Pembelajaran


Cinta Pegang2
aku nak hebohkan sikit pasal keadaan aku sekarang. pasal proses pembelajaran aku. next week memang banyak benda bakal berlaku. 1) presentation untuk research aku setakat ni, 2) submit thesis untuk first sem(mana ada org lain buat camni? ade lak tulis thesis dua kali, mabuk betul jepun nih) 3) submit report kikai sistem sekkei 32 pages +-(malas aku nak translate) 4) zemi 40 pages +-(jgn tanya aku zemi tu hapa). dalam masa yg sama aku kena ready untuk exam the next week. aku target nak lulus(lulus, bukan dapat A) 4 subjek sekurang-kurangnya dan 5 subjek kat bawah ni yg aku rasa aku ada peluang.

1- DENNETSU KOUGAKU
2- KIKAI SISTEM
3- KIKAI SHINDO
4- ZAIRYOU KYOUDO GAKU
5- SOSEI RIKIGAKU

untuk grad aku perlu lepas lagi 5 subjek sebenarnya. dan kalau aku dah lepas 4 subjek untuk first sem, second sem memang aku enjoy tak hingat punyalah. nak buat part time. kumpul duit. nak jalan2 sampai ke Kobe dan Kyoto. belajar kat universiti ni sebenarnya amat mudah. kalau setakat nak lulus, study sehari sebelum exam pun still boleh. kalau nak dapat A, barulah kena study secara konsisten. tapi yelah jangan ponteng kelas dan buat latihan yg sensei kasik dalam kelas tu. lagi bagus kalau boleh bagi sensei kenal wajah hensem kita nih. cam aku memang sensei kenal la. aku jek yg kaler hijau dalam kelas biasanya. tak lupa jugak carik kawan nerd sorang. ingat, walaupun dia pakai spek tebal dan dressing cam gampang, masa depan dia lagi cerah dari kita ni hahaha..be fren with him.

sebut pasal dalam kelas, hari tu sensei buat baibun dengan aku. dia nampak aku baru angkat kepala dari tidur. terus dia tanya aku soklan. aku dah la tak dengar lansung apa dia cakap dari tadi sebab aku buat keja lain, pastu aku leh tido lak. aku pun jawab jelah aku tak tahu. saja jek dia sebut nama aku kuat2.

sensei : Fadzil, awk bukan ke terer baca tulisan kanji?
aku : hah? (sambil memandang muka sensei dgn penuh tanda tanya)

sensei : so apakah bacaan untuk kanji nih?
aku : mmm..entah. sy tak tahu..(sensei, kenapakah!!)

sensei : camne la kamu boleh dtg jepun nih bla bla..balik mesia la..bla bla..

aku dah siap edit gambar ke Fujikyu hari tu. aku tak letak semua. 28 keping jek. tu klik kat banner sebelah tu kalau nak tgk. aku pun tak plan nak letak banner tu lama2 kat situ. so sapa2 kawan2 yg follow hari tu dan nak tgk gambar, klik la. dan kalau nak link kan ke gambar tu, copy jek banner dan letak kat frenster ke, myspace ke, blog ke, diari..movie..kapal selam..motosikal..teksi.....

kapal selam

p/s: aku malas nak letak gambar, so aku letak one of my old skecth. dan kepada sapa2 yg nak tengok camna Portugal practice untuk World Cup, boleh klik sini. kalau takleh play, right klik dan save as je terus.
 

 
                                                                                              Hit 
Counter