Screwed Up.

I love her. despite everything that I said, I love her. I miss her voice. I even dream her at night. she called me in my dream. I talked to her in my dream. I love you and this is for real. I am sorry for my words but that was not me, that was my anger. my ego and my pride. I never want you to feel sorry for me. for things that happened in my life. I just want to share them. like you sharing your stories with me too. I love you and I miss talking to you so much. I hope someday somehow you will read this.

do I have to change my link again? you screwed up my life, blog...

08032479402

adakah anda sorang pembaca blog yang bagus? pembaca blog yang boleh menerima kata2 orang lain walaupun kata2 itu salah atau menekan diri anda sendiri? pembaca blog yang menghormati pendirian dan pendapat pemilik blog? tanya diri sendiri. siapa kita untuk memarahi pemilik blog yang tidak pernah menjemput kita ke blognya(lain jika dijemput)? aku menulis apa yang aku mahu dan aku tidak pernah mengharap ada orang yang akan mengerti semua luahan dan kata2 aku.

hari tu aku naik tren. ade brader nih tgh main dgn sorang baby dalam umur 3tahun. baby laki. dari cara dan sentuhan brader tu aku rasa itu anak dia. dan ada jugak kakak ni kat sebelah kiri budak tu, brader tu kat sebelah kanan. so aku bajet 3orang tu satu famili la. brader tu memang sayang sungguh2 kat anak dia tuh dan aku rasa semua orang dalam gerabak tu setuju kalau aku cakap yang baby tu pun memang sayang gila kat brader tu. bila sampai kat satu stesen ni brader tu turun. baby tu nangis gila2. brader tu pulak still berdiri luar tingkap sambil ajuk muka baby yg tgh nangis tu. aku rasa wife dan anak dia hantar dia gi keja naik tren. memang..terharu bila aku tgk keadaan tu. aku nak jadik camtu. aku nak ada famili camtu. walaupun kecik tapi penuh kasih sayang. walaupun miskin tapi sentiasa bersama.

bersambung...

Life sucks

life sucks. sungguh menekan perasaan bila kita mengharapkan orang lain melakukan apa yang kita lakukan kat orang tu. aku dah tahu benda ni dan dah banyak kali aku kena macam ni. susah betul nak buat benda secara ikhlas. bukan sebab nak jaga hati kawan. bukan sebab orang lain.

semak betul otak aku bila budak2 ni asyik tekan aku kenapa aku tensen tadi. aku memang tiba2 tensen tanpa sebab tadi. tiba2 aku rasa cam gampang. kosong. tolong jangan soal aku lagi bila aku jadi camtu. its just happen sometimes. ini life aku dan aku sendiri pun tak faham kenapa jadik camtu so jangan soal aku. kalau betul korang kawan just shut up when I said I need some free time for myself. life is not always about you guys. I share this life too.


kill all

dan tekanan aku bertambah bila aku sedar yang aku dah buat sesuatu untuk orang lain dan mengharapkan orang tu melakukan benda yang sama untuk aku. dia siap cakap lagi, straight into my face, "Aku tak mintak kau datang, aku tak ajak, sebab tu aku diam tadi.". betul dia tak mintak dan tak ajak. aku yang salah. aku yang nak berlagak baik dan buat sesuatu untuk orang lain. shit. rasa cam sampah yang aku buang dalam lori hari2 tu. rasa cam celaka. rasa cam aku ni terhegeh2 sangat nak berkawan.

kondisi sebenar. aku tadak duit. aku buleh jek nak saving dan makan kat umah. tapi kawan2 aku nak makan kat luar so aku nak temankan. apalah sangat duit ringgit sebab semua tu boleh dicari. sekali orang yang aku nak temankan makan tu bukan nak makan kat luar pun. aku lak yang gi buat2 banyak duit dan order makan. dah lah makan menda yang aku tak suka sangat. tapi demi kawan. dah lah aku tak suka tempat makan tu. tapi demi kawan. semua tu sebab kawan. sebab aku nak temankan. sebab orang lain aku buat semua tu. dan at last kena kat aku balik. BILALAH AKU NAK AMIK PENGAJARAN YANG SEMUA ORANG DALAM DUNIA NI SELFISH SON OF A BITCH? mungkin kata2 tu ayat paling pedas dan pengajaran penting untuk aku time summer ni.

p/s: huwaaaa..dah lega. jom sambung tgk bola!

hari yang bosan menjadi hebahan rahsia

masa mula2 kawan aku cakap nak post satu entry dalam blog aku nih risau jugak aku nak bagi kebenaran. aku takut lepas ni akan banyak lagi orang yg nak post entry kat blog aku nih hahaha..(aku tahu aku perasan!)

ramai orang tiba2 cakap aku jahat. maybe orang2 tu baca entry aku yg aku cakap aku nak gunakan xxx tu kot. takde orang akan faham kenapa aku nak buat camtu kecuali aku. she was hurted before, I know that. I just want her to change. aku memang nobody dalam hidup dia but cara dia dulu salah. oklah. aku tahu kalau aku tak ceta, suma orang takkan faham. sini aku nak story sikit pasal kisah cinta xxx(based on what she told me).

