Untuk Ibu

Baru-baru ini aku ada siapkan sesuatu untuk mak aku, mak yang paling best dalam dunia, mengatasi mak para pembaca sekalian hahaha. Aku cetak beberapa gambar yang sudah aku edit sebelum ini ke dalam saiz 1/2 daripada gambar biasa. Kemudian aku sediakan sebuah album dan berkulit keras. Akhir sekali aku masukkan gambar-gambar itu ke dalam. Siaplah sudah satu hasil seni untuk mak aku dan semalam aku sudah pastikan yang album ini sudah selamat tiba di tangan mak.


Untuk Ibu

Seperti yang aku jangkakan, mak paling suka gambar yang terakhir. Apa gambar yang ada di mukasurat terakhir itu? Adakah ia terlalu menarik lantas mengatasi kegilaan orang ramai terhadap Akedemi Fantasia? Adakah ia gambar bogel yang digembar-gemburkan oleh Harian Metro keluaran Ahad minggu hadapan? Untuk mengetahui jawapannya sila dapatkan surat khabar perdana keluaran Ahad depan.

p/s: Harakah pun termasuk dalam surat khabar perdana jugak. Jangan lupa beli!
 

 
                                                                                              Hit 
Counter