Serabut Milo


Macro - Tajam II


Well well..what have I done to myself rite now hurm..aku selalu merumitkan keadaan untuk diri sendiri, aku selalu mewujudkan masalah yg tak wujud. aku tahu tu. tapi aku akan tetap lakukan jugak. aku akan tetap buat jugak apa yg aku nak buat. so now I am stuck. aku tak tahu samada aku perlu msg xxx ke tak. perlukah aku tanya mcm mana keadaannya skrg? perlukah aku tanya adakah tindakan dia semalam bermakna lepas ni aku tak perlu kontek dia sudah? dan aku tahu, kalau aku msg dan dia tidak balas, aku akan call. aku terlalu obses terhadap sesuatu. dan juga terlalu skeptikal. bukan aku mahu jadi skeptikal, tetapi apa yg dah berlaku terhadap aku dahulu mengajar aku untuk menjadi sebegini, untuk susah mempercayai kata2. tambahan lagi kalau kata2 itu diucapkan melalui telefon. yelah, hampir 2tahun aku ditipu S. celaka betul perempuan tu(dan aku tidak maksudkan kpd semua perempuan). so macama mana aku tak jadi skeptikal? sesetengah orang cakap, menyalahkan orang lain atas kelemahan sendiri tu tak elok, F you. memang salah S.

aku tahu selepas aku msg xxx, dan kalau dia tak reply, aku akan call pulak. dan kalau dia still shock dengan apa yg aku cakap semalam, dah tentu perbualan tu akan jadik cam gampang. plus aku akan tidak mempercayai apa yg dia cakap(because I m being sceptic la). because I think I know what happened actually and all her words are lies. dan lepas tu perkara ni akan jadi lagi teruk. dan akhirnya hubungan yg tak pernah wujud ni akan hilang. tak ke ironi tuh? tak wujud tapi hilang? bodoh betul la. sekarang dah 10.30pm here. so lepas ni aku nak sambung study. yup esok aku ada exam tp otak aku asyik pikir pasal benda nih. AYAMMMMM!!!!!!!

p/s: tak perasan ke watermark baru aku tuh hehehe..ada org cakap simbol P aku sblm ni tak best. takde kelas. dan aku lak saja nak tukar watermark baru. tak boleh?

 

 
                                                                                              Hit 
Counter