Aku jangka, ia berlaku

Sudah aku kira seawal lagi perkara ini akan berlaku...

Selepas aku memutuskan/mengurangkan perhubungan aku dengan gadis-gadis yang lain, cuma R yang aku masih lagi hubungi. dan aku hubungi R atas dasar kawan. mendengar dia menceritakan kisah kerja sambilannya dan betapa rindunya dia kepada Bob, orang yang dia sayangi. aku masih menghubunginya kerana bercakap/keluar dengan seorang wanita adalah seperti satu ketagihan bagi aku. aku memikirkan dari membuang masa dengan hubungan-hubungan yang kurang jelas tujuannya lebih baik aku menghubungi R.

Aku tidak mahu menghubungi gadis yang single dan mempunyai angan-angan untuk menjalinkan hubungan serius dan aku tidak mahu berbaik dengan gadis yang sudah berpunya dan mempunyai angan-angan untuk meruntuhkan hubungan mereka. maka R adalah penyelesaian yang terbaik kerana aku mengenali dirinya dan jelas tentang perasaan aku terhadap dirinya.


Masa depan

Sebagai seorang yang baik dan jujur dalam hubungan, R tidak merahsiakan persahabatan aku dengannya dari pengetahuan Bob. pada mulanya Bob masih berlagak biasa. tetapi sudah aku jangka yang dia akan rasa tergugat juga akhirnya. bila aku menghubungi R, dan dia menyatakan ada satu perkara penting yang perlu aku tahu, aku sudah ketawa kecil. dia hairan kenapa aku ketawa, aku bilang aku sudah tahu apa yang akan dia katakan. dan ternyata Bob telah menyuarakan kegusaran hatinya terhadap persahabatan aku dan R.

Walaupun Bob tidak menyatakan secara terus, maksud ayat "Bukan larang tapi cuma tak suka" sudah aku fahami maknanya sebelum Bob mula kenal erti cinta. aku tahu Bob tidak mahu R berhubung dengan aku lagi walaupun R menekankan yang aku masih lagi boleh berhubung dengannya tapi bukan sekerap sebelum ini. aku ketawa kecil. hati aku tetap sedih walaupun aku tidak berhak memiliki perasaan itu. dan malam itu aku bercakap dengan R seperti aku akan hilang dari muka bumi selepas itu dan tidak akan muncul dalam hidupnya lagi.


Tim dan aku

Sehingga ke akhir R masih menyatakan yang aku perlu telefon sebulan sekali sekurang-kurangnya(sebenarnya ini sudah lebih dari biasa hahaha..). dan aku tekankan lagi, aku tidak mahu menjadi orang yang merosakkan hubungan mereka. dan bila dia meminta aku membuat keputusan dalam hal ini, maka panggilan pada malam itu bakal menjadi perbualan kami yang terakhir. namun begitu aku merasa puas kerana semua yang berlaku kepada diri ini sudah aku ceritakan kepadanya. habis semua niat jahat asal(pada mulanya memang aku ingin sabotaj hubungan mereka) aku luahkan, supaya ada benci dalam diri R. supaya dia tahu aku bukan manusia baik dan perlu dikenang. ya Tuhan kuatkan azam ini dan jauhkan aku dari hubungan yang sia-sia dan merosakkan. Amin...

"Boku ga soba ni iru yo
Kimi wo warawaseru kara
Sora no nai machi nukedashi
Niji wo sagashi ni yukou"


p/s: access download section for full version

 

 
                                                                                              Hit 
Counter