Tag Board dadada


yobimasen deshita

saja ja aku letak tag bod balik. bagi rancak sket cheewah. tapi still, kalau ada mesej2 bangang aku akan delete la. but yelah bukan hari2 aku bukak blog aku ni so maybe akan ada satu dua mesej2 bangang yang akan stay kat tag bod tuh. mmm..aku nak kuar ni. nak jumpa kawan aku last sebab pasni dia dah nak balik mesia dah huhuhu..best jugak bila ada kawan yang luar dari bidang kita nih. terbuka sket minda. ni asyik kawan dgn budak2 engineering jek, otak pun tersekat. tapi sebelum keluar, sempat lagi nak update blog seround heheheh..malang sungguh akaun aku kat Flickr dah sampai limit. so aku dah takleh nak post gambar kat situ. but still ada lagi la saki baki gambar yg aku tak letak kat blog ni lagi. takpe ah. pasni aku upload lak gambar kat tempat lain hehehe..aku skang tgh dalam mood hepi dan gembira cam oltromen. dan aku sedang siapkan satu komik pendek untuk majalah kawan aku. boleh2 aku nak siapkan malam ni gak dan send kat dia by tomorrow. pastu leh la aku kongsi dgn ayam2 semua kat sini. woOooOkkEy?
Tidak Peduli dadaduu~


basikal kuning

Aku tahu, ramai orang dah tahu apa yang berlaku kat aku. apa yang dah aku tempuhi. padahal aku cuma cerita kat orang2 yang aku kira rapat dgn aku ja. maknanya ada di antara kawan2 yang aku percaya tu bukak cerita pasal aku. takdaklah aku nak marah tapi sedih la jugak. sepatutnya perkara ni rahsia. tapi yang bagusnya budak2 JAD4 ni, walaupun dia tahu something yang teruk or memalukan kawan dia, dia akan buat2 tak tahu hehe..bila aku kuar lepak ramai2, dapat tgk ada sesetengah muka tu yang simpati kat aku tapi taknak cakap. aku bukan meraih simpati pun so biarlah. yang penting hidup aku ok skang ni. result exam pun ok hehehe...

Perempuan Gila

Hehehe..mengikut kata2 pakar, ada satu jenis perempuan ni yang dipanggil perempuan gila. dorang ni suka menyeksa lelaki. dia suka buat lelaki tu sakit hati, sedih, tertekan dan sebagainya. tetapi, dia sukakan lelaki tu sebenarnya. dan sememangnya kadang2 dia menyesal dengan kata2 pedas yang dia luah tetapi ego perempuan gila lebih kurang sama tinggi dengan laki, so dia takkan tarik balik kata2nya (selalu camni). contoh kes; lelaki itu dengan tidak sengaja telah membuat sesuatu yang menyakitkan hati perempuan gila, apabila ditanya oleh lelaki itu samada dia sakit hati atau tidak, dia akan menjawab tak. kemudian lelaki itu akan bertanya sekali lagi dan kali ni dia akan jawab dgn nada yang lebih keras, tidak. sedangkan dalam hatinya dia mahu dipujuk. jom tgk perbualan kat bawah ni.

lelaki bodoh: Awak marahkan saya?

perempuan gila: Takdelah...

lelaki bodoh: Kalau marah awak cakaplah terus terang...

perempuan gila: Biarlah (dengan nada suara yang tinggi dan nyaring)


