Tidak Peduli dadaduu~


basikal kuning

Aku tahu, ramai orang dah tahu apa yang berlaku kat aku. apa yang dah aku tempuhi. padahal aku cuma cerita kat orang2 yang aku kira rapat dgn aku ja. maknanya ada di antara kawan2 yang aku percaya tu bukak cerita pasal aku. takdaklah aku nak marah tapi sedih la jugak. sepatutnya perkara ni rahsia. tapi yang bagusnya budak2 JAD4 ni, walaupun dia tahu something yang teruk or memalukan kawan dia, dia akan buat2 tak tahu hehe..bila aku kuar lepak ramai2, dapat tgk ada sesetengah muka tu yang simpati kat aku tapi taknak cakap. aku bukan meraih simpati pun so biarlah. yang penting hidup aku ok skang ni. result exam pun ok hehehe...

Perempuan Gila

Hehehe..mengikut kata2 pakar, ada satu jenis perempuan ni yang dipanggil perempuan gila. dorang ni suka menyeksa lelaki. dia suka buat lelaki tu sakit hati, sedih, tertekan dan sebagainya. tetapi, dia sukakan lelaki tu sebenarnya. dan sememangnya kadang2 dia menyesal dengan kata2 pedas yang dia luah tetapi ego perempuan gila lebih kurang sama tinggi dengan laki, so dia takkan tarik balik kata2nya (selalu camni). contoh kes; lelaki itu dengan tidak sengaja telah membuat sesuatu yang menyakitkan hati perempuan gila, apabila ditanya oleh lelaki itu samada dia sakit hati atau tidak, dia akan menjawab tak. kemudian lelaki itu akan bertanya sekali lagi dan kali ni dia akan jawab dgn nada yang lebih keras, tidak. sedangkan dalam hatinya dia mahu dipujuk. jom tgk perbualan kat bawah ni.

lelaki bodoh: Awak marahkan saya?

perempuan gila: Takdelah...

lelaki bodoh: Kalau marah awak cakaplah terus terang...

perempuan gila: Biarlah (dengan nada suara yang tinggi dan nyaring)


Tukhang angkat sampah


Stucker

Hahahah..ini perkataan aku. berdasaran pengalaman, ada sejenis perempuan yang boleh digelar sebagai stucker. perempuan jenis ni bila first love, yang dia sayang betul2, jarak hubungan yang lama tinggalkan dia. walaupun laki tu memang bangsat (eg. suami org, tido dgn girlfren's girlfren) tapi stucker memang akan tetap memikirkan laki tu. walaupun dia cakap dia marah dan tak suka kat laki tu, dia still akan fikir pasal laki tu. siap kadang2 tu sampai termimpi2 (are you a stucker?). perempuan camni amat merbahaya untuk lelaki. tetapi untuk mendapatkan mereka bukanlah satu yg mustahil. sabar kena TERAMAT TINGGI. sebabnya, selagi kita belum berkuasa ke atas dia(meaning selagi kita belum ada hubungan yg solid), dia akan asyik je cakap pasal ex dia yg jahat tuh. dan kita juga akan di compare, dibanding2kan. kalau stucker yg fobia, meaning dia dh takut nak bercinta, kemungkinan kita akan ditinggalkan tu agak tinggi. beware hehehe..sini ada satu contoh perbualan.

lelaki terdesak: Saya suka sangat tengok midnite lepas diner kat luar.

stucker: Betul? Saya suka jugak. Dulu masa I dengan my ex kan...bla..bla..bla..(ketawa2)

lelaki terdesak: Bestnye...(cuba ambil hati)

stucker: Tapi at last dia tinggalkan I..I hate him...Awak tahu tak, dulu saya buat macam-macam untuk dia bla..bla..(mula menceritakan kisah bagaimana dia bertemu ex nya hingga ke akhir hubungan)

lelaki terdesak: (arghh filem ulang tayang!!) Eh ada burung cantiklah kat situ! (cuba menukar topik dengan menunjukkan ke arah burung yang tidak wujud)
 

 
                                                                                              Hit 
Counter