Ayam SukaHati hehe...seEeEEDap!!

1. sediakan ayam boneless, hiris nipis dan lumurkn bersama lada sulah, garam dan sedikit lemon juice. tabur sedikit black pepper. biarkan 10-13 minit.
2. potong lettuce kepingan 1cmx1cm. cuci sehingga yakin bersih, taburkan sedikit garam dan lada sulah. sedikit gula adalah optional.
3. panaskan kuali dan gunakan sedikit majerin supaya ayam tidak melekat di kuali. pastikan kuali panas sebelum memasukkan ayam dan ayam perlu sentiasa ditekan untuk 3 minit pertama. kemudian terbalikkan ayam, titiskan sedikit sos tiram juga gula, tutup kuali selama 6 minit.
4. makan ketika panas dan ketika tiada orang di rumah. jika terdapat orang lain di rumah pastikan bilangan ketulan ayam mencukupi kerana khuatir pergaduhan mungkin berlaku.
 

 
                                                                                              Hit 
Counter