xxx ni sorang yg hidup bebas dan tak memikirkan sangat pasal orang lain dan dia jugak tak suka orang lain amik kisah sangat pasal diri dia. dia pernah bercinta dengan banyak orang jugaklah tapi dia paling sayang saiful. saiful ni memang memenuhi citarasa dia la. tak banyak bertanya. tak beberapa amik kisah. cuma be there when she needs him(sound selfish but this is love). dan saiful tak pernah ask her to be there when he needs someone. masa time raya pun si saiful ni tak busybody nak call or msg si xxx nih. dan xxx lagilah, dah dia memang tak suka amik peduli, lagilah dia tak msg or call saiful ni masa raya. same thing goes when saiful got problems. she never care and saiful never ask her to be there. he just told her when everything is settled. cam pelikkan. ye memang pelik. nampak macam saiful tu tak perlukan si xxx ni sangat. takde nak manja2 or mengharap sangat. u know why? because hes married. he has wife and kids. not kid but kids. thats why he never need xxx to support him even when he was in big prob. thats why he feels glad when xxx doesnt msg or call him a lot. he's using xxx's ignorance.


oldies 70's

peringatan untuk perempuan2 yang macam ni, ingat , kebebasan yang boifren korang berikan tu belum tentu pure. laki adalah satu makhluk bersifat possesive(kalau salah ejaan ni carik sendiri) dan apabila dia menunjukkan sifat cemburu dan mengawal bermaksud dia memang sayang korang. but yelah certain kes benda cemburu dan kontrol ni dah jadik melampau. itu kes lain. so kalau boifren korang selalu tak amik kisah. tak marah. tak jeles. tak amik tahu. ada something wrong. dan kalau korang jenis tak suka dikongkong dan orang terlalu mengawal korang, maka korang ni bakal menjadi isteri kedua kepada sapa2. aku amik contoh xxx. segala sifat2 yang dia tunjukkan itu membuktikan dia ni memang sesuai jadik isteri kedua.

so aku nak dia berubah. amik kisah. dengar bila orang bercakap. bukan cuma nak orang dengar apa yg dia nak cakap jek tapi dengar apa yang orang lain nak sampaikan jugak. life is made for couples. pairs. buruk dan jahat. putih dan hitam. laki dan perempuan. saling. bukan tak amik kisah dan ignorance. you can be it if you want it that way. but I think there re no women out there wants to be the second one. tapi yelah..apa hak aku ke atas kehidupan orang lain?

p/s: kalau ade mana2 awek yg tak kisah jadik second or third wife sila msg I personally. I can lead you to hepi life hahahahah!! peace....

Kisah Khairul

assalamualaikum. nama aku khairul. khairul ni bukan nama sebenar aku kerana nama sebenar aku adalah ramlan. aku ada satu cerita yang ingin aku kongsi bersama para pembaca blog ini. sebelum itu izinkan aku untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pakDEN, pemilik blog ini kerana memberi kebenaran kepada aku untuk menggunakan sedikit ruang di sini.

aku pernah menjadi seorang yang agak tersasar jauh dari jalan kebenaran sebelum ini. aku tidak perlu aku menerangkan maksud ayat itu. terpulang kepada para pembaca untuk membuat pernilaian sendiri. yang penting, aku sudah berubah. aku sudah menjadi seorang yang baik dari segi hubungan sosial dan sentiasa menjaga solat. namun masih ada lagi beberapa tabiat lama aku yang sukar aku kikis iaitu clubbing. jika aku bersendirian, aku masih mampu mengawal diri ini tetapi tidak bila ada orang yang mengajak aku untuk ke sana.

aku ada 2 orang kawan bernama rafizi dan ismail. ini bukanlah nama sebenar mereka kerana nama sebenar mereka adalah khairil faiz dan abdul munif. mereka ini adalah 2 orang kawan yang selalu mengajak aku clubbing. setelah lama tiada berita dari mereka, baru-baru ini rafizi menghubungi aku dan mengajak aku clubbing. mereka berdua tidak tahu yang aku sudah berubah dan menjadi seorang yang lebih baik dan beriman dari dahulu.

dalam kami bertiga, aku adalah yang paling manis mulut dan mudah mendapat teman untuk berdansa di kelab. tambahan pula aku memang suka apabila ada wanita yang berlingkaran di leher aku seperti ular sawa. dan kemampuan aku ini masih lagi kekal walaupun aku sudah berubah. sebenarnya pada malam itu telah berlaku satu peristiwa yang telah mengubah rafizi dan ismail. kisahnya bermula bergini.

ketika itu pukul 4 pagi dan ada seorang wanita sedang bergayutan di leher aku, mungkin kepenatan kerana berdansa ataupun kerana dia sudah mabuk. alhamdulillah walaupun aku kaki clubbing tapi aku sekalipun tidak pernah minum arak. kes terminum setitik dua itu ada tapi itu bukan atas kesedaran aku. aku sedang berborak dengan rafizi dan ismail yang sedang berada di tepi dance floor kerana cuma berani melihat gadis dari jauh sahaja. mereka menyatakan perasaan cemburu melihat aku dan teman aku ketika itu dengan terang dan jelas. gadis itu tidak tahu berbahasa melayu maka dia tidak memahami kata-kata aku dan rakan-rakan aku. sedang kami rancak berbual dan gadis itu tidak habis-habis mencium leher berpeluh aku, tiba-tiba aku terdiam. rafizi dan ismail merasa aneh melihat perubahan aku yang mendadak itu kemudian mereka bertanya.

