. aku potong daging kecik2, pastu aku masukkan dalam blender. pas aku on blender tu aku teruskan la kerja2 memotong daging. tiba2 bunyi letupan kecil ala2 perang di Iraq yg berlaku disebabkan kebodohan manusia seperti Bush. bila aku pusing tengok, blender aku dah berasap. bau hangit terbakar. terus aku off power dan keluarkan daging. tak sempat hancur lagi daging tu blender aku dah hancur dulu. so lepas tu kerja2 mencincang terpaksa aku buat guna tangan. memandangkan hari tu emosi tak stabil, kira lepas geram jugak la. sampai berpeluh. sebab tu la burger tu bertambah masin kot hahahaha. campur tepung, garam, bawang cincang, black pepper, susu dan gaul. hasilnya cam kat atas tu. terlupa, aku buat sos jugak sbb aku rasa burger tu tak cukup sedap.



Shigematsu. ni la partner research aku. entah la mamat nih. walaupun hampeh dan tak boleh diharap, walaupun dah macam2 benda yg aku tak puas hati dia dah buat, aku still takleh nak benci dia. at last aku still akan cover dia. dah memang aku ni susah nak jadi pendendam kot. dah memang aku ni lagi suka makan hati dari buat orang lain sedih kot. tak pernah aku marah orang lama2. paling lama setakat nih 3 bulan la. itupun sebab org tu mmg bangsat dan tak reti hargai kasih aku(alamak ayat melampau). aku still wish suma org yg aku pernah benci tu hidup bahagia. apa la bodoh aku nih.

semalam masa aku tengok portugal lawan france, aku tak pasti aku sokong pihak mana sebenarnya. aku mmg suka france, tambah2 pulak ada Henry, Viera dan Wiltord. aku suka portugal sebab teamwork, sebab Pauletta, Figo, Maniche dan Ronaldo yg laju. tak lupa Miguel yg rajin dan aktif. respek Miguel. nasib baik abg Boa Morte tak main. itu lagi dahsyat tuh hahahah. yg pasti, lepas aku tgk france menang, aku rasa sedih. tak pernah aku rasa camni masa tgk WC sebelum ni. mungkin sbb aku nak portugal menang. mungkin aku terharu tgk Ricardo yang sungguh2 naik atas untuk bantu portugal menyerang. tapi Thuram memang bukan calang. player of the game. he was really great.

menanti hari malaysia memasuki World Cup...

Hujan lagi...

new songs uploaded:

1. Irwansyah ft. Septriasa - My Heart
2. Sad Angry Babies - Sabarlah

tima kasih to Khairie's Blog.
nice blog with a lof of files to stream.


MARAH !!


Marah aku bukan calang
Aku marah sebab aku sayangkan dia. aku marah sebab aku sukakan dia. aku marah sebab benda ini tak sepatutnya berlaku. aku marah sebab hidup aku kucar-kacir disebabkan dia. aku marah sebab aku tidak tahu bagaimana perasaan dia terhadap aku. aku marah sebab benda ni semua terlalu mustahil. aku marah sebab hidup aku tidak tenang lagi sekarang. aku marah sebab tindakan aku dikawal oleh orang lain, dan lebih pedih orang lain itu lansung tidak sedar. aku marah sebab diri dia membawa pengaruh ke dalam hidup aku. aku marah sebab aku ambil kisah tentang dirinya. aku marah sebab semua ini bodoh dan tidak masuk akal. aku marah sebab aku jauh, tidak boleh terus kepadanya dan minta kepastian. aku marah sebab dia muncul dalam hidup aku. aku marah sebab aku layan karenahnya dulu. aku marah kerana aku hilang kawalan terhadap tindakan aku. aku marah kerana aku sangka hati aku sudah kebal, tiada lagi kasih dan belas. aku marah kerana aku marah pada orang yang tidak buat salah kepada aku. AKU MARAH KERANA AKU TIDAK PATUT RASAKAN KEMARAHAN INI !!!!

komen? simpan saja...

Sesuatu yang dalam

aku call anak2 abg hari tu. memang dah lama aku nak cakap dengan ariana. baru2 ni ariana dapat no.3 dalam kelas. thats something for me. sebenarnya aku tak kisah ariana nak dapat no berapa pun sebab she is still something for me no matter what. masa aku call tu iza pun sungguh2 nak cakap dgn aku. lagi la aku seronok. iza ni adik kepada ariana, super cute, tapi sombong dgn aku sebelum ni. skang dia dah byk cakap hehe.."iza skolah tadika..takdak pereksa" itu la jawapan dia lepas aku tanya camna kepututsan pereksa dia. along terpilih jadi pemain bola untuk skolah. aku nak belikan kasut bola untuk dia. nak belikan yg best. nak dia main sungguh2. nak dia jadi hebat, bukan macam aku. main cam hampeh. aiman pulak cam selalu, cuba nak trick aku nak beli macam2. pandai betul anak sedara aku sorang nih. aku rasa aiman la bakal menyerlah dalam akademik one day, kalau kena cara pengajarannya.

