Kisah Khairul

assalamualaikum. nama aku khairul. khairul ni bukan nama sebenar aku kerana nama sebenar aku adalah ramlan. aku ada satu cerita yang ingin aku kongsi bersama para pembaca blog ini. sebelum itu izinkan aku untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pakDEN, pemilik blog ini kerana memberi kebenaran kepada aku untuk menggunakan sedikit ruang di sini.

aku pernah menjadi seorang yang agak tersasar jauh dari jalan kebenaran sebelum ini. aku tidak perlu aku menerangkan maksud ayat itu. terpulang kepada para pembaca untuk membuat pernilaian sendiri. yang penting, aku sudah berubah. aku sudah menjadi seorang yang baik dari segi hubungan sosial dan sentiasa menjaga solat. namun masih ada lagi beberapa tabiat lama aku yang sukar aku kikis iaitu clubbing. jika aku bersendirian, aku masih mampu mengawal diri ini tetapi tidak bila ada orang yang mengajak aku untuk ke sana.

aku ada 2 orang kawan bernama rafizi dan ismail. ini bukanlah nama sebenar mereka kerana nama sebenar mereka adalah khairil faiz dan abdul munif. mereka ini adalah 2 orang kawan yang selalu mengajak aku clubbing. setelah lama tiada berita dari mereka, baru-baru ini rafizi menghubungi aku dan mengajak aku clubbing. mereka berdua tidak tahu yang aku sudah berubah dan menjadi seorang yang lebih baik dan beriman dari dahulu.

dalam kami bertiga, aku adalah yang paling manis mulut dan mudah mendapat teman untuk berdansa di kelab. tambahan pula aku memang suka apabila ada wanita yang berlingkaran di leher aku seperti ular sawa. dan kemampuan aku ini masih lagi kekal walaupun aku sudah berubah. sebenarnya pada malam itu telah berlaku satu peristiwa yang telah mengubah rafizi dan ismail. kisahnya bermula bergini.

ketika itu pukul 4 pagi dan ada seorang wanita sedang bergayutan di leher aku, mungkin kepenatan kerana berdansa ataupun kerana dia sudah mabuk. alhamdulillah walaupun aku kaki clubbing tapi aku sekalipun tidak pernah minum arak. kes terminum setitik dua itu ada tapi itu bukan atas kesedaran aku. aku sedang berborak dengan rafizi dan ismail yang sedang berada di tepi dance floor kerana cuma berani melihat gadis dari jauh sahaja. mereka menyatakan perasaan cemburu melihat aku dan teman aku ketika itu dengan terang dan jelas. gadis itu tidak tahu berbahasa melayu maka dia tidak memahami kata-kata aku dan rakan-rakan aku. sedang kami rancak berbual dan gadis itu tidak habis-habis mencium leher berpeluh aku, tiba-tiba aku terdiam. rafizi dan ismail merasa aneh melihat perubahan aku yang mendadak itu kemudian mereka bertanya.

"Kenapa kau nih?" soal rafizi sambil meneguk air ginger ale di tangannya.

"Aku belum solat subuh lagi. Tolong pelukkan budak ni untuk aku." dan aku berlalu ke tandas mengambil air sembahyang, mencari tempat yang sesuai lalu menunaikan solat subuh.

tindakan aku itu telah memberi impak kepada kedua rakan aku tadi dan mereka sekarang sudah insaf dan tidak mahu clubbing lagi. aku pula sekarang masih lagi menjaga solat dan, jika ada sesiapa yang mengajak aku clubbing, aku akan ikut juga. muda hanya sekali kawan!
.........................................................................................

makaseh aku ucapkan kepada ramlan, silap, khairul, kerana sudi berkongsi cerita kat blog aku nih. sudah. jangan nak enter frame banyak2. ni blog aku nih. to all ayam, file2 yg aku upload dah di delete. pasni aku akan upload balik kalau aku rajin. sapa2 yg nak request file mp3 leh email or msg aku. nanti aku letakkan. taking care!!
 

 
                                                                                              Hit 
Counter