Keinginan & Kemahuan

Semua orang sedang mengejar sesuatu dan tidak terkecuali saya. Sekiranya anda berkata, anda tidak mengejar apa-apa pun pada ketika ini, sila sandarkan kepala anda ke belakang perlahan-lahan, jatuhkan bahu, kurangkan tegangan pada fizikal anda, dan fikirkan semula jawapan anda. Sekiranya anda tidak mengejar sesuatu atau apa-apa pun sekarang, anda boleh diklasifikasikan sebagai pesakit yang otaknya sudah berhenti berfungsi. Kenapa saya berkata demikian? Kerana setiap manusia, tidak kira umur, bangsa, agama, peringkat akademik atau taraf hidup, sentiasa berkehendakkan sesuatu. Penagih dadah menginginkan bekalan dadahnya, orang-orang yang mementingkan kerohanian menginginkan iman dan ketenangan hati, pekerja kerajaan menginginkan bonus dan kenaikan gaji (walaupun majoritinya tidak menjalankan tugas dengan baik), isteri menginginkan belaian dan manja suami, anak kecil mahukan susu dan bermacam-macam kes lagi.

Persoalan saya, adakah anda tahu apa yang anda kejar? Adakah anda tahu apa yang anda mahu? Kongsikan dengan saya. Terima kasih.

Labels:

 

 
                                                                                              Hit 
Counter