Weird Things Happen II

Aku seperti sudah menjangka yang selepas hubungan antara aku dan S tamat, aku akan menjadi seperti dulu kembali, mencari cinta baru. dan sekali lagi falsafah lelaki bangsat muncul. I was cheated by S, of course aku marah. teramat marah. tapi aku tahu tindakan aku ke atas orang lain sebagai membalas dendam adalah lagi salah dan berdosa. kawan-kawan datang menasihati dan mengingatkan aku yang perbuatan aku tu salah. aku tahu tapi aku tidak dapat berhenti. perkenalan dengan A telah mengubah keadaan. A, wanita kompleks yang sukar untuk aku teka emosi dan tindakannya. tekaan aku kerap tersasar. A seperti tidak mempunyai peribadi yang tetap. dirinya seperti sentiasa berubah. mungkin kesan kepada hubungannya dengan lelaki sebelum ini membuatkan dirinya lebih berjaga-jaga.

Pada masa yang sama datang lagi beberapa yang lain. J yang comel dan lincah(tetapi tak tahu berbahasa melayu) , I yang terlalu manja dan mengharap dan N yang berperinsip dan bijak. aku semakin tersepit, kewangan dan masa aku terganggu. R pula aku anggap sebagai kawan dan kami saling berhubungan. aku tidak mampu membencinya. jika dahulu aku hairan mendengar kisah seorang lelaki sanggup melihat orang yang disayanginya bahagia walaupun bersama orang lain, sekarang tidak lagi. aku hormati R dan teman lelakinya. aku mahu R gembira dan hubungan mereka berkekalan. biarlah kisah dahulu menjadi sejarah. aku mahu R bahagia dengan hidupnya sekarang.


My words

Kembali kepada A, gadis kompleks. seperti yang aku katakan tadi, dirinya begitu misteri dan susah dijangka. I like her. kami semakin kerap berhubungan dan diluar kesedaran, aku tidak lagi mengawal perhubungan ini. aku semakin hanyut dalam hubungan bersama A, suaranya seperti satu ketagihan. ketika itu, aku tahu sesuatu perlu dilakukan. aku perlu menjauhkan diri dari hubungan yang tak pasti ini sebelum aku hanyut dan lemas. bukan saja hubungan dengan A, tetapi juga dengan J, I dan N. aku perlu berhenti.

Tetapi selepas aku berjanji dengan diri sendiri untuk mengurangkan hubungan yang tidak berfaedah ini dan menumpukan terhadap kemahuan diri sendiri, banyak pula yang datang. mungkin dugaan Tuhan untuk aku yang lemah ini. jangan salah anggap yang mereka ini terlalu murah dan terdesak. mereka cuma memberikan isyarat dan kebiasaannya isyarat-isyarat ini sudah aku balas. tapi insyaAllah sekarang tidak. aku akan cuba, hidup tanpa perempuan. cukuplah mak, kakak-kakak yang pelbagai ragam dan adik perempuan yang memeningkan kepala. cukuplah dengan anak-anak saudara yang comel. aku akan cuba abaikan isyarat-isyarat itu. biarlah impian dan cita-cita aku menjadi realiti dahulu. aku mahu hidup dalam mimpi. ya Tuhan berikanlah aku kekuatan.
to be continue..again?
 

 
                                                                                              Hit 
Counter