Chofu Jimusho
macro crazy
bila dah ada laptop ni, boleh la aku nak menulis kat mana2 pun. bila aku ada benda nak share jek aku leh start tulis. macam sekarang hehe..
semalam aku borak dengan kamal. banyak jugak menda yg budak tu pikir sebenarnya. so mungkin setakat ni aku leh simpulkan yg memang lelaki pada umur sekarang(atau mungkin lebih muda) akan mula merancang masa depan dan memikirkan sesuatu dengan mendalam, tak kisah la samada dia pikir pasal awek, pasal famili, pasal nak buat famili ataupun pasal future. yg penting dia akan pikirkan sesuatu dengan serius. jangan dianggap orang yg wajahnya ceria, selalu buat lawak dan gelak kuat2 tu tak memikirkan sesuatu dengan serius(mungkin ada ayam akan cakap "ala pakden, tu suma org tau!"). aku cuma nak tekankan lagi perkara ni. terutamanya untuk pengetahuan akak2 dan makcik2 yg masuk ke blog aku nih.
so nasihat aku(macam biasa la kan aku suka bagi nasihat macam hidup aku perfect sgt le kan hahaha..kalau TAK SUKA boleh BLAH!) untuk lelaki2 perancang dan memikirkan masa depan ni, cuba jangan merancang sesuatu yg ada kaitan dengan orang lain. tak faham? cuba renungkan contoh ni.
kalau merancang untuk bukak restoran pada umur 28, its ok sebab cuma melibatkan diri sendiri. tapi kalau merancang untuk bukak restoran pada umur 28 DAN ISTERI KITA SEBAGAI PENGURUS, this is not ok sebab dah melibatkan orang lain. terutamanya untuk kita2 yg belum kawen ni lah. rasionalnya, katakan pada umur 26 dan kita still single so mesti kita akan mula gelabah atau desperado untuk carik bakal isteri, yelah sebab kita nak isteri kita jadik pengurus restoran tu. dan untuk orang yg dah kawen pada umur 26 pulak, katakan ada something yg berlaku dalam rumah tanggaketika umur kita dah hampir 28 (cth isteri tido dgn jiran sebelah), kita TERPAKSA memaafkan dia sebab kita nak go on dengan plan kita tu(tapi kalau memang kita nak maafkan jugak SOAB tu pun ok, yelah..cinta sejati. hooray! good for you!). macam tak logik kan? biarlah sebab ni blog aku hehe..
so itu maksud aku bila aku cakap jangan merancang sesuatu yg melibatkan orang lain, tambah2 kalau hal berkaitan hubungan lelaki dan perempuan. sapa2 yg tak percaya dengan perpatah "Sedangkan pantai pun berubah, inikan pula manusia" boleh datang umah aku kat Ikuta dan kita boleh cakap pasal ni sampai esok pagi. makan minum aku belanja. tempat tido pun aku leh sediakan kot. insyaAllah.
pakDEN melaporkan dari Chofu Seiso Jimusyo. hiruyasumi jikang.
<< Home