"Kenapa kau nih?" soal rafizi sambil meneguk air ginger ale di tangannya.

"Aku belum solat subuh lagi. Tolong pelukkan budak ni untuk aku." dan aku berlalu ke tandas mengambil air sembahyang, mencari tempat yang sesuai lalu menunaikan solat subuh.

tindakan aku itu telah memberi impak kepada kedua rakan aku tadi dan mereka sekarang sudah insaf dan tidak mahu clubbing lagi. aku pula sekarang masih lagi menjaga solat dan, jika ada sesiapa yang mengajak aku clubbing, aku akan ikut juga. muda hanya sekali kawan!
.........................................................................................

makaseh aku ucapkan kepada ramlan, silap, khairul, kerana sudi berkongsi cerita kat blog aku nih. sudah. jangan nak enter frame banyak2. ni blog aku nih. to all ayam, file2 yg aku upload dah di delete. pasni aku akan upload balik kalau aku rajin. sapa2 yg nak request file mp3 leh email or msg aku. nanti aku letakkan. taking care!!

Ombak Hidup


Langit Minato Mirai II

aku atas tren tadi. pastu aku nampak sorang budak laki nih keluarkan cermin lebih empat segi lebih kurang 15x15 cm. pastu dia dok bersolek, repair rambut kusut dia tuh. kira nak kasik kusut smart la tapi aku nampak cam kusut serabut gak. yg dahsyatnya dia tuh laki. aku pernah banyak kali nampak perempuan or budak perempuan bawak cermin besar rumah, open dalam tren, pastu bersolek cam kat dalam bilik tidur. aku still leh accept sebab perempuan, ini laki. buruk lak tuh. respek lah Jepun nih hahaha..

aku tak buat satu haram pun research aku. asyik busy dengan baito dan buang masa jek. paling best lepak umah jemey. still mencari erti hubungan antara lelaki dan wanita. aku dah agak baik dengan sonoko-san. aku nak jadikan dia bahan rujukan untuk aku kenali perempuan Jepun. but skang ni aku dah rasa cam benda yg aku nak buat nih sia2 lak. cam gampang jek. dah la aku sengkek tak hingat. mara lak cam biasa la masuk duit lambat. entah lah nak marah pun rasa cam tak berbaloi. so nampak gaya cam projek mengkaji perempuan Jepun ni terpaksa ditangguhkan/diberhentikan. tapi kalau aku stop, nanti aku akan pikir pasal xxx lak. mangkuk betul la.


Tiang Sunyi

pasal si xxx nih, aku nak ajar dia. aku nak dia tahu kalau kita nak something kita kena kejar benda tu. bukan tunggu benda tu datang bergolek. percayalah, suka dan sayang sebenarnya di bawah kawalan diri sendiri. aku cuma nak dia berubah. aku nak dia jadi lebih baik.


Linger?

aku tak bisa luluhkan hatimu
dan aku tak bisa menyentuh cintamu
seiring jejak kakiku bergetar
aku tlah terpagut oleh cintamu
menelusup hariku dengan harapan
namun kau masih terdiam membisu
betapa derunya rindu menusuk jiwaku
semoga kau tahu isi hatiku
dan seiring waktu yang terus berputar
aku masih terhanyut dalam mimpiku

Celaka betul


Minato Mirai

hari ni aku stuck lagi kat umah jemey. tadi aku dah fikir nak balik, tapi ash lak datang pastu malam ada bola lak Man.U dgn Chelsea main so aku lepak sini terus la. esok aku gerak gi tempat baito dari sini. semalam aku lepak Yokohama dengan jemey and liyas. pastu jalan kaki gi Minato Mirai. walaupun takde duit tapi hati aku happy hahaha...malam tu lak ada orang main live kat situ. layan betul dengar orang main gitar akustik. aku semakin hari dah semakin suka main gitar. seyes senang gila nak buat lagu guna gitar hahaha..tunggulah hasil seni suara aku nanti! mungkin lagi sebulan dua hahaha..

hari ni besday R. bukan R ex aku tapi R budak upm. dah lama jugak aku tak kontek dia sejak dia dah baik balik dengan balak dia. aku rasa cam nak topup Brastel aku, call dan wish hepi besday kat dia. tapi aku tahu nanti aku akan call xxx guna baki kredit yang ada. lagipun biarlah kat R tu. dia akan survive tanpa wish besday dari aku. pasal xxx, memang ego bangsat betul budak ni. aku nak ajar dia yang dia akan rugi. aku nak dia tahu erti kehidupan ni yang sebenar. budak2 ni semua tanya aku kenapa aku taknak call dia, kenapa aku tahan perasaan aku kat xxx. hanya aku saja yang tahu jawapannya dan belum tiba lagi masa untuk aku kongsi dengan orang lain.


