Handphone
Macro - Lumut
Bila cakap pasal ni aku suka kaitkan dengan penggunaan handphone. mungkin metafora ni sesuai untuk kes aku jek so aku hapa pedulik. ini blog aku kan. macam handphone. masa kita takde handphone, kita teringin nak guna handphone sebab tengok kawan2 lain ada handphone. sedangkan masa tu kita takde la rasa tertekan sebab takde handphone, cuma rasa nak pakai sebab orang lain pakai jek. dan bila kita dah pakai handphone, kita rasa mudah dan seronok. alarm ada, leh save address, birthday kawan2 dan macam2 lagi. so bila handphone kita rosak atau hilang, mula la kita nak gelabah dan hidup jadi serabut. kita baru sedar kepentingan dan kegunaan handphone time ni sedangkan dulu kita tak kisah.
Sama macam cinta. kita tak tahu kepentingan dan keperluan bercinta sebenarnya. kalau tak percaya tanya orang yg tak pernah bercinta. mesti dia tak tahu kenapa orang bercinta. macam mana perasaan dan keadaan bercinta. hanya orang yang pernah bercinta sahaja yg tahu. dan orang yang bercinta secara berpura2 tidak termasuk dalam kes ni. aku maksudkan orang yg bercinta secara ikhlas, jujur dan mendalam. dan apabila cinta itu hilang atau pergi, manusia2 ni akan mula tidak tenang dan serabut. ada jugak yg berjaya mengawal perkara ini dari jelas di pandangan orang lain dan ada jugak yg tak mampu berselindung. sebenarnya, kalau orang yg hilang cintanya ni dapat bersabar untuk satu tempoh, bergantung kepada sejauh mana perasaan terhadap pasangannya, dia akan survive. walaupun dia dah tahu amcam mana keadaan bercinta itu, dia akan boleh teruskan dengan hidupnya.
Macro - Red Blaze
Tapi kepada orang yg sedang bercinta dan pernah bercinta, aku tak maksudkan kena berhenti. go on. kalau dah pernah broke up, clash atau putus hubungan, jadikan pengajaran. kita patut bersyukur sebab apa yg berlaku itu akan mengajar kita penjadi teman yg lebih baik untuk insan yg lebih baik yg bakal kita temui lepas ni. dan bagi yg masih baru putus hubungan, kuatkan hati. jangan main terkam jek mana2 yg lalu. ini aku tujukan kepada perempuan la. ingat, lelaki tahu bila perempuan paling lemah hatinya -> masa baru lepas putus cinta. so kalau ada yg datang, nilai betul2. cinta bukan benda main2 yg boleh kita pilih macam beli kopok lekor kat pasar malam.
p/s: cakap pasal target orang yg baru lepas break ni, aku pun buat camtu jugak huahuahua..dan rasa2 macam boleh dapat je nih. apa ntah nasihat aku tadi? dah lupa la..
<< Home