08032479402

adakah anda sorang pembaca blog yang bagus? pembaca blog yang boleh menerima kata2 orang lain walaupun kata2 itu salah atau menekan diri anda sendiri? pembaca blog yang menghormati pendirian dan pendapat pemilik blog? tanya diri sendiri. siapa kita untuk memarahi pemilik blog yang tidak pernah menjemput kita ke blognya(lain jika dijemput)? aku menulis apa yang aku mahu dan aku tidak pernah mengharap ada orang yang akan mengerti semua luahan dan kata2 aku.

hari tu aku naik tren. ade brader nih tgh main dgn sorang baby dalam umur 3tahun. baby laki. dari cara dan sentuhan brader tu aku rasa itu anak dia. dan ada jugak kakak ni kat sebelah kiri budak tu, brader tu kat sebelah kanan. so aku bajet 3orang tu satu famili la. brader tu memang sayang sungguh2 kat anak dia tuh dan aku rasa semua orang dalam gerabak tu setuju kalau aku cakap yang baby tu pun memang sayang gila kat brader tu. bila sampai kat satu stesen ni brader tu turun. baby tu nangis gila2. brader tu pulak still berdiri luar tingkap sambil ajuk muka baby yg tgh nangis tu. aku rasa wife dan anak dia hantar dia gi keja naik tren. memang..terharu bila aku tgk keadaan tu. aku nak jadik camtu. aku nak ada famili camtu. walaupun kecik tapi penuh kasih sayang. walaupun miskin tapi sentiasa bersama.

bersambung...
 

 
                                                                                              Hit 
Counter