semakin lama komp aku semakin gila. semakin banyak program yg terminate itself autometikalli. tensen betul. termasuk firefox aku. maybe semua ni disebabkan Media Player 11 Beta yg aku tgh guna sekarang. plus, hari tu aku masuk site microsoft untuk download IE Beta baru dan aku dah download something utk mengesahkan either XP aku ni ori ke tak. bukan aku nak burukkan microsoft tapi lepas aku sahkan XP aku ni tak ori, semakin banyak trojan dan komp ni semakin gampang. tapi yelah macam mana pun bukan salah dia. salah aku sebab guna XP yg aku cilok dari torrentspy.com ituh hahaha..

banyak ceta pasal copyright yg aku jumpa sejak akhir2 ni. sejak sorang mamat kat DFJJ kantoi menciplak hasi kerja orang lain. dan baru2 ni ada mamat ni marah sebab ada org right klik dan save pic yg dia captured. oklah aku pun tak sure camna ceta but berdasarkan apa yg aku baca, org tu cuma save ke komp saja. lagipun internet ni kan tmpt share. as long as org tu tak ngaku pic tu dia punya and get credit for it,kenapa nak marah2? kenapa nak maki2? aku tak kisah kalau org2 tu nak maki atas something yg bad, I mean really2 bad, ini setakat right klik and save. itu penghargaan tu ekcelli. maksudnya ada org lain hargai hasil seni kita. takkan la org2 yg dok maki org lain pasal copyright ni tak donlod mp3s or movies dari internet? (la itu ceta lain..mana sama..ini pic aku amik sendiri bla bla bla..F u)

carik la rumah aku kalau berani
antara petikan surat khabar yg best;
1. Selepas Rooney memijak pangkal paha pertahanan Ricardo Carvalho, Ronaldo bergegas ke arah pengadil Argentina untuk mengadu. Apabila Rooney ditayangkan kad merah sejurus selepas menolak Ronaldo, kamera merakam pemain Portugal itu mengenyit mata ke bangku simpanan pasukannya. “Ketika bersarapan di hotel pagi ini, Rooney berkata, dia akan memecahnya menjadi dua dan menampar kepalanya. Siapa boleh menyalahkannya?,” kata satu sumber kepada The Sun.

2. Dianggap sebagai bakat baru hangat yang bersedia mencatat nama di pentas bola sepak dunia, Theo Walcott sebaliknya menghabiskan Piala Dunia dengan memanaskan bangku simpanan England dan bersiar-siar di Baden-Baden. Kegagalan Sven-Goran Eriksson menggunakan pemain berusia 17 tahun itu sedangkan dia memilihnya secara mengejut, membayangkan saranan Arsene Wenger bahawa anak buahnya itu lebih matang dari usianya, meleset sama sekali.

huwaaaa...

padan dengan muka aku yang bodoh dan baghal. aku dah nampak hari nak hujan tapi aku boleh buat keputusan nak ke kedai dulu. sedangkan tingkap bilik aku, bilik nab, bilik irfan tak tutup. tambah lagi baju2 aku suma ada kat luar. dah la baju2 tuh dah kering. dan cerita sedih ni bermula masa aku kat kedai dan aku nampak air hujan turun mencurah dari langit. turun macam air limau nipis(sebab takdak kaler). mula2 aku boleh lepak dengar2 lagu kat tepi kedai tu, sampai lah aku sedar yang tingkap bilik tak tutup dan baju ada kat luar. terus aku larik cam gaban. basah kuyp. sampai kat satu tmpt buangan sampah ni aku cilok sekaki payung busuk. tak peduli,aku teruskan larian. dan bila aku sampai kat rumah 501(rumah aku la ayam), dan masuk ke bilik aku, keadaan sungguh chaos sekali. tv dan radio basah kuyup. segala model tren, senjata dan kereta kebal aku bertaburan. kipas heli tercabut. karpet basah. lepas ni mesti jadik busuk. baju2 kat luar tu tak payah cakap la, memang kuyup. towel lak jatuh atas lantai beranda. kotor habis. nak je aku mencarut kat sini tapi memang betul, segala yang baik itu datang dari Allah(hujan) dan yang buruk itu datang dari kelalaian dan kelemahan diri sendiri(tak balik umah dulu, tutup tingkap dan angkat baju).

CHAOS!!!


p/s: ada orang tu tido macam koboi huwahuwahuwa(tapi org ni ganas, tak berani nak kutuk banyak2)

Nurul Hidayah


Apa istimewanya Nurul Hidayah? Lahirnya selepas 7 bulan dalam kandungan. Ibu dan bapa Nurul Hidayah adalah remaja yang tidak kenal perbezaan antara kasih dan nafsu. Datuk dan nenek Nurul Hidayah berkedudukan tinggi tetapi tidak berperikemanusiaan. Sekarang ibu Nurul Hidayah jauh dihantar ke perantauan. Bapa Nurul Hidayah semakin hanyut dalam khayalan dan impian. Tiada sesiapa pun saudara sedarah yang mahu membesarkan Nurul Hidayah. Datuk dan nenek Nurul Hidayah serahkan dia kepada orang lain dan tidak mahu Nurul Hidayah tahu asal dan keturunannya. Kalaulah orang lain tu aku, aku akan menjadi manusia yang paling seronok di muka bumi. Kemudian, akan aku katakan, akulah keluarga Nurul Hidayah yang sebenar. Bukan emaknya yang terburu nafsu. bukan bapanya yang hanyut, bukan datuk dan neneknya yang kejam. Entah apa istimewanya Nurul Hidayah..
 

 
                                                                                              Hit 
Counter