Karutan Berjela


MALAM indah

fuh. penat doh.(ada setengah org cakap 'penat seh'). hari ni first day aku baito. dan untuk ayam2 yg tak reti bahasa jepun, baito tu maksudnya keja part time. boleh? walaupun aku pernah keja angkat sampah sebelum ni, first day memang penat. APA!?? KEJA ANGKAT SAMPAH??!! ha ah. angkat sampah. ala benda busuk tu. yg hina dan tak best tu hehe. aku apa pedulik org lain nak pikir. kalau dulu aku cukup malu nak mengaku aku keja angkat sampah. baik kat famili dan kawan2 aku. aku cakap aku keja sapu sampah. kononlah. ceh. tapi sekarang yg penting duit masuk. AKU KAYO!!!

semalam lak aku jemey nab dgn yaset pegi Odaiba. jalan2 buang masa. padahal aku ngantuk tak hingat punya sebab bangun awal nak siapkan report huhu. alhamdulillah report siap. insyaAllah dapat lah aku kredit untuk subjek tu hehe. jalan2 kat Odaiba memang best. yg si yaset ni hari tu akak ngan abg dia dtg leh lak dia tak bawak gi Odaiba. membuang masa sungguh. aku 100 kali datang Odaiba pun aku tak buhsan. walaupun tmpt ni ada kenangan. kenangan yg dulu indah tp skang dah perit hehe..aku banyak amik picture kat situ tp malangnya aku setting ISO terlalu tinggi so noise agak banyak. but aku akan letak jugak la kat sini beberapa yg best. untuk ayam2 semua.


ODAIBA malam

sebut pasal kenangan lama, aku dah berlaku kejam dengan S. tak patut pulak aku rasa. but aku pun dah lama pendam perasaan aku ni. perasaan marah aku ni. entah lah. mungkin hari tu bad timing untuk aku borak dgn dia kot. dan akhirnya, luka lama berdarah kembali. cheeewah! but camna pun aku still bersalah sbb cakap macam tu. saya minta maaf. dan kalau awk rasa perlu, removekan saya ni terus dari hidup awk. saya pun taknak buat orang lain sedih. boleh?


color BURN

dan hehe..dan akhirnya..kisah xxx. macam mana perkembangan hari tu? camnilah aku simpulkan balik. aku salah cakap dgn xxx dan dia marah amat. lepas tu aku sabar dan tunggu masa yg sesuai untuk mintak maaf. dan dalam masa yg sama aku dah pikir macam2. pasal hubungan ni akan berakhirlah. pasal dia akan letak aku dalam fren zon lah. macam2 aku dah pikir. dan aku dah call dia. dia cakap, perkara yg berlaku sebelum hari jumaat semua dia dah lupakan. camtu jek jawapan dia. tertekan jugak lah sbb aku asyik pikirkan apa salah aku dan aku harap sangat dia leh bagitau aku. tgk2 dia cakap dia tak ingat. mangkuk betul la. xxx ni suka lari dari masalah rupanya huhu..baru aku tahu. tp aku rasa seronok jugaklah sbb dia dah tak marah aku. dan skang hubungan ni dah jadik cam biasa balik. gurau senda dan gelak ketawa. dan insyaAllah, aku akan buat keputusan selepas aku jumpa dia nanti. harap aku dapat sabar dan jaga hati dia untill that time comes.


mencari II

mE, sori sbb still tak send personal mail. tp lagu Babyface tu mmg masyuk la. sesuai dgn keadaan sy skang nih hehe..dengan ini sy ingin mengucapkan terima kasih mE sbb share lagu tu. saaaayang mE! gambar lain aku akan upload lain kali. nak kena tido. esok BAITO BAITO!!
 

 
                                                                                              Hit 
Counter