Nurul Hidayah


Apa istimewanya Nurul Hidayah? Lahirnya selepas 7 bulan dalam kandungan. Ibu dan bapa Nurul Hidayah adalah remaja yang tidak kenal perbezaan antara kasih dan nafsu. Datuk dan nenek Nurul Hidayah berkedudukan tinggi tetapi tidak berperikemanusiaan. Sekarang ibu Nurul Hidayah jauh dihantar ke perantauan. Bapa Nurul Hidayah semakin hanyut dalam khayalan dan impian. Tiada sesiapa pun saudara sedarah yang mahu membesarkan Nurul Hidayah. Datuk dan nenek Nurul Hidayah serahkan dia kepada orang lain dan tidak mahu Nurul Hidayah tahu asal dan keturunannya. Kalaulah orang lain tu aku, aku akan menjadi manusia yang paling seronok di muka bumi. Kemudian, akan aku katakan, akulah keluarga Nurul Hidayah yang sebenar. Bukan emaknya yang terburu nafsu. bukan bapanya yang hanyut, bukan datuk dan neneknya yang kejam. Entah apa istimewanya Nurul Hidayah..
 

 
                                                                                              Hit 
Counter