boTAK

imej baru aku skang, botak. aku potong sendiri. maka kat bahagian belakang tu ada la tempat2 yg tak sama potongannya tapi aku tak kisah. apa aku pedulik. siang tadi masa aku nak masuk kedai billiard dengan pet, ada sorang minah jepun ni tengah usha dalam kedai, kira dia tak nampak aku la. dan aku pulak memang la berjalan menuju ke arah dia sebab aku nak masuk kedai tu. so bila dia pusing kepala nak pandang ke depan dia ternampak la muka menakutkan aku nih sampai dia terjerit dan sebut kuat2 "bikkuri shitaaa!!". aku rasa cam tindakan dia tu agak kurang ajar jugak but biarlah. aku tahu muka aku memang menakutkan. tapi tak kisah lah sebab pastu aku menang dan pet yg kena belanja hahaha...masih lagi cuba hidup dengan sisa2 baki duit yg ada dan menunggu duit biasiswa masuk.

aku post dulu sebahagian take novel yg aku dah tulis. aku rasa cam take ni amat panjang dan memerlukan komitmen yang tinggi untuk siapkannya. enjoy. komen amat dialukan. masih lagi hidup dalam keserabutan. aku minta maaf kepada sesiapa yg aku ada buat salah. aku minta maaf kepada sesiapa yg bertambah depress lepas baca blog aku ni.

Menyambung hari BODOHku


aku dan alam hijau

I called xxx. bodoh betul. dia mengadu kat aku macam2. ade la dalam 45 minit jugak aku cakap dengan dia. berapa hari aku dapat tahan? aku takleh nak refer post sebelum ni sebab aku ada kat jimusyo sekarang so sila la bilang sendiri berapa hari aku dapat tahan diri dari call xxx.

laptop baru aku ni sepatutnya ada wireless internet. yelah sebab ada ikon WiFi kat tepi tu pastu ada lak button untuk on dan off kan wireless connection tapi masalahnya, aku takleh nak connect. aku dah install semua driver yg aku rasa berkesesuaian tapi still takleh connect jugak. maybe aku akan bawak laptop ni ke Dell main shop dan aku nak tanya terus. nak suruh dia check. kalau wireless kad ada kat dalam laptop ni, aku nak dia ajarkan aku camna nak aktifkan connection tapi kalau kad tu tak wujud, aku nak dia pasang. berapa pun aku sanggup bayar.


macro tanpa makna

dan yg alhamdulillahnya aku dah berjaya surf internet guna Buden, PSP aku. untuk pengetahuan ayam2 semua Buden aku adalah PSP version 1.5 yg mana membolehkan aku bermain game yg aku download tapi malangnya version 1.5 takde web browser. tak salah aku start dari version 2.5 baru PSP ada official web browser. aku takmau upgrade Buden sebab kalau aku upgrade nanti aku takleh main game pirate dah. so semalam aku selongkar internet, menggunakan Google sebaik mungkin dan aku berjaya menemui satu homebrew(software buatan programer bebas) web browser. amat mantap sekali web browser ni dan kemungkinan berkemampuan lebih tinggi dari web browser official buatan Sony hehehe..memang mantap lah mamat yg cipta web browser nih. dia guna script linux so kemungkinan kestabilan dan penggunaan kuasa web browser ni leih stabil hehehe..YEYE AKU TAK PAYAH UPGRADE Buden!!! tapi malangnya semalam aku cas tapi power tak masuk, so hari ni aku takleh surf internet guna Buden. terpaksa pinjam PSP amar huhu..

kakak2 aku, abang2 aku, dan aku sendiri dah nampak yg adek perempuan bongsu aku akan menjadi barah dalam keluarga aku suatu hari nanti. mak aku terlalu manjakan dia. aku cuba rasional dengan mak tapi mak buat2 ja cam mendengar tapi at last mak ikut jugak cakap adek aku. abang aku pulak tengah terumbang ambing. camna dia nak tgkkan adek aku tu. akak aku sorang tu busy keja, akak aku lagi sorang keja kat Pahang. abg sulung aku lak sibuk dengan famili dia sendiri. kadang2 bila aku dengar masalah yg adek bongsu aku buat rasa cam nak berenang balik mesia pastu lempang dia sebijik pastu berenang balik sini. aku ada terfikir satu taktik nak patahkan sifat mengada2 dia tu. aku akan lancarkan rancangan aku masa aku balik raya nanti(entah jadi tidak aku balik raya nih). kadang2 tu rasa ja cam nak cakap kat mak aku yg skang ni ok lah sebab mak aku ada lagi, tapi masa depan nanti, sapa yg terpaksa berdepan dengan adek aku nih kalau bukan kami adek beradek? pening+serabut bertambah.


bebaskan diri dari tanggungjawab

aku nak bongkarkan satu rahsia. bila orang tanya aku kenapa aku taknak keja kat jepun or tempat lain selain mesia, dan aku jawab mak aku tak bagi. sebenarnya itu bukan sebab utama. aku ada reason lain. aku sebenarnya perlukan teman. dan aku tahu kalau aku mencari perempuan jepun hubungan kami takkan ke mana. habis camtu jek. so aku kena balik. cari orang melayu. sebab aku rasa kalau aku dah ada teman istimewa, semua keja aku akan lebih menjadi. aku dah biasa hidup untuk orang lain sebelum ni dan skang bila dia bukan lagi sesuatu yg istimewa dalam hidup aku, aku jadik kosong. nasib baik ada langit biru tempat aku mengadu. so untuk ayam2 yg baca blog ni dan nak test aku, cuba tanya kenapa aku taknak keja sini. mesti aku jawab sebab mak aku tak bagi hehehe..tapi reason sebenarnya hanya kita2 jek yg tahu hahaha..(bodoh betul)

I dont want you!!


