Kebodohan

Sejak dah ada tempat mengadu aku dah jarang nak cerita kat sini. Sebenarnya kalau kita selalu mengadu kat orang yang sama pun tak sesuai jugak sebab nanti takut orang tu tensen. So hari ni mari suma ayam2 kita baca kisah kebodohan pakden. Hari ni pukul1 aku ada kelas dan time kelas tu aku sepatutnya submit report berdasarkan kelas minggu lepas. Walaupun last minit tapi aku sempat siapkan report tu tapi aku kena pergi lab dulu untuk print memandangkan aku takde printer kat rumah.

Lepas dah save file yang aku perlukan dalam external hard disk, aku mula gerak ke skolah dan memanjat tangga yang teramat tinggi(sebab uni aku atas bukit). Bila dah sampai lab memang dah takde sorang pun kawan2 aku sebab mesti bebudak tu dah gi kelas. So aku sambung hard disk, sekali file2 yang aku save tu tak muncul. Baru aku teringat masa aku nak remove hard disk tu ada msg cakap cannot remove hardware tapi aku bolayan terus sentap gak hard disk tu. So maybe sebab tu la file tu tak masuk. Aku turun balik tangga gerak ke rumah.

Rumah Misteri

Kali ni aku masukkan file2 tu ke dalam PSP aku sebab aku memang selalu gak tensen dengan ahrd disk tu. Pastu aku gerak balik panjat tangga yang tinggi tu gi skolah. Sampai lab aku print la semua2 benda yg aku dah save dalam PSP aku. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Lepas tu aku masuk kelas walaupun dah lewat 30 minit. Aku main game dulu seround (kelas tu ada pelajar seramai 200 lebih so sensei memang takkan perasan kalau aku main PSP pun).

Aku nampak Amin so aku gi tanya dia kat mana aku nak send report, dia cakap kena hantar kat lab dia, sensei nama Shimoda. Shimoda ni sensei yg teramat la tegas cam batang tebu. Aku pun kemas barang nak hantar report terus balik (sila ambil perhatian ketika itu kelas masih berjalan dan tinggal lagi 30 minit). Bila aku sampai kat lab Shimoda semua report dah takde. Rupa2 nya submission time sampai 1pm je. So Amin menasihatkan aku supaya bawak balik report tu dan frame kan buat kenangan. Sekian terima kaseh.
 

 
                                                                                              Hit 
Counter