Tukhang angkat sampah


Stucker

Hahahah..ini perkataan aku. berdasaran pengalaman, ada sejenis perempuan yang boleh digelar sebagai stucker. perempuan jenis ni bila first love, yang dia sayang betul2, jarak hubungan yang lama tinggalkan dia. walaupun laki tu memang bangsat (eg. suami org, tido dgn girlfren's girlfren) tapi stucker memang akan tetap memikirkan laki tu. walaupun dia cakap dia marah dan tak suka kat laki tu, dia still akan fikir pasal laki tu. siap kadang2 tu sampai termimpi2 (are you a stucker?). perempuan camni amat merbahaya untuk lelaki. tetapi untuk mendapatkan mereka bukanlah satu yg mustahil. sabar kena TERAMAT TINGGI. sebabnya, selagi kita belum berkuasa ke atas dia(meaning selagi kita belum ada hubungan yg solid), dia akan asyik je cakap pasal ex dia yg jahat tuh. dan kita juga akan di compare, dibanding2kan. kalau stucker yg fobia, meaning dia dh takut nak bercinta, kemungkinan kita akan ditinggalkan tu agak tinggi. beware hehehe..sini ada satu contoh perbualan.

lelaki terdesak: Saya suka sangat tengok midnite lepas diner kat luar.

stucker: Betul? Saya suka jugak. Dulu masa I dengan my ex kan...bla..bla..bla..(ketawa2)

lelaki terdesak: Bestnye...(cuba ambil hati)

stucker: Tapi at last dia tinggalkan I..I hate him...Awak tahu tak, dulu saya buat macam-macam untuk dia bla..bla..(mula menceritakan kisah bagaimana dia bertemu ex nya hingga ke akhir hubungan)

lelaki terdesak: (arghh filem ulang tayang!!) Eh ada burung cantiklah kat situ! (cuba menukar topik dengan menunjukkan ke arah burung yang tidak wujud)

Something Something


Pizza Pening

hari tu time aku dalam perjalanan balik dari kamata nak ke ikuta, aku nampak something yang amat menyentuh perasaan aku. aku nampak sekumpulan 3 org budak, dua perempuan dan seorang lelaki tengah jalan berpimpin tangan. yang menariknya, dua orang budak perempuan tu mengenakan tudung putih. melihat cara budak2 tu berpakaian, berbaju sekolah rendah seperti budak2 jepun yang lain tetapi bertudung, aku kira mereka itu muslim. aku rasa cam nak peluk ja budak2 3 orang tu dan cakap jangan rasa tersisih atau susah mengenakan tudung di jepun ni. aku nak mengaku kat budak2 tu yg aku pun muslim. aku nak cakap kat budak2 tu yg aku nak protect mereka. aku sebak. nak mengalir air mata. dalam keadaan umat islam seluruh dunia yang sedang tertekan dan ditekan, oleh kenyataan pope, oleh kekejaman askar israel ke atas saudara di lebanon, masih ada lagi yang utuh mengamalkan ajaran islam. ajaran islam yg aku kira lagi kuat dan sempurna dari milik aku. Ya Rabbal Alamin...

Hujung Dunia


Nitrus - Hujung Dunia

nice gila lagu nih. aku suka sangat. OST untuk filem Goodbye Boys. taken from Daniel's blog. aku harap dia tak marah aku curik dan letak kat sini. do visit his blog. new film from the creator of Gol&Gincu. aku sent mail ke Redfilm Production yg handle filem ni and ask for the video clip. aku cakap yg by sharing the video clip they can promote the new film too. yg aku respeknya cepat jek email aku dibalas. meaning memang ada orang bekerja untuk membaca email dan orang tu menjalankan tugas dengan baik dengan membalas email pengunjung site tuh. respek. aku nak copy video ni ke hard disk aku tapi aku tak mampu buat camtu guna laptop ni. perlu gunakan desktop aku. hope aku tak lupa.