3 budak ensem

dah lama aku nak menaip dalam densya hehe..saja nak buat smart. nak berlagak sikit. selalu jugak aku tengok mamat2 jepun dok buat cam power dalam densya so I thought why dont I give it a try.

I was a jerk. thats nothing to argue about. one of the reasons, I fake my feelings a lot. I can fake love and made the girl that I am going out with thought that I love her so much. I can make a girl like me even by phone or sms. but it stops after the accident. I stop faking my feelings towards woman and started to look for someone that I can build something serious. and then I found one, we were together for 3 years(I couldnt remember precisely) and then we broke up. now I am alone again. I try to be the person that can fake feelings again but I just cant. I cant stop myself from thinking about future. I cant be that boy who doesnt think about anything else but himself again. I met a lot of cute japanese girls. some of my friends said that this is the best time for me to look for japanese girlfriend because I am single. but everytime I want to start my move I just cant help myself thinking that everything is bullshit and atlast will only break somebody's heart. the same goes to malay girls that I met. I look at them but I dont see love. I dont love xxx. I DONT LOVE XXX. wish I never knew her. shit.


3 budak ensem+1 budak hitam

serius aku rasa kosong. semoga kawan2 aku tak jadi camni. semoga kawan2 aku sentiasa bahagia dengan orang tersayang. dan fungsi komen akan dimatikan semula. mungkin lepas ni aku akan letak tagbod balik sebab blog ni dah betul2 jadik sunyi...

hehehe..camna la aku leh letak entry tanpa gambar ni. recently makin banyak entry aku yg takde gambar. so aku masukkan gambar. gambar time aku ke gotemba dgn izal, dawos dgn sepot. dan diingatkan entry dan gambar tiada apa2 kaitan. sekian tima kaseh.

ngarut betul LIFE ni...


tenang

banyak benda yg aku terfikir tadi. tp cam besa suma tu dah hilang sekarang so aku takleh nak share kat sini. rugi jugak la aku tak bawak laptop ke jimusyo tadi. habis camtu jek masa aku main PSP. by the way aku ada pengumuman, aku nak aktifkan balik komen kat blog aku nih. aku rasa budak2 cacat yg masuk dan buat kacau kat blog aku sebelum nih dah tak datang dah sini sebab dia tak tahu address baru aku hahaha. hari tu ada la sorang tu tanya mana pegi blog aku, aku cakap aku dah delete kehkehkeh. so kalau sape2 yg tanya aku pastu aku kasik link baru maksudnya dia bukan la orang yg aku taknak kasi masuk ke sini. paham?

ok. baru aku teringat. aku nak cakap pasal novel aku. aku dah karang satu take tapi lagi sikit nak habis. pastu aku tak balik umah lak so takleh la aku nak sambung. skang ni aku tgh lepak kat umah jemey. aku tgh taip take yg berikutnya(walaupun take yg sebelum ni tak siap lagi hehe..besa la orang power)

petang tadi langit kat Denentoshi memang cantek. rugi betul aku tinggal kamera kat umah. aku skang amat suka tengok langit. langit biru yg ada awan puteh tambah2. lagi best kalau time tu matahari kat sebalik awan. aku memang dah jatuh cinta kat langit. sebelum ni aku ada jumpa sorang japanese ni yg suka amik gambar awan, aku rasa pelik. tapi sekarang aku dah faham. mungkin dia dah jatuh cinta kat awan. macam aku jatuh cinta kat bunga, langit dan alam hijau. kadang2 bila aku tengok langit, rasa macam aku dah tak perlukan apa2 pun. tak perlukan xxx. tak perlukan kata2 kawan untuk tenangkan aku. tak perlukan duit untuk berlagak. cuma aku dan langit.


kosong&sunyi

aku..nak berjanji kat diri sendiri dan kat semua ayam yg membaca blog ni. aku nak stop call or msg xxx untuk satu tempoh yang lama. aku janji kalau aku kontek dia aku akan cakap kat sini so suma orang boleh tahu berapa lama aku tahan diri aku dari call dia. dia sorang yang hepi dan tidak memikirkan masalah. dia sorang yg taknak fikir pasal benda2 yg rumit. pasal hati. pasal perasaan. aku taknak susahkan dia. biarlah. aku betul2 nak serahkan pada jodoh. kalau call pun aku takkan cuba2 buat ayat ngada2 cam selalu or cuba pancing dia. bila aku ada masalah aku suka nak mengadu kat dia. cth masa tayar keta chor pancit semalam. dlm otak aku terbayang nak call dia jek. bodoh betul. kadang2 tu aku cuma nak luahkan apa yg aku rasa jek but dia akan marah2 aku balik dan kadang2 tu she feels offended.

mengarut betul semua benda ni. aku nak jadi lelaki. lelaki yang keras. aku nak hormatkan perempuan. semua. bukan macam dulu. aku nak hormatkan perempuan tu walaupun dia tak hormatkan diri dia sendiri. aku taknak kaitkan diri aku dengan sesiapa pun. walapun dengan omiya-chan yg bekerja kat mister donuts tu. walaupun dengan...sapa2 jelah...

p/s: aku nak tengok jugak berapa lama keazaman ni akan bertahan dalam diri aku hahaha..

