Menyambung hari BODOHku


aku dan alam hijau

I called xxx. bodoh betul. dia mengadu kat aku macam2. ade la dalam 45 minit jugak aku cakap dengan dia. berapa hari aku dapat tahan? aku takleh nak refer post sebelum ni sebab aku ada kat jimusyo sekarang so sila la bilang sendiri berapa hari aku dapat tahan diri dari call xxx.

laptop baru aku ni sepatutnya ada wireless internet. yelah sebab ada ikon WiFi kat tepi tu pastu ada lak button untuk on dan off kan wireless connection tapi masalahnya, aku takleh nak connect. aku dah install semua driver yg aku rasa berkesesuaian tapi still takleh connect jugak. maybe aku akan bawak laptop ni ke Dell main shop dan aku nak tanya terus. nak suruh dia check. kalau wireless kad ada kat dalam laptop ni, aku nak dia ajarkan aku camna nak aktifkan connection tapi kalau kad tu tak wujud, aku nak dia pasang. berapa pun aku sanggup bayar.


macro tanpa makna

dan yg alhamdulillahnya aku dah berjaya surf internet guna Buden, PSP aku. untuk pengetahuan ayam2 semua Buden aku adalah PSP version 1.5 yg mana membolehkan aku bermain game yg aku download tapi malangnya version 1.5 takde web browser. tak salah aku start dari version 2.5 baru PSP ada official web browser. aku takmau upgrade Buden sebab kalau aku upgrade nanti aku takleh main game pirate dah. so semalam aku selongkar internet, menggunakan Google sebaik mungkin dan aku berjaya menemui satu homebrew(software buatan programer bebas) web browser. amat mantap sekali web browser ni dan kemungkinan berkemampuan lebih tinggi dari web browser official buatan Sony hehehe..memang mantap lah mamat yg cipta web browser nih. dia guna script linux so kemungkinan kestabilan dan penggunaan kuasa web browser ni leih stabil hehehe..YEYE AKU TAK PAYAH UPGRADE Buden!!! tapi malangnya semalam aku cas tapi power tak masuk, so hari ni aku takleh surf internet guna Buden. terpaksa pinjam PSP amar huhu..

kakak2 aku, abang2 aku, dan aku sendiri dah nampak yg adek perempuan bongsu aku akan menjadi barah dalam keluarga aku suatu hari nanti. mak aku terlalu manjakan dia. aku cuba rasional dengan mak tapi mak buat2 ja cam mendengar tapi at last mak ikut jugak cakap adek aku. abang aku pulak tengah terumbang ambing. camna dia nak tgkkan adek aku tu. akak aku sorang tu busy keja, akak aku lagi sorang keja kat Pahang. abg sulung aku lak sibuk dengan famili dia sendiri. kadang2 bila aku dengar masalah yg adek bongsu aku buat rasa cam nak berenang balik mesia pastu lempang dia sebijik pastu berenang balik sini. aku ada terfikir satu taktik nak patahkan sifat mengada2 dia tu. aku akan lancarkan rancangan aku masa aku balik raya nanti(entah jadi tidak aku balik raya nih). kadang2 tu rasa ja cam nak cakap kat mak aku yg skang ni ok lah sebab mak aku ada lagi, tapi masa depan nanti, sapa yg terpaksa berdepan dengan adek aku nih kalau bukan kami adek beradek? pening+serabut bertambah.


bebaskan diri dari tanggungjawab

aku nak bongkarkan satu rahsia. bila orang tanya aku kenapa aku taknak keja kat jepun or tempat lain selain mesia, dan aku jawab mak aku tak bagi. sebenarnya itu bukan sebab utama. aku ada reason lain. aku sebenarnya perlukan teman. dan aku tahu kalau aku mencari perempuan jepun hubungan kami takkan ke mana. habis camtu jek. so aku kena balik. cari orang melayu. sebab aku rasa kalau aku dah ada teman istimewa, semua keja aku akan lebih menjadi. aku dah biasa hidup untuk orang lain sebelum ni dan skang bila dia bukan lagi sesuatu yg istimewa dalam hidup aku, aku jadik kosong. nasib baik ada langit biru tempat aku mengadu. so untuk ayam2 yg baca blog ni dan nak test aku, cuba tanya kenapa aku taknak keja sini. mesti aku jawab sebab mak aku tak bagi hehehe..tapi reason sebenarnya hanya kita2 jek yg tahu hahaha..(bodoh betul)
 

 
                                                                                              Hit 
Counter