Minato Mirai

Kengkadang aku bosan dan akan rasa nak keluar dari rumah. perasaan ni muncul tak kira waktu. kalau pagi2 pukul 2 aku rasa nak keluar, aku akan keluar. berjalan-jalan. pergi kedai mungkin. atau ke rumah Yu. atau ke vending machine. beli air dan pusing2. hobi pelik aku ni boleh disahkan oleh housemate aku.

Aku pernah tak boleh tidur, sampai pukul 5 pagi. aku keluar sebab aku lapar dan aku rasa nak berjalan-jalan. so aku nak beli bento. tapi malangnye kedai tu bukan open 24 jam. aku terus berjalan sampai ke rumah Yu. nasib baik pintu tak berkunci. masuk. ada roti. makan roti bakar. ada nasik dan kari ayam. macam tak patut pulak aku fikir kalau nak makan. dah la budak2 tu tak sedar aku datang sebab tgh tidur dalam bilik masing2. panas. aku bukak baju dan sendukkan nasik. lepas makan aku minum jus oren yang ada dalam peti ais. habis. aku keluarkan air anggur pulak. lepak2 baru lepas makan sambil baca majalah Time memang best. tiba2 dalam pukul 7.30 pagi Yu bangun nak mandi untuk ke baito. terkejut jugak mamat tu tengok aku tak berbaju tgh bersantai di depan TV hehe..sebelum dia siap aku dah lesap. rasa bersalah jugak tapi lapar.


Queen Square

Bosan datang hari Ahad. aku berjanji dengan Nab nak keluar ke mana2 sebab sudah aku bayangkan bosan akan datang. kami ke Minato Mirai, Yokohama. tempat ni nyaman dengan hembusan angin tepi laut dan keadaan sekeliling yang, erm..menarik dan tenang? dan mungkin keadaan yang berbeza sedikit berbanding apa yang aku lihat di Ikuta. malangnya aku tak berpeluang mengabdikan ketenangan Minato Mirai dalam gambar2 yang aku ambil.


Minato Mirai

Sebelum aku dan Nab duduk dan buang masa melihat permandangan tepi laut dan orang ramai yang lalu lalang, kami window shopping dalam Queen Square. lepas Jemey sampai dalam pukul 5.30, kami pergi ke Yokohama untuk makan malam di kedai tabehodai. kat sini boleh makan pasta, pizza dan dessert sebanyak mana yang kita mahu tetapi cuma boleh berada di situ selama maksimum 70 minit. awal2 lagi aku dah serang tiramisu dan semua kek yang ada di situ hehe..
 

 
                                                                                              Hit 
Counter