Chofu Jimusho


macro crazy

bila dah ada laptop ni, boleh la aku nak menulis kat mana2 pun. bila aku ada benda nak share jek aku leh start tulis. macam sekarang hehe..

semalam aku borak dengan kamal. banyak jugak menda yg budak tu pikir sebenarnya. so mungkin setakat ni aku leh simpulkan yg memang lelaki pada umur sekarang(atau mungkin lebih muda) akan mula merancang masa depan dan memikirkan sesuatu dengan mendalam, tak kisah la samada dia pikir pasal awek, pasal famili, pasal nak buat famili ataupun pasal future. yg penting dia akan pikirkan sesuatu dengan serius. jangan dianggap orang yg wajahnya ceria, selalu buat lawak dan gelak kuat2 tu tak memikirkan sesuatu dengan serius(mungkin ada ayam akan cakap "ala pakden, tu suma org tau!"). aku cuma nak tekankan lagi perkara ni. terutamanya untuk pengetahuan akak2 dan makcik2 yg masuk ke blog aku nih.

so nasihat aku(macam biasa la kan aku suka bagi nasihat macam hidup aku perfect sgt le kan hahaha..kalau TAK SUKA boleh BLAH!) untuk lelaki2 perancang dan memikirkan masa depan ni, cuba jangan merancang sesuatu yg ada kaitan dengan orang lain. tak faham? cuba renungkan contoh ni.

kalau merancang untuk bukak restoran pada umur 28, its ok sebab cuma melibatkan diri sendiri. tapi kalau merancang untuk bukak restoran pada umur 28 DAN ISTERI KITA SEBAGAI PENGURUS, this is not ok sebab dah melibatkan orang lain. terutamanya untuk kita2 yg belum kawen ni lah. rasionalnya, katakan pada umur 26 dan kita still single so mesti kita akan mula gelabah atau desperado untuk carik bakal isteri, yelah sebab kita nak isteri kita jadik pengurus restoran tu. dan untuk orang yg dah kawen pada umur 26 pulak, katakan ada something yg berlaku dalam rumah tanggaketika umur kita dah hampir 28 (cth isteri tido dgn jiran sebelah), kita TERPAKSA memaafkan dia sebab kita nak go on dengan plan kita tu(tapi kalau memang kita nak maafkan jugak SOAB tu pun ok, yelah..cinta sejati. hooray! good for you!). macam tak logik kan? biarlah sebab ni blog aku hehe..

so itu maksud aku bila aku cakap jangan merancang sesuatu yg melibatkan orang lain, tambah2 kalau hal berkaitan hubungan lelaki dan perempuan. sapa2 yg tak percaya dengan perpatah "Sedangkan pantai pun berubah, inikan pula manusia" boleh datang umah aku kat Ikuta dan kita boleh cakap pasal ni sampai esok pagi. makan minum aku belanja. tempat tido pun aku leh sediakan kot. insyaAllah.

pakDEN melaporkan dari Chofu Seiso Jimusyo. hiruyasumi jikang.

bila aku dah lama tak tulis


Definisi Warna

skang aku ada kat umah jemey. tgh lepak dengan kamal dan pet. saja aku datang sini so esok aku leh malas2 sikit time nak gerak ke tmpt keja. kalau selalu aku kena gerak naik tren 6.36am esok aku boleh naik tren kul 6.50am hahaha..apa? tak beza sangat? biar la...dah lama aku tak mengarut kat sini so agak tersekat jugak la minda aku nak menulis. tapi ada banyak je topik yg aku nak mengarut. yelah dah aku ni memang suka bercakap kan.

aku ada satu trick or cara nak paksa diri kita bekerja keras, to be specific, paksa diri kita untuk baito. pinjam duit orang dan beli barang yg kita nak dulu. pastu baru baito sebab nak bayar hutang tu. cth kalau nak beli kereta, beli je dulu. pinjam duit orang. lagi bagus kalau pinjam dalam 40% dari harga kereta tu la, 60% lagi guna duit sendiri. so lepas tu kita dah ada kereta depan mata dan hutang sekeliling pinggang dengan kawan2 yg menunggu untuk bunuh kita kalau tak bayar hutang. so mesti lagi berkesan dan sungguh2 kita baito lepas tu.



Cahaya Lagi

hehehe..aku mesti rasa nak senyum bila aku teringat pasal benda ni. aku pun tak tahu apa yg seronok sangat. macam ni. aku ada kenal beberapa kawan2 baru(ada jugak sesetengah kawan lama aku yg buat macam ni) dan budak2 ni cam besa la suka buat lawak cam kurang ajar dan macam kutuk2 aku la. tapi pastu dia akan mintak maaf balik or akan explain balik tujuan dia buat lawak tu. dan aku pulak akan cakap, "Dah buat lawak kurang ajar menyesal, pastu minta maaf, heh..". bagi aku, tak perlu mintak maaf as long as orang yg kita buat lawak tu tahu kita tengah buat lawak. I mean, aku tahu dia tgh buat lawak dan dia pun tahu yg aku sedar dia tgh buat lawak, so tak payah la nak mintak maaf balik(paham tak ayat belit aku nih?). tapi yelah cam mana pun aku takleh nak ubah org tu sebab itu cara dia so maybe I am the one that need to cope with it.