Kehidupan Biasa


Cahaya

aku dah luahkan perasaan aku dalam one of the latest entry dalam blog ni. perasaan aku terhadap xxx. aku cuma nak tahu betul atau tak perasaan ni. tulen atau tidak. dan ternyata aku memang tidak dapat sabar dengan keadaan ni. aku menguatkan benda yang lemah. aku ajar diri aku dengan benda yang tak pasti. perasaan aku terhadap xxx tidak sekuat yang aku sangka dan hidup aku tidak akan tersekat oleh masalah ni. xxx tu cuma secebis kecil dari jalan hidup aku yang baru nak bermula. setiap benda yang aku sudah jejak dalam perjalanan hidup ni akan menguatkan aku untuk masa yang akan datang. untuk jalan2 dan cabaran2 baru yang bakal muncul. so mungkin cerita pasal xxx akan tamat sehingga sini saja. lebihnya aku berserah kepada Tuhan. Dia yang menentukan jalan hidup makhluk ciptaanNya. lukisan wajah xxx sebelum ni aku akan simpan dan kenang sampai bila2. I love my drawing. so nak tgk tak muka sebenar xxx? aku dah tak peduli apa kesan kepada tindakan aku ni. and if you, xxx, is reading this entry, go away. this blog is not for you. this blog is for someone that know how to appreciate others thought and doesnt judge him only by some few words that he wrote. I didnt fall for your looks, I fall for your heart and thoughts. I cant bear one thing though, selfishness. (but at last aku tak letak gak picture xxx hahahaha)

so whats my plan for now? aku dah bertekad nak sambung master. nak lepak kat sini lagi dua tahun. nak beli kereta sebijik. sambil2 tu baito untuk kumpul duit buat modal. aku percaya bapak dan abang aku boleh handle bisnes dengan baik. mereka cuma perlukan modal, dari aku. aku dah mintak abah survey bisnes paling ok dan selamat. of coz there will be risk. aku dah mintak palen think about something too. dan bila aku balik raya ni, 22hb 10, kami akan duduk dan berbincang. aku akan tekankan kat abah dan palen yang niat kita berniaga, bukak bisnes, bukan untuk untung tapi untuk tolong pelanggan. nak berikan servis yang terbaik. but at first, of coz kena ada plan dan kena tahu flow sesuatu perniagaan tu. ini yang aku nak palen dan abah selidik. kalau palen tak tunjukkan kesungguhan dia, aku rasa ini ja bantuan yang aku boleh fikirkan, lepas ni terpaksalah dia fikirkan jalan hidup dia sendiri. mana ada adik yang tak sedih tengok abang sendiri terumbang-ambing. mana ada adik sendiri yang tak faham perasaan abang yang melihat kawan2 dia berjaya. aku sayang palen. aku sayang famili aku.

hidup En.Kamal


Hangga

1. pakcik2 di Chofu Jimusho

aku agak rapat dengan pakcik2 kat chofu. terutamanya hanchou, yoshida-san dengan driver okamura-san. pakcik2 ni memang suka dengar masalah aku walaupun bagi aku benda tu takde la besar sangat. yoshida-san pernah cakap kat aku yg sebab hati aku baik, sebab tu ramai orang amik berat pasal aku(cheeewahh hehehe..). okamura-san lak memang selalu belanja aku minum kopi dan banyak kali dia ajak aku gi makan yakiniku tapi dah benda tu haram so aku taknak lah. dia lak kalau boleh nak buat keja dengan aku ja tapi dah aku budak part time jek, aku kena ikut jek susunan nama yg hanchou buat. yoshida-san ni sorang yg agak seni dan dia selalu buat satu seni jepun ni thats called hangga. sama cam stamp gak. kita lukis kemudian ukir dan lekatkan kat satu blok supaya jadik stamp. dan dia mintak aku lukis something sbb dia nak buatkan satu hangga untuk aku dan hasil dia cam gambar kat atas tu. aku nak belikan cam hadiah lah untuk orang2 kat chofu terutamanya kat yoshida-san, okamura-san dan hanchou tp hari tu memang banyak masalah betul. but aku akan bagi jugak something selewat-lewatnya sebelum aku habis baito kat kamata.


alat untuk me..?

