Burger, Shigematsu dan Portugal..



aku makan burger buatan Yu hari tu kat umah dia. so baru2 ni masa turn aku masak aku try la buat jugak. aku potong daging kecik2, pastu aku masukkan dalam blender. pas aku on blender tu aku teruskan la kerja2 memotong daging. tiba2 bunyi letupan kecil ala2 perang di Iraq yg berlaku disebabkan kebodohan manusia seperti Bush. bila aku pusing tengok, blender aku dah berasap. bau hangit terbakar. terus aku off power dan keluarkan daging. tak sempat hancur lagi daging tu blender aku dah hancur dulu. so lepas tu kerja2 mencincang terpaksa aku buat guna tangan. memandangkan hari tu emosi tak stabil, kira lepas geram jugak la. sampai berpeluh. sebab tu la burger tu bertambah masin kot hahahaha. campur tepung, garam, bawang cincang, black pepper, susu dan gaul. hasilnya cam kat atas tu. terlupa, aku buat sos jugak sbb aku rasa burger tu tak cukup sedap.



Shigematsu. ni la partner research aku. entah la mamat nih. walaupun hampeh dan tak boleh diharap, walaupun dah macam2 benda yg aku tak puas hati dia dah buat, aku still takleh nak benci dia. at last aku still akan cover dia. dah memang aku ni susah nak jadi pendendam kot. dah memang aku ni lagi suka makan hati dari buat orang lain sedih kot. tak pernah aku marah orang lama2. paling lama setakat nih 3 bulan la. itupun sebab org tu mmg bangsat dan tak reti hargai kasih aku(alamak ayat melampau). aku still wish suma org yg aku pernah benci tu hidup bahagia. apa la bodoh aku nih.

semalam masa aku tengok portugal lawan france, aku tak pasti aku sokong pihak mana sebenarnya. aku mmg suka france, tambah2 pulak ada Henry, Viera dan Wiltord. aku suka portugal sebab teamwork, sebab Pauletta, Figo, Maniche dan Ronaldo yg laju. tak lupa Miguel yg rajin dan aktif. respek Miguel. nasib baik abg Boa Morte tak main. itu lagi dahsyat tuh hahahah. yg pasti, lepas aku tgk france menang, aku rasa sedih. tak pernah aku rasa camni masa tgk WC sebelum ni. mungkin sbb aku nak portugal menang. mungkin aku terharu tgk Ricardo yang sungguh2 naik atas untuk bantu portugal menyerang. tapi Thuram memang bukan calang. player of the game. he was really great.

menanti hari malaysia memasuki World Cup...
 

 
                                                                                              Hit 
Counter