Best


SHINJUKU III

kalau dulu aku menunggu untuk melihat komen orang lain terhadap entry yang baru aku poskan, sekarang tidak lagi. tujuan aku menulis bukan untuk menarik minat orang datang ke sini lagi, aku menulis kerana aku. aku menulis apa yang aku mahu dan apa yang aku rasa(walaupun aku masih mengawal kata2 aku kerana tidak mahu menyinggung perasaan orang lain). dan jika bosan entry aku itu, biarkan ia bosan. dan jika provokasi entry aku itu, biarkan ia begitu. aku amat menghargai kunjungan manusia ikhlas, kawan2 dan aku tidak dapat lindung betapa seronoknya membaca komen orang lain. tetapi selepas ini tiada peluang untuk komen lagi. aku dah matikan fungsi itu. aku percaya, ada lagi manusia yang akan datang ke sini, cuba berkongsi dan mentafsir apa yang tersirat dalam hati ini. dan aku akan sentiasa menghargai kunjungan AYAM-AYAM semua hehehe..

ok. tamat kelas bahasa baku. sambung projek semalam. aku dah janji kat diri aku yg aku takkan msg atau call xxx selama seminggu. aku nak duga hati aku ni. nak tgk kuat mana keazaman yang aku ada. dan malam tadi xxx dah robohkan keazaman tu hahaha..sebenarnya aku dah pikir, kalau dia msg aku dulu so aku akan batalkan ujian ni. dan terbatal lah ujian ni. walaupun msg dia pendek dan cuma bertanya kabar, aku dah seronok gilababi. aku dah terlompat2 macam beruk sampai Nab dgn Irfan tensen tengok aku. kalah orang menang AF. sehari aku tak dengar cerita dari xxx, dah sampai tahap ni rindu aku. tapi, aku tetap konfius samada perasaan ni betul atau tak. dan pastu aku dan dia berbalas msg. kekadang aku terpikir jugak nak balik mesia untuk raya nanti. yelah, aku boleh jumpa mak bapak aku dan aku leh jugak jumpa xxx depan2. aku nak tengok setakat mana dia nak pusing2 topik dengan aku ni hehehe...

sebenarnya, aku nak uji diri aku untuk tak kontek xxx sebab ada benda yang dah berlaku antara aku dan dia. walaupun benda dianggap kecil oleh orang lain, aku rasa cam perbuatan tu dah merendahkan taraf aku. dah menunjukkan betapa aku tewas kepada ego laki aku. ingat, laki yang tak pandai kawal ego akan jadik cam org bodoh. dan disebabkan kejadian tu jugak buatkan aku fikir nak tukar arah jalan hidup aku nih. aku nak jadik liar. nak buat benda2 pelik. nak tackle orang suka2 hati. dan aku siap dah rancang nak buat satu blog, khas untuk ceritakan cam mana aku tackle awek hahahahah(perasan tuh hins hins...) semua ni aku fikir sebab aku nak lupakan xxx. sebab aku malu dengan tindakan aku terhadap dia. melampaui batas manusia normal betul aku nih.

ok aku nak sambung kerja. esok kena submit by 6pm. thanks mE for your regular visit. sy dah bookmark blog mE tu. hari2 sy bukak hahaha..(termasuk DFJJ, The Malay Male, Kosong etc..)
 

 
                                                                                              Hit 
Counter