2. Kamata Jimusho dan Teleskop

aku baru mula keja kat kamata hari tu dan aku tak sangka, first day aku dah dapat macam2 dah huehuehue. aku dapat teleskop dan benda tu still boleh digunakan lagi. isk2 tak paham betul aku dengan org jepun ni tapi aku terima jek benda2 free nih hehehe. sebelum ni aku dapat hard disk laptop dan aku dah siap masukkan dalam laptop buruk aku yg lagi satu tu. walaupun bersaiz kecik dapat jugak lah aku install os dalam laptop tu. aku rasa cam teleskop ni termasuk dalam benda2 idaman aku jugak la selain kereta BMW M3, RX7 dan ALTEZZA hahahah..dan setakat ni pekerjaan kat kamata memang mudah. terlalu lepak sampai aku tertidur dalam lori lagi isk2. aku dah penat keja kat chofu so maybe ok kot kalau kat kamata ni aku keja sikit2 jek. aku taknak mengaku yg aku memang suka buat kerja berlari-lari dan cepat sebab nanti org office akan bagi aku keja yg susah jek hehehe..so better aku diam2 ubi keledek basi jek.

p/s: gambar hangga akan diletakkan kemudian

Fenat


Izal kena Tackle

aku pergi tgk perlawanan bola piala merdeka anjuran MSAJ dan KUJ. baru aku tahu yang agak susah bila ada ramai kawan sebenarnya. aku berkawan dgn semua orang. aku ada kawan dari prog JAD, AAJ, dan budak2 kosen. aku jugak ada kawan dari Teikyo. budak2 ni semua join perlawanan bola tu. so aku tersepit. tak tahu aku di pihak mana. kedatangan aku dengan kereta kawan aku dari Teikyo pun dah buat beberapa kawan JAD tengok aku pelik. mungkin rasa yg aku ni dah belot hahaha..paling best masa JAD 5 lawan Teikyo dan dua group ni lak duduk sebelah2 kat tepi padang. mula2 JAD 5 score gol dan aku bersorak. kawan aku dari Teikyo pandang jek aku. aku dah rasa cam tak best. pastu Teikyo lak score. aku cam taknak bersorak tapi kawan Teikyo aku cakap, "Haaa skang kau kena sorak jugak! Cepat sebut Teikyo gol!!" hahahaha....


Big Baby

aku dah tak boleh join segala prog lepas tu sebab aku kena balik. aku nak pergi embassy untuk sambutan kemerdekaan. aku tahu kalau aku lepak dengan kawan2 JAD memang aku tak ke embassy lah. budak2 tu dah plan nak main bowlong dan karaoke sampai pagi. kesian lak kat k.malin sebab aku dah janji nak bawak dia ke embassy. dan dalam perjalanan balik tu aku jumpa satu famili kecik ni. bapak, mak dan sorang baby. mat saleh. bapak dia besar cam hulk. lengan dia sama saiz dengan betis aku. baby tu lak memang besar. ikut bapak dia la. yg best nya bila aku acah dia gelak. geram betul. comel tak ingat. ARGHHHH!!!


Izal kena Tackle

mula2 aku tukar link blog aku. sebab aku taknak orang yang tak sepatutnya datang sini, baca dan lukakan hati sendiri. tapi lepas lama aku fikir, blog ni adalah benda yg aku fikir. aku lepaskan perasaan aku. kat sini segala tekanan aku dilepaskan. aku jujur. aku tak berniat nak lukakan sesiapa. so aku guna link lama balik. aku harap orang yg datang sini faham. jangan judge aku dari apa yg aku tulis kat sini. kita pun tak luahkan segala perkara yang kita fikir sebab kalau kita luahkan semua nanti org akan cakap kita gila. blog ni tmpat aku BERFIKIR. bukan tempat aku BERCAKAP. jadi tmpt ni memang agak GILA. kadang2 aku tak maksudkan apa yg aku tulis. itu cuma marah dan tekanan perasaan aku. dan aku merayu sangat kepada sesiapa yg tak boleh menerima, tukar haluan. pergi blog orang lain. banyak lagi blog2 yg menceriakan pembaca. yang pasti ini bukan salah satu darinya.
 

 
                                                                                              Hit 
Counter