Rindu Langit

hmm..dah lama aku tak tengok sejarah lama aku..so bebaru ni aku open frenster dia sbb kamal nak tengok camna rupanya. dan aku dapat tengok yg she is enjoying herself(maybe she is faking it but who knows?) melalui gambar2 yg dia letak. dan dia respek permintaan aku dengan remove every pictures that related to me, I appreciate what you did. aku cuma nak dia hepi, bahagia dan berubah. aku masih lagi care pasal dia. but thats it. care as a fren. nothing more. aku jugak call R baru2 ni. budak tu demam. kesian jugak. sayang lagi rupanya aku kat R walaupun dah lama hubungan kami berlalu. 4 tahun. but yeah, I dont want her more than a fren. but I dunno what will happen next. we re just His toys. His creation.

banyak betul org yg tanya aku pasal xxx. sibuk betul la ayam2 ni. datang blog aku, baca, pastu bila jumpa aku dok tanya lagi camna hubungan aku dgn xxx. kadang2 rasa jugak cam nak sumbat kasut dalam mulut ayam2 yg berdekatan dengan aku nih hehe..BACA BLOG AKU PASTU BUAT2 BODOH OK? jgn sampai aku tukar lagi link blog ni. aku malas nak tukar link blog aku nih. rasa cam link ni dah ok cuma skang tgh tunggu owner pakden.blogspot mampus so aku leh guna link tu hahahah..so whats up with xxx eh? hehe..aku cuma boleh cakap yg aku sayangkan dia. tapi aku taknak manjakan hati aku, taknak pupuk perasaan aku, taknak layan perasaan ni, sebab semua ni satu yg tak pasti. plus dengan apa yg dah berlaku kat aku dulu. paranoid. hope that I can continue with my plan. not that I dont want her at all, aku nak serahkan kepada takdir. kepada jodoh. I want to walk my talk.

hidup macam Farid Kamil


dudes

aku rapat dengan vader, omoi dan yop. tapi aku tak pernah nak cerita pasal mamat2 nih kat sini or publish muka budak2 nih. ok mungkin aku pernah letak tapi aku tak ingat. so gambar atas tu dari kiri omoi, yop, paktam dan vader. keta Silvia S15 biru tu keta yop. semat? hehe..dan yg hujung tu vader. aku cukup respek kat mamat ni. kenapa aku respek dia? I have my own reason. but yeah sometimes he fucked up too. most of the times, dia nih memang cool dan susah aku nak baca. dan gambar kat bawah tu RX7 si omoi. baru beli. dia pegi buat dyno test nak tgk berapa bhp keta tuh. result dia aku takmo cakap kat sini huehueheu...paktam lak tgh posing cam nak amik gambar tp takpun sebenarnya.


dyno test dan paktam

lepas aku balik dari shibaura aku terus gerak ke hon atsugi dengan nab sebab nak tgk bunga api. nak tgk hanabi taikai. memang cantek. tak hingat punya. dan aku memang pelik, kenapa manusia rasa seronok lepas tengok bunga api. aku pun rasa seronok gila babeng tak hingat dunia. dah cuba amik gambar tapi tak banyak yg jadik dan aku rasa malu nak letak gambar2 tu kat sini. aku ada amik video by the way. tgk la kalau aku rajin edit video tu aku letak la kat sini. tapi perasaan tu memang takkan sama banding kita tengok bunga api tu depan2. dan paling best, time nak balik aku dan nab sesat. sampai kat tmpt ntah mana2 ntah dan nasib baik aku dapat idea untuk ke satu restoran nih dan mintak dia tolong call teksi untuk aku berdua. boleh jugak la kami lepak dalam kedai tu dari buang masa kat tepi jalan. tp at last aku dan nab terpaksa menapak jugak ke stesen. takde lah jauh sangat stesen tu dari restoran tadi. kalau la aku tanya dia awal2. balik terus gerak ke tokai untuk join bbq. dan gambar bbq aku akan letak di lain entry.

DELL XPS M1210

hahahahahahaa..aku cuma mampu gelak kegembiraan sekuat hati hahahahaha...dengan ini aku nak umumkan yg aku sudah memiliki sebuah laptop. and my laptop is DELL XPS M1210. if u want to know how my laptop looks like, google it. I am so happy that I cant even google it for u guys. aku banyak amik gambar time aku ke bbq dan gotemba hari tu cuma aku tak cukup masa untuk letakkan picture2 tu kat sini. tapi one thing for sure, gambar2 tu memang cantek. boleh macam tu? hahahahahhaha....lepas ni boleh la aku lepak rumah orang lama2 tanpa guna komp org tu huehuehue..tambah2 laptop ni ada wireless internet. tak ke itu satu kegembiraan gitu? muah muah!!!dan yg paling penting lepas ni, install ADOBE PHOTOSHOP!!!

p/s: first entry menggunakan Budenx(DELL XPS M1210)!!!

buang karan!

huhu..aku ada kat yodobashi kamera skang nih. tgh taip entry ni guna Apple MacBook. aku dalam perjalanan nak balik ke rumah la. aku kena belikan cerek elektrik baru sebab yg kat rumah tu dah rosak. malam ni pulak nak pegi tgk hanabi taikai. untuk ayam2 yg tak tahu hanabi taikai tu hapa, dalam bahasa indonesia ia dipanggil pertunjukkan bunga api gitu. dan terus gerak ke tokai uni sebab budak2 situ ajak aku join bbq esok. terharu jugak sebab still ada org sayang kawan cam aku nih. sebenarnya dua hari lepas aku nyaris2 terbeli Apple iBook tapi nasib baik aku bertenang. aku ni suka sangat buat kerja terburu-buru. harap sangat ada orang nak tolong ketukkan kepala aku bila aku jadik camtu. kasik sedar sket diri nih. aku rasa Windows la yg paling sesuai untuk aku. sebab dah la software yg aku guna untuk research tu perlukan Windows so amat tak praktikal kalau aku beli OS X. aku cuma minat nak guna Apple nih sebab nampak semat jek hehe..leh la guna kalau nak ngorat awek kat Starbucks(ops yahudi yahudi!!!)

dahlah. aku nak balik. orang kedai ni pun dari tadi asyik usha aku jek kehkehkeh. aku rasa dia pun tahu aku tengah taip entry untuk blog aku. apa leh dia buat. abaikan jek. rindu xxx.

buang masa lagi..

Karutan Berjela


MALAM indah

fuh. penat doh.(ada setengah org cakap 'penat seh'). hari ni first day aku baito. dan untuk ayam2 yg tak reti bahasa jepun, baito tu maksudnya keja part time. boleh? walaupun aku pernah keja angkat sampah sebelum ni, first day memang penat. APA!?? KEJA ANGKAT SAMPAH??!! ha ah. angkat sampah. ala benda busuk tu. yg hina dan tak best tu hehe. aku apa pedulik org lain nak pikir. kalau dulu aku cukup malu nak mengaku aku keja angkat sampah. baik kat famili dan kawan2 aku. aku cakap aku keja sapu sampah. kononlah. ceh. tapi sekarang yg penting duit masuk. AKU KAYO!!!

semalam lak aku jemey nab dgn yaset pegi Odaiba. jalan2 buang masa. padahal aku ngantuk tak hingat punya sebab bangun awal nak siapkan report huhu. alhamdulillah report siap. insyaAllah dapat lah aku kredit untuk subjek tu hehe. jalan2 kat Odaiba memang best. yg si yaset ni hari tu akak ngan abg dia dtg leh lak dia tak bawak gi Odaiba. membuang masa sungguh. aku 100 kali datang Odaiba pun aku tak buhsan. walaupun tmpt ni ada kenangan. kenangan yg dulu indah tp skang dah perit hehe..aku banyak amik picture kat situ tp malangnya aku setting ISO terlalu tinggi so noise agak banyak. but aku akan letak jugak la kat sini beberapa yg best. untuk ayam2 semua.


ODAIBA malam

sebut pasal kenangan lama, aku dah berlaku kejam dengan S. tak patut pulak aku rasa. but aku pun dah lama pendam perasaan aku ni. perasaan marah aku ni. entah lah. mungkin hari tu bad timing untuk aku borak dgn dia kot. dan akhirnya, luka lama berdarah kembali. cheeewah! but camna pun aku still bersalah sbb cakap macam tu. saya minta maaf. dan kalau awk rasa perlu, removekan saya ni terus dari hidup awk. saya pun taknak buat orang lain sedih. boleh?


color BURN

dan hehe..dan akhirnya..kisah xxx. macam mana perkembangan hari tu? camnilah aku simpulkan balik. aku salah cakap dgn xxx dan dia marah amat. lepas tu aku sabar dan tunggu masa yg sesuai untuk mintak maaf. dan dalam masa yg sama aku dah pikir macam2. pasal hubungan ni akan berakhirlah. pasal dia akan letak aku dalam fren zon lah. macam2 aku dah pikir. dan aku dah call dia. dia cakap, perkara yg berlaku sebelum hari jumaat semua dia dah lupakan. camtu jek jawapan dia. tertekan jugak lah sbb aku asyik pikirkan apa salah aku dan aku harap sangat dia leh bagitau aku. tgk2 dia cakap dia tak ingat. mangkuk betul la. xxx ni suka lari dari masalah rupanya huhu..baru aku tahu. tp aku rasa seronok jugaklah sbb dia dah tak marah aku. dan skang hubungan ni dah jadik cam biasa balik. gurau senda dan gelak ketawa. dan insyaAllah, aku akan buat keputusan selepas aku jumpa dia nanti. harap aku dapat sabar dan jaga hati dia untill that time comes.


mencari II

mE, sori sbb still tak send personal mail. tp lagu Babyface tu mmg masyuk la. sesuai dgn keadaan sy skang nih hehe..dengan ini sy ingin mengucapkan terima kasih mE sbb share lagu tu. saaaayang mE! gambar lain aku akan upload lain kali. nak kena tido. esok BAITO BAITO!!
 

 
                                                                                              Hit 
Counter